Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, January 23, 2015

KRISIS EKONOMI KEPALA HOTAK APA KALAU LAGU NIH? AKAI ADA KA?

Kerapkali kita mendengar kisah dongeng kononnya rakyat Malaysia sekarang berada dalam kesusahan. Malah apabila disanggah mereka dengan bijaknya menyatakan bahawa kekayaan negara sekadar berlegar-legar di kalangan kroni UMNO dan BN semata-mata sedangkan rakyat pula tidak merasai nikmat kekayaan negara ini.

Barangkali kerana terlalu manja dan otak orang Malaysia juga sangat mahal kerana jarang digunakan, tidaklah mereka nampak dan berfikir mengapa mereka dalam keadaan sekarang di Malaysia berbanding negara lain di seluruh dunia yang sedang berhadapan dengan pelbagai krisis termasuklah ekonomi.

Bukti yang paling jelas ialah apabila ada di kalangan rakyat Malaysia yang memberikan tanggapan bahawa matawang Ringgit Malaysia yang menurun menandakan ekonomi Malaysia sedang dilanda krisis dan kegawatan.

Paling memalukan ialah apabila para pemimpin pembangkang cuba pula memanipulasi dan melakukan pembohongan serta pengherotan fakta dengan membenarkan andaian dangkal itu.

Para pemimpin pembangkang cuba membayangkan bahawa ekonomi dunia berpusat di Malaysia dan Malaysia bergantung sepenuhnya kepada minyak dan gas sebagai punca utama pendapatan negara. Dan para pecacai Pakatan juga membayangkan kehidupan mereka sepenuhnya bergantung kepada pemberian kerajaan, sekaligus menunjukkan tahap kebergantungan mereka kepada kerajaan jauh mengatasi para penyokong UMNO-BN sendiri!

Benarkah ekonomi Malaysia mengalami krisis sebagaimana yang diperkatakan oleh Pakatan terutama sekali Tony Pua dan Rafizi Ramli, dua ekor makhluk yang digambarkan sebagai pakar ekonomi yang penuh berstrategik sekalipun sudah berkali-kali didedahkan bahawa mereka hanyalah beruk-beruk yang dibalutkan dengan Baju Kebaya Ketat Nyonya.

Cerita Malaysia bankrap bukan cerita baru. Sudah terlalu lama. Bermula dari tahun 1996 lagi, DAP terutamanya menerusi mulut Lim Kit Siang menyatakan Malaysia akan bankrap dan muflis. Manakala pada tahun 1998, sebaik-baik sahaja dipecat dari UMNO dan ditendang keluar dari Kabinet Malaysia, Anwar Ibrahim secara tegas memberitahu, Malaysia tidak berkemampuan untuk membayar gaji para pekerja awam, bahkan rezab tunai negara sudah lama kering kerana dibelasah dan dicuri oleh pemimpin-pemimpin utama UMNO-BN terutama sekali menerusi projek-projek gajah putih termasuklah Putrajaya dan Cyberjaya.

Itu cerita tahun 1996-1999. Namun sehingga 2015, Malaysia belum lagi bankrap sebagaimana yang diperkatakan biarpun kepimpinan utama negara sudah dua kali bertukar dan beberapa proses melaga-lagakan bekas kepimpinan dengan kepimpinan sekarang dilakukan secara giat. Nasihat dan kritikan telah dijadikan sebagai tohmahan dan serang menyerang oleh puak-puak bawahan, dijadikan sebagai penanda aras bahawa ekonomi Malaysia berada dalam keadaan gawat, kata Pakatan.

Menariknya, beberapa fakta sedia ada, langsung tidak menyokong tohmahan dan fitnah DAP dan Pakatan, bahkan membuktikan bahawa mereka sememangnya berniat untuk menghancurkan negara ini terutama selepas mendapat tahu bahawa negara ini, masih lagi menjadi destinasi pelaburan utama dunia.

Julai 2010, DAP dengan bangga dan angkuhnya berkata, penurunan FDI adalah disebabkan oleh para pelabur tidak lagi menaruh keyakinan kepada Malaysia.

"Bukan sahaja pelabur-pelabur asing enggan melabur di Malaysia, pelabur-pelabur tempatan juga sama seperti pelabur-pelabur asing juga tidak lagi yakin dengan keupayaan ekonomi negara ini untuk menjana pulangan menarik kepada pelaburan mereka," kata Tony Pua. (RUJUK SINI)

Namun pada Februari 2014, Malaysia mencatatkan rekod tertinggi kemasukan FDI iaitu RM38 bilion.

"Malaysia mencatatkan rekod dengan pelaburan langsung asing (FDI) tahun lepas berjumlah RM38.774 bilion - FDI tertinggi yang pernah diperolehi negara ini, mengatasi rekod tahun 2011 ketika pelaburan juga mencatatkan rekod tahunan berjumlah RM37.325 bilion." (RUJUK SINI)

Jangkaan pertumbuhan KDNK Malaysia bagi tahun 2015 daripada beberapa pihak yang seringkali nama mereka digunakan untuk menguatkan hujah pakar-pakar ekonomi dan kewangan.

24 November 2014
IMF -5.25% (sini)

18 Disember 2014
Bank Dunia - 4.7% (sini)

20 Januari 2015
Kerajaan Malaysia - 4.5% sehingga 5.5% (sini)

19 Januari 2015
HSBC - 5.2% (sini)

7 Januari 2015
Barclays - 5% (sini)

19 Januari 2015
Purata unjuran dari 10 bank-bank pelaburan global utama, diketuai oleh BNP Paribas dan Citibank adalah 4.9% (sini)

SETIAP HARI:
Pakatan Rakyat - negatif KDNK 50% (Malaysia bankrap gaya Zimbabwe)

Tidaklah dapat dipastikan sama ada rakyat Malaysia benar-benar bodoh atau terlalu bodoh untuk melihat serta menilai fakta-fakta dan angka-angka sebaliknya lebih mempercayai tohmahan serta fakta-fakta sensasi daripada Pakatan Rakyat dan rakan-rakan sekongkol mereka yang menyamar sebagai UMNO-BN walaupun hati dan jiwa mereka adalah Pakatan Rakyat.

Di mana KRISIS EKONOMI yang ditohmahkan dan dipercayai pula oleh sebilangan daripada kita?

5 comments:

Unknown said...

Cuba reverse balik apa kenyataan Gabnor Bank Negara tahun lepas. Banyak sangat flip flop so berat sikit saya nak menerima pakai kenyataan admin, tambah-tambah lagi dengan kedudukan ringgit berbanding dengan USD dan Sing dollar

Anonymous said...

PILIHANRAYA DAH 13 KALI. SAYA DAH MENGUNDI 5 KALI. SETIAP PILIHANRAYA KEDENGARAN PERSEPSI INI. MALAYSIA BAKAL BANGKRAP. SEKARANG DAH 2015. BANGKRAP BERBUNYI LAGI. INI KAJIAN SIAPA SEBENARNYA. DAP ATAU KETUM ?

Anonymous said...

Dajjal Alliance People!!!!!!!!

anakmalaysia said...

ha ha ha....kajian KETUM & penyagak DAPIGS yg gila babi

Anonymous said...

Selagi hayat di kandung badan BARISAN NASIONAL(BN) tetap menjadi pujaan hati ku.

 
Blogger Templates