Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, February 17, 2015

MAKIN SUSUT JUMLAH YANG DATANG... SELEPAS KEMPEN, HANYA 20 YANG TUNJUK MUKA DAN SOKONGAN KEPADA ANWAR IBRAHIM!!!



Boleh dikatakan hari-hari ceramah dibuat oleh ahli keluarga Anwar Ibrahim di merata-rata tempat. Boleh dikatakan juga sepanjang masa, diperingatkan bahawa Anwar Ibrahim akan hadir di mahkamah hari ini kerana kes saman malunya ke atas Menteri Luar, Anifah Aman.

Malangnya yang datang tak sampai pun 20 orang. Lebih ramai wartawan dan petugas media berbanding penyokong yang mahu menyatakan solidariti dan menuntut agar dia dibebaskan.

Di dalam mahkamah pun, Anwar tidak dapat tumpuan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara, “muncul” hari ini di Mahkamah Tinggi untuk memberi keterangan dalam kes saman fitnah yang difailkan olehnya terhadap Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Anwar yang memakai kemeja putih dan berseluar hitam diiringi beberapa pegawai penjara serta anggota polis, tiba pada 8.50 pagi.

Isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, anaknya Nurul Izzah, Nurul Nuha, Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali dan beberapa pemimpin parti pembangkang turut hadir di bilik bicara.


Anwar dibawa oleh pihak polis dari Penjara Sungai Buloh setelah dijatuhi hukuman bermula 10 Februari lepas apabila Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara lima tahun terhadap Ketua Pembangkang itu kerana meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Pada 27 Ogos tahun lepas, Anwar selesai memberi keterangan dalam kes saman tersebut namun dipanggil semula hari ini selepas Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Anifah untuk meminda pernyataan pembelaan tambahan berhubung dakwaan ketua pembangkang itu menawarkan RM100 juta kepadanya untuk melompat parti.

Dalam kes yang didengar di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Siti Khadijah S. Hassan Badjenid ini Anwar diwakili peguam Razlan Hadri Zulkifli manakala Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, mewakili Anifah.

Perbicaraan penuh kes tersebut, bermula 25 Ogos tahun lepas dan berakhir pada 26 Disember, selepas Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, yang merupakan saksi terakhir defendan (Anifah) memberi keterangan.

Bagaimanapun selepas saksi itu selesai memberikan keterangan, Anifah membuat permohonan untuk meminda pernyataan pembelaan tambahannya.

Anwar mengemukakan saman terhadap Anifah pada 27 Mei 2009 kerana mendakwa kenyataan anggota Parlimen Kimanis itu pada sidang media di Washington, pada 16 Mei 2009, yang turut dihadiri setiausaha negara Amerika Syarikat yang ketika itu Hillary Clinton, mencemarkan nama baiknya.


Ketua pembangkang itu mendakwa Anifah menggambarkan beliau sebagai seorang yang tidak layak untuk memegang sebarang jawatan politik atau apa-apa jawatan dan berbahaya kepada masyarakat Malaysia.

Anwar juga mendakwa kenyataan defendan yang dilaporkan secara meluas dalam media tempatan dan asing, menimbulkan fitnah terhadap perwatakannya dan secara langsung dan tidak langsung menggambarkan beliau sebagai seorang yang tidak beretika, tidak berprinsip dan rasuah, lapor Bernama.

Makin pening dah Nik Nazmi. Makin susah hati dah apabila jawatannya selaku Ketua AMK akan dinilai berdasarkan kehadiran jumlah penyokong dalam demonstrasi yang dianjur dan dikempenkannya!!!


9 comments:

Anonymous said...

Dari dulu lagi saya nyatakan PKR ni mana ada ahli akar umbi,Dulu yang meramaikan adalah ahli PAS.Nak harap mata sepet DAP,air liur aja la.Saya beranggapan pada PRU 14 nanti kerusi PKR terutama di kwsn Melayu akan banyak tumbang jika sekira nya PAS megambil tindakan saperti sekarang ini.

FORENSIC PATHOLOGY said...

Mana sakit pinggangnya? Nampak elok jer???? Jawabnya: Bukan saya yang cakap!!!!

Anonymous said...

Laaaaaa, ingatkan Anwar kurus kering dah tinggal rangka mcm jerangkong, rupanya masih menawan kalbu.

Berkesan betul rupanya slimming programme kat Penjara Sg Buloh ye?

Anonymous said...

Belum dgr lagi ketum sakit kote...hah hah hahhh

FORENSIC PATHOLOGY said...

Masa perbicaraan liwat 2 pun kata sakit pinggang dan tak mungkin liwat. Sekarang....... excuse sakit pinggang dah terjawab. Namanya "sakit pinggang excuse". Angkat beg berat dalam lift tak sakit pinggang pulak???? Hai... memang Oscar Winner.

FORENSIC PATHOLOGY said...

Masa perbicaraan liwat 2 pun kata sakit pinggang dan tak mungkin liwat. Sekarang....... excuse sakit pinggang dah terjawab. Namanya "sakit pinggang excuse". Angkat beg berat dalam lift tak sakit pinggang pulak???? Hai... memang Oscar Winner.

Anonymous said...

Semenjak berakhirnya nya kes Sodom 2, orang ramai dari Bandar sehingga ke kampong2 sudah percaya yang Anwar memang peliwat tegar walaupun bukan bertaraf "gay". Dia cuma suka main bontot. Sehubungan dengan hukuman dan fakta kes, orang ramai juga sudah percaya yang Anwar, isteri serta anak-beranak semua nya kaki pembohong, penipu, penfitnah dan kaki kencing. Puak PAS juga baharu sedar kena kencing selama ini. Tanpa PAS tiada lagi tukang meramaikan majlis. Lagu selamat tinggal romeo bertukar kepada "selamat tinggal peliwat tua".

Anonymous said...

Kalau kaum cina datang berdemostrasi menyokong anwar seramai sewaktu ambil BRIM....sekarang jugak saya Cari babi untuk dimakan!!!!

Anonymous said...

Muahahaha...aduuii...bro..
Senak perut aku gelak...

Terbaik...nora kasi 5 bintang...

 
Blogger Templates