Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, February 17, 2015

JUAH SANGATLAH PUAK-PUAK PERASAN ISLAMIK NIH... HARI TU, NAJIB YANG DICEMUH DAN DIMAKI, SEMALAM GILIRAN ROSMAH MANSOR PULA!!!

Semuanya gara-gara Najib Abdul Razak mengamalkan ajaran Islam yang menuntut agar umatnya memantapkan ukhwah dan melaksanakan tuntutan hablum minannas.

Sebaik-baik sahaja menerima kematian Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat, Najib yang ketika itu sedang berucap, menghentikan ucapannya. Berwajah muram dan memaklumkan kepada para hadirin sebelum meminta mereka menghadiahkan al-Fatihah kepada roh Nik Abdul Aziz Nik Mat. Selepas program, dia segera bergegas ke Kota Bharu, meredah lautan penyokong khurafat yang mengharapkan mereka memperolehi rahmat terakhir daripada Nik Abdul Aziz yang sudah meninggal dunia.

Najib terpaksa menumpang kereta polis. Berbanding dengan kenderaan yang membawa para pemimpin DAP yang diberikan laluan mudah serta disambut dengan penuh bangga, Najib lain pula layanannya. Ada sebilangan ahli-ahli PAS yang menyambut kedatangan Najib dengan laungan, 'MAMPUS UMNO! MAMPUS NAJIB!' tanpa mereka sedari, yang mereka sedang menghadiri kematian Mursyidul Am PAS yang mereka sendiri anggap sebagai ulama terbilang.



Najib tidak peduli dengan caci nista itu, sebaliknya menemui waris Nik Abdul Aziz, menyampaikan ucapan takziah dan mengungkapkan beberapa perkara yang hanya diketahui oleh waris-waris Nik Abdul Aziz yang sedang berduka. Atas nasihat daripada beberapa orang pemimpin PAS yang melihat kegilaan ahli-ahli PAS yang berlagak seolah-olah mereka sudah cukup sifat untuk masuk syurga, Najib Abdul Razak tidak berada di liang lahad menyambut jenazah Nik Abdul Aziz, sebaliknya berangkat pulang.

Semalam pula, Rosmah Mansor yang mempunyai program di Kota Bharu, mengambil kesempatan daripada kesenggangan masanya untuk melawat dan menziarahi balu Allahyarham Nik Abdul Aziz di Pulau Melaka. Kedatangan Rosmah Mansor menyusul selepas ziarah yang dilakukan oleh Ketua Wanita UMNO Malaysia.

Dalam ziarah Rosmah Mansor selama 30 minit itu, keluarga Allahyarham Nik Abdul Aziz memberikan sambutan mesra dan selayaknya sebagai golongan yang berfahaman Sunnah. Tiada permusuhan, malahan ziarah itu menggembrakan Tuna Sabariah Tuan Ishak, isteri Allahyarham Nik Abdul Aziz.


Menariknya, barangkali tak tahu apa-apa lagi yang harus dimaki hamunkan, golongan pro-PASMA dan Parasit mengambil kesempatan daripada ziarah Rosmah Mansor untuk menunjukkan betapa Islamiknya mereka.

Rosmah Mansor dituduh bermewah-mewah dan menunjuk-nunjuk. Kata mereka, ziarah Rosmah tidak mendatangkan sebarang faedah kerana bermewah-mewah dan menunjuk-nunjuk. Malahan balu Allahyarham Nik Abdul Aziz juga tidak mendapat sebarang manfaat daripada ziarah tersebut.

Puak-puak yang berlagak pandai ini, kalau boleh nak tengok Rosmah datang kayuh basikal. Pakai baju carik bertampal dan berkain batik. Mereka nak tengok Rosmah Mansor datang pakai terompah kayu. Mereka juga nak tengok Rosmah Mansor kepanasan apabila melangkah dan memijak tapak rumah Nik Abdul Aziz kerana terlalu terpengaruh dengan Drama TANAH KUBUR.

Begitulah golongan yang berasa mereka lebih pandai daripada orang lain. Begitulah sikap golongan yang menganggap, mereka lebih berilmu, lebih tahu dan lebih mulia berbanding orang yang mereka kutuk, menyerupai perangai rabai-rabai Yahudi yang akhirnya bersekongkol dengan pagan Rom untuk membunuh Nabi Isa a.s sebelum Rasul Allah itu dinaikkan ke langit.

PAS rosak bukan kerana pemimpinnya tetapi PAS rosak kerana ahli-ahli dan para penyokongnya yang berlagak pandai dan cuba merampas hak Allah Taala!!!


15 comments:

Anonymous said...

Taksub dan angkuh, mendinding hidayah.

Anonymous said...

