Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, January 28, 2015

VIDEO PENDATANG ASING NAK KERAT ORANG, BEGITU POPULAR!!! CAMKAN MUKANYA....



video

Tidak dapat dipastikan lokasi atau tarikh kejadian, tetapi laman FRIENDS OF BN-BARISAN NASIONAL memaparkan sebuah klip video yang menunjukkan bagaimana samsengnya dan beraninya pendatang asing di negara ini untuk melakukan jenayah kekerasan.

Sebenarnya ini bukanlah cerita luar biasa atau terpinggir.

Berada di kawasan yang menjadi sarang mereka seperti di Ampang, Kelang, Selayang, Gombak mahupun di Kundasang, Sabah sekalipun, kita akan dapat melihat sikap agresif rakyat asing terutama sekali mereka yang masuk ke negara ini secara haram.

Rasa-rasanya sudah terlalu banyak pendedahan yang dibuat. Dan pendedahan selain pembongkaran oleh PDRM sendiri membabitkan pendatang-pendatang asing dari Myanmar yang gila membunuh dan mengerat-ngerat tubuh mangsa pembunuhan mereka, sudah cukup untuk menjadi bukti bagaimana mereka langsung tidak menghormati dan takut dengan pihak berkuasa di negara ini.

Apatah lagi, operasi-operasi besar melibatkan pendatang asing dan pendatang haram, terlalu jarang dilakukan kecuali apabila berlaku kes-kes besar seperti tanah runtuh di Cameron Highland.

Bagi mereka yang berada di Kuala Lumpur, elok jenguk-jenguk kawasan Chow Kit terutama sekali Jalan Raja Alang antara jam 12:00 tengah malam sehingga 6:00 pagi. Perhatikan siapa yang mengambil atau menyewa atau memajak petak-petak perniagaan yang menjual sayur-sayur kampung di situ. Perhatikan juga bagaimana agresifnya kaum imigran di Jalan Silang terutama pada hujung minggu yang menjadikan kawasan tersebut tidak ubah seperti sebuah pasar lambak Asia Selatan yang lengkap dengan air ludah bersirih, bahkan akhbar-akhbar berbahasa mereka yang mengeji negara ini.

Bila agak-agaknya pihak berkuasa negara ini benar-benar mahu melakukan operasi yang membolehkan pihak pendatang asing benar-benar mahu dan sanggup tunduk hormatkan undang-undang Malaysia? Sampai bila sebenarnya kita perlu terus membenarkan setiap inci negara ini dan kehidupan rakyatnya terus dijajah sehinggakan kini sudah muncul perkiraan, hanya pendatang asing yang boleh bekerja!!!


2 comments:

SolitaireHunter said...

Salam.

Pendatang asing adalah punca pendapatan negara ke 4 terbesar sekarang ini dengan pungutan levi dan sebagainya juga pendapatan besar kepada ajen-ajen. Takde pun usaha nak benteras pendatang sebaliknya bila ada aduan PATI akan diputihkan dengan segala macam program 4p lah 6p lah.. Tak perlu nak sembunyi, rakyat tahu. Apa kerajaan peduli jenayah, polis kan ada... Malaysia pun sudah hampir nak muflis ni so ada kerajaan kisah?

Anonymous said...

ok la jugak, berani dgn cina.

Kalau melayu dah melutut depan cina.

Dulu A jib ketuk gendang cina. Taun ni tengok apa A jib bagi pada cina sempena taun baru cina.

Baca script berita SunDaily melalui Yahoo news di bawah

Posted on 28 January 2015 - 06:12pm
Last updated on 28 January 2015 - 07:19pm
Print

KUALA LUMPUR: In conjunction with Chinese New Year which falls on Feb 19, Prime Minister Datuk Seri Najib Abdul Razak have started distributing free "angpau" (red packets) via his "Ah Jib Gor" Facebook account since today.

"The Chinese New Year celebration is coming soon, we will distribute free special edition of the 'Ah Jib Gor' red packets to fans," he said in a Mandarin language statement released via the Facebook account.
- See more at: http://www.thesundaily.my/news/1310023#sthash.C1VQBsSK.dpuf

 
Blogger Templates