Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, February 13, 2015

PARA PEMERCAYA NIK AZIZ LANGGAR ARAHAN KELUARGA ALLAHYARHAM DENGAN MENCIPTA KHURAFAT!!!



Mungkin kerana terlalu taksub...

Mungkin juga kerana terlalu percayakan kesaktian tongkat koka

Atau barangkali terlalu banyak membaca cerita-cerita hikayat yang mengisahkan metafora kelahiran atau kematian seorang pemimpin, maka sepanjang hari ini, maka syair gurindam penglipur lara dapat kita dengar dengan mudah.

Mungkin ramai yang tidak tahu, sepanjang hidupnya, Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah seorang yang kuat berpegang kepada ajaran anti khurafat. Dan kerana pegangan itulah, dia pernah disalahanggap apabila menyamakan Rasulullah s.a.w. sebagai MAMAT KAMPUNG, MANUSIA BIASA dan MULIANYA BAGINDA KERANA WAHYU, sekaligus menyebabkan golongan berfahaman tradisional membencinya. Sedangkan maksud daripada kata-katanya ialah, Nabi Muhammad s.a.w adalah seorang manusia yang sekalipun baginda s.a.w maksum dan merupakan kekasih Allah tetapi baginda tidak perlu disembah atau dijadikan berhala. Sebaliknya yang lebih utama adalah pada budi pekerti, teladan, dan terlebih-lebih penting ajaran baginda s.a.w yang perlu 'dinikmati', 'dipelajari', 'dipatuhi' dan 'diikuti'.

Barangkali kerana pandangan kerasnya itulah yang menimbulkan banyak salah faham dan banyak ketegangan dengan para pengikut pula membesar-besarkan mantiq selain memuktamadkan kata-katanya yang sebenarnya bertaraf politik sebagai fatwa mutlak.

Sebagai manusia apatah lagi yang mempunyai pengikut yang tahap penerimaan akal mereka pelbagai - dari yang jahil tetapi malu mengaku yang mereka jahil murakkab, sehinggalah ke tahap yang boleh menyanggah pendapat agamanya - Allahyarham barangkali tidak mampu mengawal perkembangan mendadak, terutama di tengah-tengah ledakan kemahuan generasi Islam di negara ini yang dahagakan kemenangan Islam sehingga mereka gagal memilih serta mengenalpasti antara ajaran diniyyah dengan ajaran siyasah.

Dari awal lagi, keluarga Allahyarham terutama dari Nik Abduh, Ahli Parlimen Pasir Mas menyedari pendewaan keterlaluan daripada golongan yang berkepentingan mempergunakan nama bapanya, akan melakukan sesuatu yang menyalahi hukum-hakam agama dan mencarik adat. Justeru, beberapa larangan telah dibuat, termasuklah merakamkan gambar dan video bagi mengelakkan perbuatan khurafat dilakukan oleh golongan jahil yang percaya kepada magik dan alam kesaktian. Susunatur juga telah dibuat agar apa yang berlaku kepada Khomeini di Qom, Iran tidak berulang di Pulau Melaka.




Namun ianya tidak berlaku sebagaimana yang diharapkan. Walaupun Nik Aziz semasa hidupnya dan kaum keluarganya tidak percayakan perkara khurafat dan memeranginya, berbeza pula dengan kebanyakan pengikut yang jahil, tidak mengaji kecuali mendengar ceramah politik, selain pengkagum yang mudah kagum kepada 'kuasa ajaib', karomah dan sebagainya, pelbagai kekhurafatan yang diciptakan sepanjang hari ini sebenarnya hanyalah UNTUK MENYEDAPKAN HATI SENDIRI.

Mungkin para pengikutnya tidak sedar, perbuatan mereka sebenarnya menyusahkan, bukannya menyenagkan dan memudahkan.

Kalau benar mereka menyanjungi dan menyayangi Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat, hormatilah pemergiannya tanpa perlu mencipta pelbagai khurafat dan bidaah. Jikalau benar mereka menyayangi kewibawaannya, terimalah hakikat bahawa dia adalah seorang manusia yang mempunyai kelemahan dan kelebihan.

Not: Artikel ini adalah yang terakhir berkenaan insan bernama Nik Abdul Aziz Nik Mat.


4 comments:

Anonymous said...

Setuju dengan penulis, biarlah artikel ni sebagai artikel terakhir bagi si mati. Tak perlulah di promosikan tentang si mati lagi, kelak akan menjahanamkan lagi puak puak PAS yang begitu taksub dan begitu bodoh di era zaman moden ini.diharapkan dengan kematian si mati akan merubah hati yang telah begitu tertutup dan hitam pada puak puak PAS, dan semoga terlerailah ketaksuban mereka EMI mengelakkan fitnah, maki hamun dan cara marbba daripada mereka...amin.

Anonymous said...

Boleh jatuh akidah dengan puak kahak hijau ni....

Anonymous said...

sebutir beras dari.....
iqtikad yang mencacatkan aqidah...
menyamatarafkan sang pencipta dengan makhluknya......hukumnya syirik

Anonymous said...

Taksub tahap jahil murakkab. sampai edit gambar pun buat. untuk apalah . patutnya , renungi hikmah dari yang tersembunyi dari hari pengkebumian tokoh tu . kan itu lebih baik. kelak nanti kita 1 hari nanti , akan melalui suasana yg telah ditempuhi oleh almarhum ini. bukan dengan edit gambar , kemudian menyebarkan cerita tahyul , berbaur taksub sampai boleh jadi menyesatkan kpd yg cetek ilmu agama .kan lebih baik ilmu edit gambar tu digunakan utk tujuan yg baik. selitkan petikan -petikan surah Al-quran contohnya , bermanfaat bagi org yg melihat dan membacanya .makin maju zaman bergerak , makin ramai melahirkan org yg bodoh dan buta akal serta hatinya. sungguh aku tak faham kegilaan zaman skrg ini.

 
Blogger Templates