Dengan segala tumpuan diberikan kepada kerenah meloyakan dan menjengkelkan keluarga Anwar Ibrahim serta gelagat Lim Guan Eng-DAP yang sedang melakukan perancangan lebih besar untuk 'membersihkan' Pulau Pinang, banyak perkara yang tidak kurang pentingnya di Sabah dan khususnya di Sarawak kurang mendapat perhatian.
Beberapa minggu lepas, PKR dan DAP telah menghantar pasukan dari Semenanjung ke Sarawak untuk melakukan serangan ke atas SPR ekoran cadangan Suruhanjaya Pilihanraya menggunakan kuasanya bagi mewujudkan 11 DUN baru di Sarawak.
PKR dan DAP jelas tidak bersetuju dengan 11 DUN baru itu yang menurut mereka akan mengganggu segala perancangan mereka untuk menguasai Sarawak walaupun mereka juga sedar, SPR mempunyai peruntukan dari segi undang-undang untuk melakukannya berbanding mereka yang hanya lebih banyak melanggar undang-undang.
Selain atas nama PKR dan DAP, mereka turut datang sebagai BERSIH, sebuah pertubuhan haram yang sepatutnya ditubuhkan dan didaftarkan sebagai sebuah parti politik pembangkang. Walaupun kononnya berjuang untuk mengkritik SPR dan memastikan perjalanan pilihanraya negara ini bersih dan mengikut undang-undang, hakikatnya mereka adalah pengacau yang berlagak pandai dan untuk memastikan SPR mengikut segala telunjuk Pakatan Rakyat.
BERSIH itu sendiri adalah Pakatan Rakyat, sama seperti SUARAM yang setiap masa dan ketika mencari ruang untuk memberikan kredit kepada Pakatan Rakyat.
Kononnya bantahan akan dibuat tentang persempadanan semula oleh SPR. Bagaimanapun, berbeza daripada yang dikatakan, bantahan tersebut bukannya datang dari pengundi tempatan tetapi dari Kuala Lumpur. BERSIH dan Pakatan Rakyat terpaksa membawa pasukan bantahan dari Kuala Lmpur untuk berhadapan dengan SPR di Sarawak.
Beria-ia BERSIH mendakwa SPR menipu dalam persempadanan. Bersungguh-sungguh BERSIH cuba mencipta persepsi dan mengganggu tugas-tugas SPR. Kononya SPR buat persempadanan tidak ikut perlembagaan. Mereka desak SPR ikut peraturan yang mereka ciptakan sendiri.
Mereka macam dah tak ada kerja lain selain daripada mempertikaikan apa-apa sahaja yang dilakukan oleh SPR. Segala hiruk pikuk dan kacau bilau mereka lakukan, setelah gagal mendapat sokongan daripada penduduk tempatan, mereka cuba pula menggertak dengan kuasa mahkamah. (
RUJUK SINI)
Motif apa sebenarnya PKR, DAP dan BERSIH mahu menggambarkan SPR menipu? Adakah kerana mereka sebenarnya tidak dapat menerima kenyataan bahawa mereka telah ditolak oleh rakyat Sarawak?
Pulau Pinang, Selangor, Kelantan, malahan Kedah dan Terengganu yang pernah diperintah oleh pembangkang, mempunyai persempadanan yang dibuat oleh SPR juga. Apakah maksudnya, SPR akan dipersalahkan kerana Pakatan Rakyat kalah dan tidak dapat sokongan tetapi apabila menang, peranan SPR 'memenangkan' mereka tidak pula diambil kira?
Yang pasti, apa yang sedang berlaku di Sarawak sekarang sudah cukup untuk menggambarkan betapa gawatnya Pakatan Rakyat, sehingga mereka terpaksa mencipta pelbagai isu terutama sekali dengan serangan ke atas SPR semata-mata kerana telah kehilangan sokongan. Sama seperti helah yang digunakan untuk membantai Najib Abdul Razak dan UMNO-BN setelah Anwar Ibrahim didapati bersalah melakukan liwat apabila secara tidak malu menyatakan, jenayah liwat itu dilakukan kerana tohmahan dan fitnah politik!
SPR tidak perlu melayan sangat BERSIH dan puak-puak PKR serta DAP yang tidak ada kerja selain daripada menimbulkan pelbagai isu untuk memanjangkan kerjaya politik mereka. Apa yang dilakukan oleh SPR sekarang sudah cukup baik untuk pengundi-pengundi di negara ini. Sistem pilihanraya negara Malaysia adalah antara yang terbaik di dunia, itu adalah hakikat yang sukar diterima oleh Pakatan Rakyat yang gagal menterjemahkan sokongan rakyat kepada mereka berdasarkan hakikat, melainkan berdasarkan angan-angan dan khayalan semata-mata!!!
No comments:
Post a Comment