Khairuddin Abu Hassan kembali melalak dengan menggunakan portal The Malaysian Insider kononnya dia kehilangan semua jawatannya dalam UMNO kerana dia melakukan pendedahan salahurus 1MDB.
The Malaysian Insider begitu teruja untuk menghentam UMNO kononnya, UMNO sangat takut dengan pendedahan tersebut sehingga Khairuddin Abu Hassan kehilangan jawatannya.
Hakikatnya, Khairuddin Abu Hassan adalah seorang muflis. Mahkamah telah memutuskan dia muflis jauh lebih awal sebelum dia membuat pendedahan tentang 1MDB. Seperti yang diakuinya sendiri, dia telah diisytiharkan muflis pada Mei tahun lepas, manakala pendedahan 1MDB pula yang tidak ada kaitan dengan perniagaan dan status muflisnya dibuat pada penghujung 2014, beberapa bulan selepas itu.
Secara rasminya, Khairuddin telah diisytiharkan bankrap pada Mei tahun lepas oleh Jabatan Insolvensi Malaysia. UMNO telah menerima laporan tentang statusnya itu pada Disember 2014.
Menurut Perlembagaan UMNO, Peraturan 8.4 dan 28.9, mereka yang bankrap secara automatik tidak layak untuk memegang atau bertanding sebarang jawatan dalam parti. Seksyen 9A(1)(d) da;a, Akta Pertubuhan 1966 turut menegaskan bahawa mereka yang muflis tidak boleh memegang sebarang jawatan dalam mana-mana pertubuhan.
Jadi, dia nak melalak apa lagi?
Dia bukannya kena gantung atau kena tendang keluar dari parti sebagaimana yang berlaku kepada Chegu Bard. Sebaliknya masih lagi ahli UMNO, masih lagi ada hak untuk menghadiri mesyuarat.
Cara The Malaysian Insider bikin cerita seolah-olah kerana 1MDB Khairuddin Abu Hassan diterajang dan dianiayai oleh UMNO, memang tidak masuk akal. Cubaan The Malaysian Insider untuk menjadikan UMNO seperti DAP yang memecat semua penentang Teresa Kok, Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang jelas menunjukkan kegagalan mereka memahami masalah atau barangkali mereka sememangnya berniat jahat.
2 comments:
Puak2 DAP mrk mmg jahat durjana nak merampas negara ini dr pemerintahan org2 melayu. Mrk dah jajah dgn ekonomi hanya tinggal penguasaan politik saja lagi
Brunei negara bijak sbb x terima non bumi sbg warganegara
Post a Comment