Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, January 26, 2015

MASALAH KAUM DI MALAYSIA KHUSUSNYA CINA-MELAYU SEMAKIN TERUK DI NEGARA INI!!!



Walaupun pihak berkuasa masih lagi cuba untuk menafikan bahawa hubungan antara kaum di negara ini, khususnya Cina-Melayu berada di tahap paling rendah, terutama selepas DAP mempertikaikan mutu pendidikan di sekolah-sekolah aliran kebangsaan dan membangga-banggakan sekolah aliran Cina yang gred kelulusannya terutama sekali membabitkan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris direndahkan sehinggakan ada di kalangan para pelajarnya yang langsung tidak boleh berbahasa kebangsaan, malah cukup berbangga dengan kelmahan mereka itu, ia bukanlah satu rahsia tertutup lagi.

Dalam apa-apa sahaja bidang yang dikuasai oleh Cina, diskriminasi berlaku secara terbuka. Bukan rahsia lagi bagaimana tangga gaji dibezakan kerana faktor perkauman di dalam syarikat-syarikat yang dimiliki oleh orang Cina biarpun bebanan kerja untuk kakitangan bukan Cina, jauh lebih besar.

Kita seringkali melihat iklan-iklan kerja kosong yang mengkhususkan kepada kaum Cina sahaja.

'Tahu Menulis dan Bertutur Dalam Bahasa Cina Diberikan Keutamaan'

Iklan sebegitu bukannya asing. Malah syarat-syarat tertentu yang diberikan kepada pencari-pencari kerja, mengesahkan lagi jurang perbezaan kaum. Apatah lagi dengan faktor DAP yang kelihatan sangat ghairah dengan agenda anti Melayu dan anti Islammereka yang bukan sahaja mendapat sambutan dan sokongan daripada masyarakatnya sendiri, tetapi turut mendapat sokongan daripada masyarakatbukan Cina yang lain, yang mahu menumpang populariti DAP yang berjaya memperolehi undi majoriti terbesar dalam sejarah pilihanraya di Malaysia.


Anehnya, kalau Melayu-Bumiputera melakukan perkara yang sama, dengan serta-merta ia akan dipromosikan sebagai RASIS dan tidak sihat untuk negara. Malah, para pemimpin dan macai DAP akan segera menyatakan, itulah kekejaman UMNO dan bukti bahawa orang bukan Melayu tertindas dan dizalimi di negara yang mengekalkan hak keistimewaan Melayu dan Islam seperti Malaysia.

Mungkin ramai yang mengatakan ianya tidak berkaitan tetapi sekolah aliran vernakular adalah salah satu daripada puncanya mewujudkan jurang ini. Apabila kaum imigran berasakan mereka sudah terlalu hebat dan mereka tidak terhutang budi kepada masyarakat asal, sebaliknya masyarakat asal yang terhutang budi kepada mereka kononnya merekalah yang memajukan negara ini, maka jadilah seperti sekarang.

Dan anehnya, pihak berkuasa kelihatan terlalu takut untuk menyentuh masyarakat kiasu ini kerana bimbang kehilangan sokongan dan populariti!


9 comments:

Dani p.g said...

Good article... perkara ni dah lama berlaku. Cina makin naik tocang. Tp sayangnya melayu x sedar diri.. melayu ade kuasa pengguna.. melayu wajib ajar cina tanpa melayu dibumi melayu siapa yg nk beli.. so mulakn jgn masuk kedai cina.. melayu wajib berani berniaga.. jgn jadi macai cina.. lihat peniaga aceh.. mereka berjaya kerana berani.. klu cina anak tirikan pekerja melayu.. melayu patut anak tirikan peniaga cina.. biar mereka sedar.. kejayaan mereka bukan kerana mereka pandai tp sebenarnye hasil tolak ansur bangsa melayu yg banyak menyokong prniagaan mereka. So... tgu ape lg..

Anonymous said...

Inilah faktor2 mengapa PLKN perlu diteruskan..supaya generasi muda tiada sifat rasis

Anonymous said...

Huhh.... dasar cina utk cina dah 50thn di laksanakan...

Org melayu je yg terhegeh2 nak paham...

Melayu yg kija dgn syarikat cina kalu tak receptionist.... cleaner.... tu jee...

Kalu lelaki....jd jaga dan driver...

Anonymous said...

Bukan saja sy. Cina; sy. ASING yg. di BANGGAkan pelaburannya; juga banyak yg. MENDISKRIMINASI graduan BUMIPUTERA Islam/Melayu kita terutamnya utk. bah. pengurusan! Kalau setakat jadi KULI; berlambaklah!

Sepatutnya ini tak harus berlaku - kerana jelas melanggar undg-undg. PERLEMBAGAAN Per. 153 - di mana DYMM YDPA kita mempunyai kuasa EKSEKUTIF untuk melindungi HAK BUMIPUTERA dlm. semua perkara!

Nek Tempoyak.

Anonymous said...

Kerja kuli dia orang kasi la kat melayu. ramai jer yang kerja 'frontline' kat kedai, restoran cina untuk mengaburi dan attract bangsa lain melakukan barang juaalan dia orang. contohnya restoran nsi ayam dan white cafe? eee, loya tekak..tak bismillah kot.

Anonymous said...

Mana suara loyar-loyar Islam/Melayu kita tu?! Bila ada satu isu panas baru timbul rioh sinia sana; lepas tu SENYAP!

Haritu bukan main beriya dok kata buat GABUNGAN loyar bersatu nak pertahankan hak Islam/umatnya - CAKAP TAK SERUPA BIKIN!

Nek tempoyak.

Anonymous said...

Betul tu anon 9.03am! Betulkah restoran-restoran Bukan Islam ni HALAL; aku tengok logo HALAL tak dak pun; tapi bila tanya pekerja Islam/Melayu mereka, bilang mereka 'halal' - boleh percayakah?! Apalagi si OLD-WHITE-KEPARAT kepunyaan DAPBANGKAI tu?!

Nek Tempoyak.

Anonymous said...

Aku pernah telefon JAKIM; rupanya kalau kopi tak dak tanda 'HALAL' tak boleh sebab mencurigakan! Ini kerana aku pernah dengaq ada kopi yg. digoreng dgn. lemak babi - sebab itu kdg-kdg rasa LEMAK semacam!

Jadi aku harapkan restoran halal pastikan juga kopinya HALAL!

Dani p.g said...

Klu melayu yg cakap semua rasis.. klu cina dapig ckp semua 'mempertahankn hak'..... hakhaktuii..!!!

 
Blogger Templates