Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, February 5, 2015

DAP SIBUKKAN BN = BARANG NAIK, TETAPI DI PULAU PINANG SEMUA HARGA TELAH DINAIKKAN OLEH DAP SECARA SENYAP-SENYAP!!!



Antara punca DAP begitu galak menuding ke arah UMNO-BN selain menggalakkan isu RASIS bagi menimbulkan huru-hara di negara ini ialah kelemahan Lim Guan Eng sebagai seorang pentadbir di sebalik cakap-cakap besar dan mengampu diri sendiri. 

Suatu ketika dahulu, Pulau Pinang sangat makmur sebagai sebuah pelabuhan bebas sehingga digelarkan sebagai Pulau Mutiara. Pulau Pinang dilihat sebagai sebuah negeri yang makmur, menenangkan, mempunyai limpahan pelbagai jenis makanan dan kekayaan hartanahnya. 




Bagaimanapun, suatu ketika, Pulau Pinang kehilangan status pelabuhan bebasnya tetapi Barisan Nasional di bawah kepimpinan Mendiang Tun Lim Chong Eu telah membangunkan Zon Perdagangan Bebas dan sekali lagi, Pulau Pinang masyhur sebagai Lembah Silikon Asia. 

Barangkali kerana sudah terlalu lama makmur, rakyat Pulau Pinang mula menuntut perubahan. Mereka memilih DAP yang bijak berlakon dan mengangkat diri sendiri. BN kehilangan Pulau Pinang pada 2008. Dua tahun terawal berkuasa, DAP dan Lim Guan Eng bijak menyembunyikan pekung dan nanah mereka apabila mereka masih lagi mampu mendabik dada daripada kejayaan BN terdahulu. 

Namun menjelang penggal kedua pemerintahan Lim Guan Eng di Pulau Pinang, selepas duit Pulau Pinang habsi di tangan Lim Guan Eng, para penduduk dan rakyat Pulau Pinang termasuklah mereka yang beria-ia menyokong Lim Guan Eng dan DAP, mulai merasai kesannya. Banyak program mencuri dan merampas wang rakyat Pulau Pinang telah dibuat oleh Lim Guan Eng dalam usahanya untuk menampung keborosan dan perbelanjaan tidak terkawal olehnya dan isterinya, Betty Chew.  

Jom kita tengok apa yang telah dibuat oleh Lim Gugan Eng. 

1. Kesesakan lalu lintas 'diselesaikan' dengan menjadikan jalan sebagai laluan sehala. 
2. Kadar tarif air dinaikkan tiga kali ganda
3. Kadar taksiran dinaikkan
4. Kadar sewa gerai dinaikkan. 
5. Kadar parking dinaikkan dan pengguna perlu membayarnya setiap hari sehingga jam 12:00 tengah malam, termasuklah pada hari Ahad dan Cuti Awam. 
6. Ketua Menteri mempunyai rumah rasmi tetapi enggan tinggal di rumah rasmi tersebut sebaliknya menyewa sebuah rumah mewah lain dengan menggunakan wang rakyat Pulau Pinang. 
7. FDI Pulau Pinang telah jatuh dari 10.41 bilion pada tahun 2010 menjadi 2.34 bilion pada tahun 2014. 
8. Pelancongan di Pulau Pinagn merosot teruk. Pada tahun 2010, terdapat secara puratanya 201,000 orang pelancong setiap bulan ke negeri itu. Namun pada 2012, jumlahnya hanya 198,000 orang. Beberapa hari lagi Tahun Baru Cina akan menjelang. Pada kebiasaannya, ini adalah masanya pesta membeli belah berlangsung dengan meriahnya di Pulau Pinang. 






Namun apa yang ditunjukkan di Pulau Pinang ialah, sambutan Tahun Baru seolah-olah tidak wujud langsung sekalipun Pulau Pinang cuba dijadikan Negeri Cina di Tanah Melayu kedua selepas Singapura. 

Kerajaan yang sebenar bukanlah yang lebih sibuk nak bertekak dan menuding kesalahan orang lain atau terlalu sibuk nak menyaman marhein dan pihak lawan setelah terkantoi salah dengan mencari fakta teknikal untuk menang, sebaliknya mengurus dan melaksanakan kebajikan untuk rakyat. 

DAP langsung tidak berbuat apa-apa untuk rakyat di Pulau Pinang, sebaliknya terlalu sibuk mencari jalan untuk membiayai kemewahan Betty Chew dan Lim Guan Eng sendiri!!!


6 comments:

Anonymous said...

Lagi pelingkup Penang bawah si Iguana Eng tu lagi bagus. Biar negeri-negeri lain yang makmur.

Anonymous said...

Oiii kik buta ka 40 sen laa. Dbkl 50 sen. Jimat 10 sen lain kali tudoh orang siasat dulu suwel lu

Anonymous said...

Pp perlu di pulangkan ke kedah. Tubuh suruhanjaya diraja untuk tujuan tersebut.

Anonymous said...

dah menyalak dah.....kepala kena plangkung ngan batu la tu.....makmornya orang penang.....tak sior teman nak pegi penang....nak tido pun kena cukai.....memang kreatif....nak elak sesak....buat one way....memang kreatif.....nak elak kesesakan....roboh gerai melayu....memang kreatif. pandai cina dap cari duit. lagi hebat dari tadah tin melo. tin melo apa barang...

Anonymous said...

Salah tuuuuu....penang maju lagi ...terlebih maju jual body...pulau pelacur diberi nama.. gelar diberi org putih...

Ada maju lagi...teknologi canggih diguna, proses sana proses sini...bagi kuat setan, bdn binasa...bykkkk tempat proses setan...isap dada....h.......

Ishhhhhh tadi isap dada..ini isap dadah....

Bukan sen sen ooooiiiiii.....juta juta...bolehlah beli beg mewah, rumah besor, brg mewah.. senangnya hidupppppppp...keje haram, HARAMJADAH

Anonymous said...

Tu la bodoh tak berajar.. kat KL 50sen sejam.. penang 40sen setengah jam? Jimat ape bodoh? Kalau 1 jam tak 80 sen?.. Tak tau kira bagi tau.. aku leh ajarkan..

 
Blogger Templates