Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, January 2, 2015

HARGA MINYAK JATUH, PEMILIK PETROL PUMP KATA MEREKA AKAN BANKRAP!!!


Masa harga minyak naik, persatuan pemilik-pemilik pam petrol haram tak bunyi. Haram tak cakap tentang orang ramai yang akan jatuh bankrap. Malah pemilik-pemilik pam petrol tak tunggu walau sesaat pun apabila kerajaan mengumumkan kenaikan harga tepat jam 12:00 tengah malam.

Tapi sekarang, bila harga petrol dan diesel jatuh, persatuan pemilik-pemilik pam petrol kata mereka akan jatuh miskin kerana terpaksa menyerap kesan kejatuhan harga minyak petrol dan diesel. (BACA DI SINI)

Presiden Persatuan Pengedar-Pengedar Petrol Malaysia, Hashim Othman berkata, kejatuhan harga minyak akan menyebabkan para pengedar kerugian antara RM20,000 sehingga RM100,000.

"Sekiranya harga jatuh sekitar beberapa sen, kami boleh menyerap kerugian. Tetapi sekarang dengan kejatuhan 35 sen, kami membelinya pada harga tinggi dan menjualnya pada harga rendah," katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh akhbar The Star. "Sekiranya ini berterusan, ramai daripada kami akan terpaksa tutup kedai."

Presiden Persatuan Pengedar-Pengedar Petrol Petronas Abu Samah Bachik pula menyuarakan kebimbangan, stesen-stesen petrol mungkin terpaksa ditutup sekiranya harga terus jatuh dua atau tiga kali lagi.

"Semua pengedar di negara ini menerima kesannya, tiada sesiapa pun di kalangan kami yang terkecuali," katanya. Menurut Abu Samah, para pengedar sedang berbincang dengan kerajaan untuk mengatasi masalah berkenaan.

Golongan ini akan bercakap tentang kerugian yang mereka alami. Mereka tidak pernah pula bercakap tentang keuntungan besar yang mereka perolehi sebelum ini menerusi kenaikan harga minyak. Mereka bercakap tentang membeli minyak pada harga tinggi dan menjualnya pada harga rendah. Bagaimana pula pada ketika mereka membeli pada harga rendah dan menjualnya pada harga tinggi ketika Kerajaan memutuskan kenaikannya?

Untuk makluman, wujud margin tetap sebanyak 12.19 sen bagi setiap liter petro dan 7 sen bagi setiap liter diesel di bawah Mekanisme Harga Automatik (APM) sekaligus memastikan jumlah keuntungan tetap.

Sekaligus menjelaskan bahawa kebimbangan dan raungan kaum yang takut rugi itu sebenarnya langsung tidak berasas!!!

PKR dan DAP tak mahu tunjuk perasaan ke?


8 comments:

Anonymous said...

Meniaga minyak mana ada untung besar..meniaga runcit dlm stesen lagi untung dari jual minyak..jgn kelentong la

Anonymous said...

Saya tertarik dengan artikel ini dan ingin menyumbangkan kepada pembaca tentang keadaan yang dialami oleh pengusaha minyak. Untuk makluman informasi yang saya berikan ini datangnya dari pengusaha minyak shell dan petronas.

Pengusaha minyak di Malaysia membeli dan menjual minyak berdasarkan harga minyak yang ditetapkan oleh syarikat minyak ( seperti Shell dan Petronas) seperti yang tertulis didalam kontrak.

Bekalan minyak yang dibekalkan kepada mereka pula bukannya berdasarkan pesanan pengusha itu sendiri tetapi berdasarkan mekanisma automatik yang dikendalikan oleh Syarikat Minyak itu sendiri.

Oleh itu apabila pengumuman kenaikkan harga minyak untuk esok, secara logiknya pengusaha minyak akan meminta syarikat minyak untuk membekalkan sebanyak minyak yang mungkin (kerana esoknya mereka dapat menjual dengan harga yang lebih tinggi).

Sama juga jika harga minyak diumumkan turun esok, pengusaha minyak akan mengelakkan dari membeli bekalan minyak hari ini.

