Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, February 23, 2015

MAHFUZ BUKTIKAN DIA TAK MENIPU! SIRUL AZHAR AKHIRNYA HUBUNGI MAHFUZ PADA JAM 1:10 TENGAH HARI TADI!!!!



Selepas hampir 2 jam, pembunuh Altantuya Shaariibuu, Sirul Azhar Umar berjaya dihubungi Datuk Mahfuz Omar kira-kira jam 1.10 petang tadi.

Ketua Penerangan PAS itu berkata, Sirul membuat ‘missed call’ padanya dan apabila Mahfuz cuba menelefonnya, bekas anggota Unit Tindakan Khas itu memberitahu sudah bersiap sedia menunggu panggilan ahli Parlimen Pokok Sena itu sejak pagi tadi untuk telesidang yang dijanjikan pada 11.30 pagi tadi.

Dalam perbualan telefon itu, Sirul mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia di atas sokongan yang diberikan kepadanya dan turut berterima kasih pada kerajaan Australia kerana melindungi dirinya.

“Sirul juga ada mengatakan beliau akan mematuhi peraturan di pusat tahanannya di Australia.

“Namun, beliau tidak akan bercakap lebih daripada apa yang diberitahu kepada Malaysiakini,” kata Mahfuz.

Mahfuz berkata, Sirul hanya akan memberitahu perkara selebihnya pada waktu yang sesuai.

Minggu lepas, Sirul memberitahu Malaysiakini beliau bersama Ketua Inspektor Azilah Hadri hanya menerima arahan dan pembunuh sebenar masih bebas.

“Walaupun kebanyakan pihak media yang sudah pulang dan hanya tinggal beberapa saja, tetapi bagi saya inilah masanya untuk menelefon Sirul kerana pagi tadi kebanyakan daripada kami tidak berjaya menghubunginya disebabkan gangguan talian.

“Saya kata padanya, saya sudah cuba menghubungi beliau dengan tiga nombor yang berlainan namun tidak berjaya kerana gangguan talian,” katanya.

Bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu dijadualkan mengadakan telesidang secara langsung bersama media Malaysia anjuran PAS pada jam 11.30 pagi ini tidak berjaya dihubungi apabila ketua Penerangan PAS itu cuba menghubunginya untuk beberapa kali gagal.

Pada masa sama, pihak media yang menunggu sejak jam 11 pagi mempersoalkan bagaimana mereka dapat mengenal pasti individu yang dihubungi Mahfuz itu adalah benar-benar Sirul yang disabitkan bersalah dalam kes pembunuhan Altantuya.

Mahfuz bagaimanapun menunjukkan perbualan akhir beliau bersama Sirul menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) di pusat tahanan Imigresen di Australia sebagai bukti.

Sirul dan Azilah disabitkan bersalah dalam kes pembunuhan Altantuya dan dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Persekutuan pada 13 Januari lalu, lapor The Malaysian Insider.

Bagaimanapun Sirul tidak hadir semasa mahkamah menjatuhkan hukuman dan berada di Australia. (SUMBER KLPOST)


KAHKAHKAHKAHKKAHKAHKAH... KELAKARNYA MAHFUZ OMAR!!!!



12 comments:

Anonymous said...

Hahaha.. lawak nya... nampak sangat pembohong Mahfuz nie sampaikan semua media massa telah diperbodohkannya.

Anonymous said...

Dah banyak kali si mahfoz ni dok buat kerja bodo..wartawan2 dok kena tipu cam tu jugak! Pernah ka mahfoz ni bg kenyataan yg masuk akai???

Anonymous said...

Babi2 Rakyat akan tetap percaya dorang ni..

Aku tak kisah kalau Sirul betul2 buat pengakuan yg benar..

Yg jasi Sampah ialah cerita2 TEAM PAKATAN & Malaysiakini mcm babi..

Kita mahukan kebenaran bukannya TEMBERANG mcm Family Nuar

Anonymous said...

Lepas ni jangan harap la petugas media nak buat liputan PC Mahfuz Bean lagi.

Pegi da...

Anonymous said...

Mahfuz bean merupakan Antara graduan maharajalawakmega yang paling berjaya di luar sana.

Anonymous said...

Kita pon biasa buat panggilan dari Australia atau ke Australia. Biasanya sekali dail dah dapat. Kau ingat sistem telekomunikasi Australia tu mcm kat Pokok Sena ka. Nampak sgt tipunya.

Anonymous said...

Ini la si Mafoz yg sama baghalnya dgn keldai.....

Anonymous said...

Nasib baik dia tak nyayi lagu Hello lionel riche loghat kedah, boleh viral satu dunia ka ka kah.. eat mee yuu locking four , Aie blufff uuuuuu

Anonymous said...

ini maharajalawak super duper mega...

puncakbistari said...

Mana ada tahanan di benarkan berhubung melalui telefon...... ha...ha....

puncakbistari said...

Mana ada tahanan di benarkan berhubung melalui telefon...... ha...ha....

Unknown said...

Maharaja lawak mega 2016

 
Blogger Templates