ISIS adalah entiti CIA-MOSSAD yang ditubuhkan serta beroperasi dengan tujuan untuk menggambarkan keganasan dan kezaliman umat Islam. Walaupun mereka mengakui yang mereka adalah golongan SUNNAH KERAS, hakikatnya, Al-Baghdadi telah didedahkan sebagai perisik MOSSAD yang kemudian menyusup masuk, menyamar sebagai seorang Islam dan kemudian mendabik dada sebagai khalifah.
Kebutaan kepada konsep JIHAD dan SYAHID di kalangan sebahagian besar umat Islam, terutama sekali golongan muda, menjadi lauk segar buat ISIS dan Al-Baghdadi. Daya tarikan JIHAD dan SYAHID telah menyebabkan sebahagian anak muda mengambil keputusan singkat untuk berjuang bersama-sama ISIS menentang rejim pemerintahan yang mereka sifatkan sebagai sekular atau kafir.
Menariknya, rejim pemerintah yang menjadi musuh mereka adalah pemerintah Islam. Manakala Israel-Zionis yang benar-benar menjadi musuh, tidak langsung disentuh. Malah ISIS langsung tidak menghantar bantuan untuk membebaskan masyarakat Palestin daripada belenggu penjajahan serta kezaliman Israel-Zionis.
Dua hari sudah, satu klip video menampilkan empat orang pemuda yang bertopeng telah muncul di Facebook. Mereka menamakan diri mereka sebagai ISIS Malaysia 69 dan mengancam akan meletupkan mahkamah-mahkamah di Malaysia pada 18 Februari (hari ini). Semalam pula, satu laman Facebook telah diwujudkan oleh kumpulan terbabit dengan ancaman akan membunuh sesiapa sahaja yang enggan berbaiah kepada mereka.
Ada berita yang menyatakan, PDRM telah berjaya menahan dua orang mereka yang merupakan pelajar universiti tempatan.
Bagaimanapun, berita utama TV3 malam tadi pula menyatakan, PDRM telah menahan dua orang pelajar wanita yang mahu terbang ke Syria untuk menyerah diri sebagai pelacur untuk anggota-anggota ISIS.
Yang mana satukah
3 comments:
Kalau bab i.s atau berkaitan dengan kesalahan melayu,polis malaysia paling cekap untuk buat tangkapan,sampaikan polis planet marikh pun datang mintak tunjuk ajar le....tapi tang kes baling kepala babi,hina Islam dan hina melayu ibarat pdrm baru 2 hari ditubuhkan le.....puihh....undang2 dipakai mengikut viral orang ramai!!!!
Tangkap mereka yang menggelar diri mereka sebagai isis 69 m'sia. Mereka cuma buat kacau di negara sendiri. Saya juga anak muda m'sia saya tdk menyokong tindakan yg salah disisi agama dan undang2 negara.
Undang-undang hanya untuk org melayu aje ke?
Post a Comment