Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, January 2, 2015

PEMBOHONGAN SELANGORKINI DINAFIKAN OLEH AZMIN ALI SENDIRI!!!


Selangorkini diwujudkan pada zaman Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. Kononnya disebabkan Pakatan Rakyat tidak mendapat tempat di media-media utama negara yang kebanyakannya bersahamkan dan dimiliki oleh UMNO serta Barisan Nasional. Selangorkini digunakan untuk mengepung sebarang berita-berita yang mengurangkan kredit ke atas kerajaan Pakatan Rakyat. Pada masa yang sama, mencipta pelbagai cerita-cerita kayangan untuk melonjakkan nama Pakatan Rakyat, khususnya PKR Selangor dan Anwar Ibrahim.

Bagaikan sedar yang 'niat baik' Azmin Ali bakal menyebabkan Menteri Besar Selangor itu diserang oleh orang-orang sendiri khususnya Chegu Bard yang cukup anti dengannya, Selangorkini melaporkan yang Exco Wanita dan Kebajikan Selangor Daroyah Alwi, memberitahu kononya Kerajaan Negeri Perak dan Menteri Besarnya, Zambri Abdul Kadir menolak mentah-mentah sumbangan RM100,000 daripada Kerajaan Negeri Selangor yang diketuai oleh Azmin Ali.

Daroyah kemudiannya menyatakan kekesalan kerana Menteri Besar Perak besar kepala, sombong, bongkak dan tidak menghargai sumbangan ikhlas Kerajaan Negeri Selangor. (BACA DI SINI). Dengan kata lain, Daroyah cuba memperemeh dan memperlekehkan Zambri Abdul Kadir dan Kerajaan Negeri Perak yang diketuai oleh UMNO-BN.

Namun pada ketika para pecacai PKR mula menghentam Zambri Abdul Kadir dan mula menyebarkan berita kononnya, UMNO dan Barisan Nasional enggan menerima sumbangan daripada Pakatan Rakyat kerana ego, Azmin Ali kemudiannya membuat penafian atas kenyataan Exconya sendiri.


Maksudnya, Azmin Ali cuba bermain peranan 'wali suci' yang berpegang kepada kebenaran dan menolak pembohongan.

Azmin mengesahkan yang sumbangan Kerajaan Negeri Selangor yang diserahkannya sendiri kepada Menteri Besar Perak, telah diterima, tidak ditolak sebagaimana yang didakwa oleh Daroyah.

Lantas, apa reaksi Daroyah?

Sementara itu, Daroyah yang ditemui pemberita dalam majlis sama hari ini kelihatan "terkejut" apabila ditanya lanjut mengenai kenyataan Azmin bahawa kerajaan Perak menerima sumbangan tersebut.
Beliau berkata ia mungkin perkembangan terbaru dan meminta wartawan merujuk fakta yang disebut menteri besar.
Daroyah berkata, sehingga hari ini beliau tidak dimaklumkan sebarang perkembangan terbaru berkaitan sumbangan kepada negeri Perak itu.
"Kalau menteri besar pun dah sebut (begitu), ambil menteri besar punya kenyataanlah. Itu lebih baik.
"Mungkin itu (perkembangan) yang terkini. Mungkin hari ini pejabat menteri besar (Selangor) dah berkomunikasi dengan pejabat menteri besar Perak. Jadi dapatkan (kenyataan) daripada pejabat menteri besar.
"Sehingga hari ini, saya tak dapat lagi maklumat tersebut," kata Daroyah. - M'kini

No comments:

 
Blogger Templates