Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, January 29, 2015

KENAPA SUSAH SANGAT DAP UNTUK PATUH DENGAN AKTA 473 DAN AKTA 171 YANG MELARANG PILIHANRAYA PBT?



Biarpun Pilihanraya PBT bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, DAP tetap mahu mengadakannya kerana cukup yakin, undang-undang negara tidak akan menyentuh mereka memandangkan mereka sangat kebal. Sekalipun Mahkamah Persekutuan telah memutuskan dan melarang Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengadakan Pilihanraya PBT, DAP peduli apa.

Pada peringkat awal, DAP cuba menyalahkan SPR. SPR dikatakan enggan bekerjasama dengan DAP untuk mengadakan Pilihanraya PBT sedangkan tugas-tugas dan kuasa-kuasa pilihanraya terletak di tangan SPR.

Penjelasan yang diberikan oleh SPR, langsung tidak diterima dan diperolok-olokkan oleh DAP. DAP sebaliknya mengecop SPR sebagai ANJING BN kerana enggan mengadakan Pilihanraya PBT.

Sedangkan SPR bertindak berdasarkan pemansuhan Akta Kerajaan Tempatan 1960 (Akta 473) di mana SPR atau pihak Kerajaan Negeri tidak mempunyai sebarang kuasa untuk mengendalikan pilihanraya PBT.

Seksyen 10 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) menyatakan bahawa keanggotaan dalam mana-mana majlis PBT ialah menerusi perlantikan sahaja.

Secara langsung, menjadikan DAP yang merupakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) langsung tidak boleh mengadakan Pilihanraya PBT.

Akta-akta berkenaanlah yang menyebabkan Mahkamah Persekutuan pada Ogos 2014 menolak permohonan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Agung yang mengalahkan DAP dan Lim Guan Eng sebelumnya.

DAP sekarang dalam rangka usaha untuk mengalihkan perhatian besar yang diberikan kepada Lim Guan Eng dan isterinya, Betty Chew selain beberapa isu melibatkan keterlibatan beberapa syarikat kroni Lim Guan Eng dalam masalah tanah dan hartanah di Pulau Pinang. Pendedahan demi pendedahan berhubung skandal dan penyelewangan kuasa di Pulau Pinang, tidak memberikan gambaran yang baik kepada DAP dan Lim Guan Eng.

Justeru itulah, isu Pilihanraya Perbandaran dibangkitkan walaupun ianya bertentangan sama sekali dengan Perlembagaan Persekutuan.

Dan memandangkan pihak berkuasa seperti tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menghalang DAP daripada menentang Perlembagaan Persekutuan dan perintah mahkamah, makinlah naik tocang dan besar kepala DAP serta para pemimpinnya!


6 comments:

Anonymous said...

Semua ini HELAH POLITIK untuk menyorok KEGAGALAN LGE menjadikan Penang lebih Kaya.

Anonymous said...

Gone end pun mau mewah ma....mana boleh tahan pura-pura. Lama-lama mesti mau....

Anonymous said...

90% kawasan bandar dihuni orang Melayu.

Apa masalahnya diadakan pilihanraya tempatan?

Yang kuat pengampu habis rezeki nak jadi kaunselor ke?

Anonymous said...

Kalau aku jadi PM, aku akan jerkah DAP dengan satu amaran .... bila tak berhenti juga, arah mahkamah atau AG check peruntukan undang2 bagi menyaman atau menghukum mereka kerana menghina mahkamah. Tutup mulut2 tempayan tersebut tanpa rasa takut kpd sesiapa.
itu kalau akulah PM... (cara bodoh aku) he he he!!

Anonymous said...

Si anon 11:49 tu wayar putus kot??? atau penyokong Liwat? sebab berfikiran songsang @ luar tabii... sah penyokong DAP laknatullah atau Al-Jubb..

Anonymous said...

Senang saja kembalikan penang kepada raja Kedah..apa muslihat kerajaan persekutuan?.

 
Blogger Templates