Itu secara logiknya.

Tetapi apakah yang benar-benar berlaku bila kerajaan mengumumkan kenaikkan dan kekurangan harga minyak?

Kerana pengusaha minyak terikat dengan mekanisma belian automatik, syarikat minyak secara amnya akan cuba untuk samada tidak membekalkan minyak langsung atau membekalkan sedikit bekalan minyak apabila pengumuman harga minyak naik. Ini adalah kerana syarikat minyak (Shell) dapat menjual minyak yang ada distok hari ini dengan harga yang lebih tinggi esok hari.

Keadaan yang terbalik akan berlaku apabila harga minyak jatuh. Syarikat pengeluar akan membekalkan sebanyak mungkin kepada semua stesen minyak dan pengusaha minyak terpaksa menerimanya pada harga lama yang lebih tinggi.

Oleh itu sebagai contoh jika satu stesen minyak mempunyai tangki sebanyak 100,000 liter untuk diisikan petrol RON95, syarikat minyak ( contoh Shell) akan sedaya upaya menghantar bekalan penuh itu sejurus selepas kerajaan mengumumkan penurunan harga 30 sen seliter esok, bermakna pengusaha minyak akan mengalami kerugian kasar RM30,000 dalam masa kurang 24 jam. Kerana hari ini mereka membeli pada kadar RM2.20 dan esoknya mereka terpaksa jual pada harga RM1.90 sen seliter.

Pengusaha minyak tidak boleh menolak bekalan dan terpaksa menerima bekalan berkenaan dan tidak boleh menolaknya.

Saya percaya keadaan inilah yang dikeluhkan oleh kebanyakkan pengusaha minyak.

Untuk mengelakkan keadaan sedemikian rupa, satu mekanisma yang lebih realisitik dan adil perlu diadakan.

Saya percaya formula penyelesaian yang lebih adil memang boleh dilakukan dan saya percaya formula itu memang telahpun diketahui oleh Syarikat minyak itu sendiri.

Apa yang diperlukan sekarang ialah initiatif pihak kerajaan untuk mendengar pandangan pengusaha minyak itu dan menggunakan kuasa kerajaan untuk memastikan formula yang adil kepada kedua belah pihak.

Initiatif ini harus dilakukan segera untuk mengelakkan konflik yang berpanjangan diantara syarikat minyak ( Petronas, shell, petron, dll dan pengusaha stesen minyak berkenaan.

Satu pengusaha minyak Shell yang saya kenali telahpun menrungut kepada Area Manager yang mengawal bekalan dan jawapan yang diterimanya adalah "jika kamu tidak suka kamu pulang sajalah lesen kamu. Banyak lagi orang nak stesen minyak kamu.".

Itulah keadan realitinya..

Allahualam.


T. Kasih.

Izharudin J

Anonymous said...

Dah bnyk dah korang untung,jual minyak subsidi Kat org singapore Dan Thailand!!!tu belum lg termasuk dengan seludup minyak!!!!...,jd nikmat untung dah dpt nikmat rugi pun merasa,kalau Nak merasa nikmat untung je memanjang,pergi tonggeng Kat anwar!!!!!senantiasa untung!!!!

Anonymous said...

Masa harga minyak naik, mereka mengaut keuntungan yg lebih..... mana peginya duit ini.... tak simpan untuk hari esok jika harga minyak turun ka? Mereka semua dah tahu risiko tentang perniagaan ini, jadi sendiri buat,sendiri tanggung la !

Anonymous said...

Terima kasih kepada Sdr. Izharudin J kerana memberikan penjelasan panjang lebar.

Semoga ada antara kita yang memahaminya.

Anonymous said...

Rata2 pengusaha minyak yg saya kenal mmg kaya raya.

hangkedee said...

Penguasan berapa kerat Pengguna berapa ramai... Kehendak majority yg memberi kuasa kpd pemerintah. Oleh jaga lah kepentingan majoriti.

Anonymous said...

Jgn la dh buduhkan dh mmg taw harga akan trun apa nya lancau

 
Blogger Templates