Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, January 22, 2015

MACAM MANA KHAT ORANG KAHWIN BOLEH BERTUKAR JADI KHAT MAULIDUR RASUL? BUTA KAYU KE BUTA JAWI?


Perkongsian Ilmiah :

Sebelum zohor semasa "browse newsfeed" FB saya terperasan gambar perarakan Maulidur Rasul sebuah agensi kerajaan yang diadakan baru-baru ini. Apa yang menarik perhatian saya adalah tulisan khat yang tertera di "banner" tersebut saya amat kenali, ianya merupakan nama pasangan tempahan klien saya pada tahun 2008; "Mohd Mohyeddin & Mariani Omar".

Saya tertanya-tanya, apakah rasionalnya menggunakan tulisan khat nama pasangan tersebut untuk sambutan Maulidur Rasul?

Kesimpulan yang dapat saya buat adalah, masyarakat kita masih ramai lagi yang lemah memahami serta membaca jawi, dan betapa pentingnya Seni Khat "Education" pada masyarakat. Apa yang diharapkan semoga perkara ini tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang, terutamanya melibatkan agensi-agensi besar dan ternama di Malaysia.

Semoga bermanfaat dan menjadi asbab kepada kebaikan. Jazakallah.

No comments:

 
Blogger Templates