Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, February 11, 2015

ADAKAH ANWAR IBRAHIM AKAN SAKIT LEHER, TULANG BELAKANG, DICUCUK VIRUS HIV ATAU DIBERI MAKAN ARSENIK SEKALI LAGI?




Pemenjaraan Anwar Ibrahim selama 5 tahun di Penjara Sungai Buloh sebenarnya belum menutup riwayat dan hikayat seorang peliwat tua yang akhirnya kecundang, walaupun pada penghujung ceritanya cuba berselindung di sebalik nama Allah.

Semua fakta dan bukti yang diberikan oleh pihak pendakwa, gagal atau langsung tidak disanggah oleh Anwar Ibrahim. Malah dengan penuh yakin, selama 2 jam, Anwar Ibrahim enggan bersoaljawab dengan peguam, sebaliknya memilih untuk berceramah politik di dalam perbicaraan yang sepatutnya dia gunakan untuk membela diri dengan sebaik-baiknya. Tidak sepatutnya selepas Mahkamah Persekutuan menjadikan faktor tersebut sebagai antara jawapan mengapa keputusan Mahkamah Agung dikekalkan, Anwar Ibrahim mahu menyalak dan para penyokongnya turut menyalak sama.

Drama seorang Anwar Ibrahim belum lagi berakhir walaupun dia sekarang berada di balik tirai besi. Sejarah telah membuktikan walaupun Anwar Ibrahim berada di balik tirai besi selama 6 tahun sebelum ini, Anwar Ibrahim bebas untuk berhubung dengan orang lain, bebas memberikan arahan dan perintah, malah bebas mengatur pelbagai gerak dan langkah sehingga akhirnya, dia tidak pernah sehari pun menjalani hukuman penjara kerana kesalahan meliwat.

Perlu diingat, pada tahun 1998, Anwar Ibrahim dijatuhi hukuman 8 tahun kerana kesalahan rasuah dan salahguna kuasa, serta 6 tahun kerana kesalahan meliwat bekas pemandu peribadi isterinya, Azizan Abu Bakar. Dia bagaimanapun, dibebaskan pada tahun 2005 kerana masalah teknikal ketika masih menjalani hukuman penjara kerana salahguna kuasa. Hukuman penjara kerana kesalahan meliwat bekas pemandu peribadi isterinya, sepatutnya dijalani secara berasingan.

Sepanjang enam tahun dipenjarakan, pelbagai helah dibuat oleh Anwar Ibrahim termasuklah berlakon patah tulang belakang sehingga dia perlu dibawa dengan kerusi roda. Konon-kononnya sakit tulang belakang dan isterinya bertindak sebagai perayu dan pengemis belas kasihan. Anwar akhirnya dibenarkan mendapatkan rawatan untuk tulang belakang di Jerman.

Dan menariknya, tidak sampai beberapa jam di Jerman, penyakit tulang belakang Anwar Ibrahim sudah pulih sepenuhnya!

Bagi generasi penyokong dan pecacai baru Anwar Ibrahim, mereka tentu tidak pernah tahu tentang bagaimana Anwar dan Azizah cuba menimbulkan keributan dengan cerita Anwar telah disuntik virus HIV dan diberi makan arsenik sehingga tahap arsenik di dalam darahnya sangat tinggi dan dia boleh mati pada bila-bila masa, sedangkan hakikatnya, Anwar Ibrahim segar-bugar dan sihat walafiat.

Pemenjaraan Anwar Ibrahim kali ini, seolah-olah sebagai kifarah selepas dia terlepas daripada hukuman penjara kerana meliwat pada tahun 2004. Kali pertama, dia terlepas kerana Mahkamah Persekutuan yang membuat keputusan 3-2 walaupun kelima-lima hakim Mahkamah Persekutuan bersetuju, penetrasi dan kegiatan homoseksual telah berlaku tetapi nombor premis yang digunakan, telah dijadikan alasan untuk membebaskan Anwar. Kali ini 5-0 keputusannya dan semuanya hakim sebulat suara menolak rayuan serta mengekalkan sabitan.

Justeru, kita akan menyaksikan akal Anwar Ibrahim sepanjang 5 tahun dipenjarakan. Dia tidak terpenjara sepenuhnya kerana orang-orangnya berkeliaran di serata tempat untuk menyalurkan pelbagai maklumat atau menyampaikan maklumatnya. Malah tidak mustahil juga sekiranya dia akn ditempatkan di sel orang sakit seperti sebelum ini. Justeru, tidak hairanlah mengapa dia beria-ia meilih Penjara Sungai Buluh berbanding Penjara Kajang yang sudah tua dan tidak sebanyak kemudahan seperti di Penjara Sungai Buluh yang merupakan antara penjara termoden di Malaysia.


5 comments:

Anonymous said...

TENGUK JER LAH DRAMA AKAN BERMULA.

maae said...

Masa nya tutup buku rekayasa bekas ketum.

Paling penting kena pantau gerakan pelapis nya yang "melaungkan" segala macam nista kepada kerajaan, kehakiman dan indidvidu yang mereka sasar. Betul tak ?

Anonymous said...

Kita doakan anwar bertaubat...itu lebih baik... dont underestimate the power of doa....

Anonymous said...

Dan dgn itu semoga pengikutnya juga akan sedar dari kesilapan dan kekeliruan

Anonymous said...

Klu dulu dia buat cerita sakit tulang belakang.kali ni hempuk betul2 sampai patah tulang belakang supaya bila kuar nnti dia tk bleh meliwat dh.mudan2an dia insaf n bertaubat.

 
Blogger Templates