Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, February 5, 2015

92 KETUA BAHAGIAN UMNO BERSOLIDARITI DI HADAPAN KAMERA DAN MEDIA SOKONG ISMAIL SABRI.. SELEPAS NIH?



Industri lakonan dan industri politik mempunyai satu persamaan iaitu LAKONAN!

92 orang Ketua Bahagian UMNO telah bersolidariti dan kembali meluap-luap menyatakan sokongan kepada Ismail Sabri yang merupakan antara menteri yang paling BERTELUR dalam kabinet Najib Abdul Razak.

Dan seperti biasa, ramai yang melihat tindakan sokongan ini tidak lebih daripada sekadar retorik yang tidak disusuli dengan tindakan yang sepatutnya.

Sekadar berlakon di hadapan kamera, menjerit dan terjerit-jerit dengan penuh semangat, pekena secawan dua kopi mahal, balik nanti, kembalilah seperti sediakala.

Orang politik kuat beretorik dan kuat juga berlakon. Di hadapan kita manis mukanya, tetapi di belakang, kebanyakan daripada mereka mampu bertukar menjadi jembalang tanah yang laparkan darah dan dara!

Di bawah Ketua Bahagian ada Ketua Cawangan. Di bawah Bahagian dan Cawangan ada Jawatankuasa Bahagian dan Cawangan. Ada biro-biro.

Maka timbullah pertanyaan, sejauh manakah sokongan yang diberikan kepada saranan Ismail Sabri. Barangan apakah yang akan diboikot? Apakah standard sokongan dan boikot dibuat? Sudahkah Ketua-Ketua Bahagian, Ketua-Ketua Cawangan dan AJK-AJK mereka mengenalpasti, membantu dan mengerahkan ahli-ahli mereka mengenalpasti premis perniagaan yang menaikkan harga barangan?

Atau mereka akan memberi alasan, tiada saluran untuk membuat pendedahan?

Kalau di Facebook, kita akan dapat melihat bagaimana melancong ke luar negara, makan semeja, bergembira bersama-sama keluarga pun boleh disiarkan untuk tujuan bermegah-megah dan menunjuk-nunjuk, mengapa tidak digunakan kemudahan itu untuk mereka benar-benar menjadi UMNO yang membantu rakyat bawahan sepertimana UMNO dulu-dulu?

Sekadar melaungkan sokongan tetapi tidak mampu meluahkan atau menzahirkan sokongan dengan kaedah yang lebih baik dan berkesan, DAP dan para peniaga tamak terutama sekali ORANG TENGAH akan tergelak-gelak, apatah lagi ada antara mereka yang kuat melaung itu juga sebenarnya adalah 'PENIAGA TAMAK DAN ORANG TENGAH'!!!


4 comments:

Anonymous said...

Nanti balik rumah..jual projek kat cina jugak..untung atas angin..malam rembat china doll..pastu jerit2 hidup melayu..ahli macai pun ikut la demi dpt 50..

Anonymous said...

Sama la jugak dgn ahli politik pas.... pakai kepiah dan serban mlm rembat amoi jugek... nak praya kuor ceta hudud.... dpt undi mlayu hudud tingai 0.0001%...


Anonymous said...

Sama la jugak pkr...lagi hebat...dah isytihar imam mahdi...pak syeikh..penasihat agama...bakal mufti.. mak ooooiiiiiiii tak nak mengalah ngan ayah pin... tak kira siang mlm, ada peluang rembat jantan betina...ahli macai pun sama, penyokong lgbt..nak sezaman ngan kaum nabi luth...pastu menjeri jerit melalak kat semua tempat...pagar pun dirempuh, punyalah jaguh, jaguh dikencing...ahli macai pun ikut la demi nasi sebungkus

Anonymous said...

Lepas bergambar, ramai2 pi minum kopi mahal kat kedai kupi putih bandar lama. Cam haraam..

 
Blogger Templates