Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, February 9, 2015

MAZA TERLUPA, DIA HANYALAH MANUSIA YANG PERGUNAKAN JAWATAN UNTUK TUNJUK HEBAT!!!




Masa takdak jawatan, Mohd Asri Zainal Abidin sibuk bergambar ke sana ke mari, dan sangat berbangga kerana dapat pergi ke luar negara. Masa takdak jawatan juga, MAZA cuba menonjolkan diri dengan mencampuri urusan parti politik, sekalipun kemudiannya apabila ditawarkan tempat di dalam PAS, MAZA cepat-cepat menolaknya.

Sekarang, buat kali kedua dilantik sebagai Mufti Negeri Perlis, MAZA kembali semula mendaki populariti dengan menyibukkan diri membuka semua kelemahan pemerintahan negara, sekalipun tanggungjawabnya yang sebenar adalah di Perlis, terutama sekali memandangkan Perlis negeri kecil dan terletak di sempadan Thailand yang turut menghadapi pelbagai masalah sosial seperti penyeludupan, mahupun kemaksiatan.

Sudah ada cadangan kepada MAZA agar mengemaskan proposal dan CV dirinya untuk dihantar kepada Perdana Menteri bagi membolehkan dia berada di PMO bertujuan menjadi penasihat PM, bukan sebagai Mufti Perli yang jawatannya terlalu ciput dan barangkali dianggap tidak cukup besar untuk maslahat ummat terutama di Perlis.

Bermula dengan isu tasyabbuh yang dipandang oleh Asri dari sudut pandangan yang sangat sempit tanpa sedar, jikalau diikutkan kepada 'fatwanya' maka dia juga telah lama melakukan tasyabbuh dari segi pakaian, kemudian bertindak pula sebagai orang yang cuba melaga-lagakan kepimpinan negara.


Pada ketika Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri, Asri adalah Mufti Perlis. HARAM TAK BERBUNYI sepertimana dia berbunyi seperti sekarang. Ketika kemelut melibatkan krisis akidah di kalangan PAS, Asri juga tidak berbunyi dan bersuara. Dia hanya bernafsu untuk 'menegur' dan 'mengkritik' Najib Abdul Razak. Dan cuba juga menyemarakkan kemarahan 'orang-orang Mahathir' dan 'orang-orang Najib' agar kedua-dua bekas pemimpin dan pemimpin semasa Malaysia itu bergasak antara satu sama lain, bagi memudahkan negara ini dikawal dan dikuasai oleh orang lain.

MAZA mungkin seorang yang cerdik dalam disiplin ilmunya, tetapi praktikalnya tidak begitu. Bahkan cara yang digunakan oleh MAZA lebih mirip kepada KHAWARIJ yang dari zaman Syaidina Ali r.a dan Syaidina Uthman Affan r.a, sentiasa tidak berhenti-henti untuk memecahbelahkan masyarakat dan kepimpinan ummah dengan pelbagai isu-isu agama yang sengaja disusah-susahkan kononnya atas dasar KEBENARAN.

Adalah lebih manis sekiranya, MAZA tutup mulut dan membantu Menteri Besar Perlis yang sebahagian besar rakyat Perlis sendiri terkeliru nama sebenarnya - antara Shahidan Kassim atau Azlan Man - membangunkan Perlis dan menjadikan Perlis sebagai Darul Makmur, bukan Darul Pecah Belah dengan fahaman yang konon-kononnya Sunnah tetapi sebenarnya keliru!!!


7 comments:

Anonymous said...

mufti dah jadik mufti entah entah apa...bercakap banyak output tadak ..orang kata kalau orang macam ni jenis orang bodoh. jangan jadik bodoh tak boleh diajar pandai tak boleh diikut.

Anonymous said...

Asri ni muka xtahu malu. Dier ingat dia pandai.buat orang benci dan meluat adelah. Inilah manusia yg xsedar diri..buat orang tambah menyampah adelah.Yang nak amk Wayabi ni jadi mufti lagi kenapa ..xde oran lain yg pandai lagi ke.

IdrisMdIsa said...

Askm saudara...devoured berasal dari perkataan devour, yg bermaksud "dimakan atau dibaham secara rakus". Betulkan. saya cadangkan saudara menggunakan perkataan 'DEVOTED" yang berasal dari kata perbuatan "DEVOTE" bermaksud mengabdikan, men-dedikasi-kan dan maksud2 yg semacam dengannya.

Anonymous said...

Maza mahu jadi Next PMO officer..

Specis mcm ni tak baik..manyak busuk..dahaga publisiti..kerja tak tahu.

Kutuk orang jauh2, berbeza Opinion for Glamor- semua ini TUJUAN DUNIAWI

Kpd ambitious Maza
Jgn cakapla bila dpt PMO nanti lu nak kerja baik2. Buktikan di Perlis sebelum perlekeh Orang lain.

slick said...

Dia punya lagak masa prince william dan isteri dtg malaysia dulu dan masuk dlm blog dia....tengahari lunch dgn duke/duchess of cambridge. Pada hal duduk nun jauah disana. Memang giler glamor budakni.

The Saviour said...

Terima kasih saudara atas keprihatinan... sememangnya ada 'Kerakusan' yang mahu diperkatakan dan 'diselamatkan'...

azid barja said...

Mufti Perlih takdak hallah. Kalu bakal Mufti Turki tu baru la wa respect!.

 
Blogger Templates