Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, December 20, 2014

ULTRA MALAYA ANCAM CAMPURTANGAN KALAU RAFIZI RAMLI CUBA BUAT DEMONSTRASI TURUN HARGA MINYAK DALAM STADIUM!!!


Malam nanti, akan berlangsung perlawanan akhir Piala AFF Suzuki kedua antara Malaysia dan Thailand. Dan seperti yang diketahui, Malaysia dalam pusingan pertama perlawanan akhir di Bangkok mengalami kekalahan 2-0.

Misi menyelamatkan maruah negara, bukan sahaj dipikul oleh pasukan bolasepak kebangsaan yang dilatih oleh bekas penyerang handalan era awal 80-an, Dollah Salleh, tetapi turut dipikul bersama oleh kumpulan peminat dan penyokong tegar pasukan kebangsaan yang menggelarkan diri mereka sebagai ULTRA MALAYA.

Secara tidak langsung, perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil akan menjadi tumpuan seluruh rakyat Malaysia dan di seluruh negara termasuklah Sabah dan Sarawak sekalipun pasukan bolasepak kebangsaan hanya dikenali sebagai HARIMAU MALAYA, sempena nama sejenis haiwan mamalia pemakan daging yang semakin pupus akibat pemburuan haram.

Rupa-rupanya ada orang yang mahu mengambil kesempatan daripada 90,000 orang yang akan berkumpul di Stadium Nasional Bukit Jalil!

Mungkin kerana sambutan yang tersangat dingin kepada kempen TUNTUT, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli melihat perhimpunan besar-besaran rakyat Malaysia di Stadium Bukit Jalil untuk menonton perlawanan akhir antara pasukan negara menentang pasukan Thailand sebagai wadah terbaik untuk mereka berdemonstrasi.

Justeru itulah, kumpulan penyokong dan peminat tegar pasukan bolasepak kebangsaan Malaysia, ULTRA MALAYA memberi amaran kepada PKR agar tidak berbuat sebagaimana yang mereka rancangkan.

Menurut mereka, bolasepak adalah sukan yang menyatukan rakyat daripada pelbagai fahaman politik dan latar belakang sosio budaya. Sebarang fahaman politik tidak sewajarnya dipaksa dan mengambil kesempatan daripada perhimpunan tersebut.

Kalau benarlah sebagaimana yang sedang viral di Facebook sekarang, ternyata Rafizi Ramli yang juga merupakan arkitek KAJANG MOVE yang terkangkang, sudah kehabisan idea. Keinginan dan rancangannya untuk mengambil kesempatan, nampaknya juga mendapat tentangan hebat!

5 comments:

Anonymous said...

Teruknya, hantar je mereka ke Peshawar...Biar Taliban ajar mereka.

Anonymous said...

Pemimpin PKR - kurang ajar dahulu, kurang ajar sekarang.

Unknown said...

Jgn biarkan Rafizi mengambil kesempatan, sukan dan politik adalah dua entiti yg berbedza, sukan membuatkan kita lupa sejenak tentang isu2 semasa negara ...jgn dicampur adukkan ! !.

Anonymous said...

Unit Amal PAS boleh membenam Ultra Kosong ini............

Anonymous said...

Unit Amal Pas boleh membenamkan Ultra UMNO ini...........tak ada masalah.

 
Blogger Templates