Pihak yang paling tidak suka kalau UMNO dan PAS berbaik-baik walaupun tidak duduk dalam satu saf, walaupun sekadar bekerjasama sebagai satu pasukan pro-kontra, adalah DAP!
Sebabnya DAP yang dipimpin oleh Lim Kit Siang dari tahun 1965 dahulu dan sekarang ini diwarisi pula oleh anak lelakinya, Lim Guan Eng, memerlukan keadaan di mana PAS dan UMNO yang mempunyai jumlah pengikut tegar terbesar dari kalangan 64% komposisi penduduk negara ini, berpecah dan saling berbalah.
Perbalahan antara PAS dan UMNO akan menjadikan DAP kuat serta sangat dominan. Disebabkan itulah, DAP kelihatan bersungguh-sungguh membantu dan memujuk PAS dalam Pakatan Rakyat agar meneruskan sistem permusuhan dengan UMNO walaupun pada tahun 2002, Allahyarham Fadhil Nor, bekas Presiden PAS sudah menyatakan tentang 'kerjasama' antara UMNO-PAS menerusi kemunculan serentak di atas pentas solidariti untuk Palestin sebagai simbolik bersam-sama dengan Dr. Mahathir, mantan Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu.
Belang PASMA sudah pun terdedah. Banyak pembohongan mereka yang menggunakan Allahyarham Nik Abdul Aziz sehinggakan orang tua itu terpalit dengan pelbagai tuduhan dan tanggapan tidak sepatutnya kesan daripada hasutan puak-puak PASMA atau awalnya dikenali sebagai PARASIT, kini tidak dapat lagi diteruskan terutama selepas Nik Aziz tidak lagi meneruskan khidmat sebagai Menteri Besar Kelantan dan menyerahkan teraju Kelantan kepada Ahmad Yaakob.
Apabila musibah banjir besar melanda Kelantan pada penghujung tahun lepas, pihak pertama yang bergegas menghantar bantuan adalah UMNO dan Kerajaan Pusat. Selama lebih dua minggu banjir besar melanda disertai dengan bala balak-balak hanyut dari tapak penebangan balak terbesar di Hulu Kelantan yang telah diserahkan kepada sebuah syarikat milik dua orang pemimpin DAP dari Perak, golongan PASMA sekadar menjadi umang-umang dan kura-kura yang menyorok di dalam tempurung masing-masing. Hatta Ramli, Ahli Parlimen Kuala Krai, yang sepatutnya lebih terkesan kerana kawasannya merupakan kawasan paling teruk terjejas, hanya muncul seminggu selepas banjir besar dengan alasan dia berada di Makkah melakukan umrah, sedangkan beberapa orang pemimpin UMNO yang tidak mempunyai kedudukan, telah membatalkan aturcara umrah dan ziarah ke Tanah Suci semata-mata untuk bersama-sama rakyat Kelantan yang tegar menyokong PAS!
Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yaakob segera mengakui bahawa Kelantan tidak berupaya langsung. Justeru, bantuan dari Pusat diperlukan. Pencuri-pencuri harta kekayaan dari Kelantan dari Perak, hanya sekadar menyumbang RM50,000 sedangkan jumlah kerugian kesan daripada kerakusan mereka adalah lebih RM1 bilion.
Dua hari sudah, Ahmad Yaakob yang juga merupakan salah seorang pemimpin utama dalam Dewan Ulama PAS Pusat mengisytiharkan PERANG KE ATAS PASMA. Pengisytiharannya itu telah membuatkan PASMA yang sedang mengatur langkah untuk menjahanamkan Hadi Awang pada pemilihan akan datang dan mengatur orang-orang mereka pada semua kedudukan penting kepimpinan parti tersebut, tersentak dan marah. Serangan segera dimulakan bagi menafikan konon-kononnya PASMA akan merampas PAS dan menyerahkannya untuk ditadbir dan diletakkan bawah perintah DAP/Lim Guan Eng.
Hari ini, di sebalik pertemuan Ahmad Yaakob dengan Najib Abdul Razak yang kedua-duanya mengumumkan pertemuan tersebut, turut didedahkan adalah rakaman audio suara BUGHAH Mat Sabu yang menjadi jeneral, mengarahkan agar serangan dipertingkatkan secara agresif agar Hadi Awang boleh diterajang dengan seberapa segera.
Ada sebab dan musababnya, Ahmad Yaakob bertemu dengan Najib Abdul Razak selain daripada untuk RAKYAT KELANTAN. Malah pertemuan tersebut merupakan sebenarnya melibatkan UMAT MELAYU-ISLAM yang diancam pengkhianatan kumpulan-kumpulan penyembah Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim yang terdapat dari Perlis sehinggalah ke Sabah!!!
11 comments:
Strateji Dap sama mcm israel lakukan pada negara arab.
umno = porno n rasuah
Bila lagi ?
Pedulikan bisik bisikan setan manusia dan jin.
Biarkan setan setan menangis dan berduka.
Ada juga spesis anak didik dap menumpang kt sini. Patutpun bau busuk.
Mu bodoh piang
Ada juga spesis anak didik dap menumpang kt sini. Patutpun bau busuk.
Ya Allah, kami mohon petunjuk dan hidayah Mu agar dapatlah umat Islam di Malaysia bersatu untuk meningkatkan dan memuliakan syiar Islam serta memerangi penjual agama dan bangsa dan juga musuh2 Islam. Ya Allah, kau rahmatilah negara yg tercinta ini..amin.
Syohhh syoohh. Ada babi naik roket terlajak kat sini.
Bila melayu bersatu dapigs akan panas dan macai2 nya akan aktif........
anon 10.40 . dah berapa botol air kencing cina kau teguk ? busuk haram jadah hati kau.
Dap punya spy RBA pun ada... Kasi hayun sama dia.
Post a Comment