Sebenarnya lebih berdosa memutuskan tali persaudaraan seugama. Tiada guna berada dlm parti islam sekiranya minda kita jiwa kita kelakuan kita tidak mcerminkan islam. Makian akan mdatangkan dosa kpd yg mmaki dan yg dimaki dpt pahala. Apa sebenarnya peranan ulama maaf tok guru tok guru ddalam pas. ? Gagal myatukan umat islam malaysia kdua nya pyokong lbih taksub kpd parti yg lbih mcerminkan perjuagsn kduniaan beralsan islam dn sgalanya islam tpi sbnarnya untuk dunia maka lahir la oyiking fanatik fanatik dn akhirnya golongan liberal islam yg btopengkan islam dn berada d blakang tok guru semata mata utk sokongan undi yg dikatakan untuk islam. Parti ini hye untuk org yg fikir dia islam hye krana sokong pas dan undinye adala utk islam. Jalani hidup scara islam tanpa parti maka akidah lebih terpelihara insyallah.

Anonymous said...

Nampaknya peningallan TGNA hanya cacian yg diamalkan oleh pengikut...mana sumbangan arwah dalam memartabatkan peribadi Islam????

Anonymous said...

Jgn terpengaruh....cacian dan makian tu dtg dari anak2 cina dan keling kapir jaa yg guna profil gambar org melayu...

Org melayu x buat mcm tu....

kecuali segelintir syiah dlm pas yg bertakiyyah...

Anonymous said...

Cantik jambul Rosmah.....

Anonymous said...

8:21 am, Tidak usah mencemoh. Dia menziarahi atas dasar Islamiah. Mana ustazah2 Pas apabila masuk Pas baru pakai tudung tapi tak nampak muka pun.

Anonymous said...

8:21 am, Tidak usah mencemoh. Dia menziarahi atas dasar Islamiah. Mana ustazah2 Pas apabila masuk Pas baru pakai tudung tapi tak nampak muka pun

Minta maaf. Ditujukan pada 8:33 AM.

maae said...

Betul. Dari segi ukhuwah syiar Islam itu sendiri, kebanyakan ahli-ahli Pas itu sudah memasuki semula fasa jahilliyyah di mana sejarah sudah membuktikan tindak tanduk mereka kini tegar mensyirikkan Yang Esa seperti di pamirkan dalam peristiwa kematian Nik Aziz. Nik Abduh sendiri kian menjadi gusar dengan perilaku ahli-ahli mereka yang nyata nya "mengkeramatkan" mursyidul agong mereka. Berbeza kematian Raja Arab sebelum ini.

Sungguh hina melayu ini keranan toghut dan kemungkaran itu di mulakan oleh para pemimpin palsu mereka yang konon nya lebih suci, walhal mereka secara tidak langsung memang tergolong dalam golongan musyrik.
Menjadi tuhan kepada yang taksub.

Anonymous said...

Ahli2 PAS rosak kerana pempin2nya..pempin2nya banyak bermuka2..depan ahli berceramah mengutuk dan menghina umno dan pempin2 umno..depan pempin2 yg dikutuk, pehh penuh kemesraan. Lepas tu tak tegur pun ketaksuban ahli2nya malah dijadikan batu lompatan dlm karier politik mereka..gambor ulamak tampal sana sini, gambor posing yg ada nilai komersial pada politik dibiorkan..kabor ikut bebenor aq dan sunnah, benar tu ..ikut yg mana ada kepentingan politik..atau yg boleh dipolitikkan.

Anonymous said...

Sebelum kamu kutuk dan hina orang lain, lihatlah diri sendiri dahulu juga ahli-ahli keluarga serta keturunan kamu. Sudah baik sangat ke?

Anonymous said...

Bagi ambo nik ajis takada apa2 kelebihan pon . Dia memang di lahir kan jenis mcm itu.

Anonymous said...

Yg mengajar mencemuh orang adalah.....dia pon dah mati. Maka tidak hairan pengikut PAS terikut ajaran orang itu.

FORENSIC PATHOLOGY said...

Sesama Islam nak gaduh, boleh (tidak digalakkan) tetapi......... Tuhan bagi tak boleh lebih dari 3 (tiga) hari. Lepas tu ...... dua2 akan di ....... (kamu jawab lah sendiri). Asalkan bukan UMNO???? Kan mereka tu pun Islam???? ABU dah lebih atau kurang dar 3 hari????? Kamu jawablah sendiri. Adakah yang dilakukan ini Rasulullah SAW Compliant???

FORENSIC PATHOLOGY said...

Sesama Islam nak gaduh, boleh (tidak digalakkan) tetapi......... Tuhan bagi tak boleh lebih dari 3 (tiga) hari. Lepas tu ...... dua2 akan di ....... (kamu jawab lah sendiri). Asalkan bukan UMNO???? Kan mereka tu pun Islam???? ABU dah lebih atau kurang dar 3 hari????? Kamu jawablah sendiri. Adakah yang dilakukan ini Rasulullah SAW Compliant???

Anonymous said...

Puak lendir hijau ni perasan kompom masuk syurga... Tu psl la puak2 ni tak heran dgn hukum2 ni...

 
Blogger Templates