Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, February 24, 2015

PASMA BUAT LAPORAN POLIS, MENTERI BESAR KELANTAN BUAT FITNAH DAN HUKUM SESAT KE ATAS PASMA!!!



Ketua Penerangan PASMA Malaysia, Muhammad Nazir Zakaria yang juga merupakan bekas YDP PAS Putrajaya dilaporkan telah membuat laporan polis ke atas Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yaakob berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahmad Yaakob pada 21 Februari lalu.

Dalam kenyataannya yang turut disiarkan oleh beberapa buah akhbar bercetak, Ahmad Yakoob yang juga merupakan pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat ketika berucap dalam Multaqa Ulama Malaysia Ke-2 di Dewan MPSJ, Serdang Jaya dikatakan telah melakukan 'fitnah' dan mereka-reka cerita buruk tentang PASMA, sebuah NGO yang berdaftar secara sah.

Nazir yang membuat laporan di Balai Polis Presint 7, Putrajaya menuduh Ahmad Yaakob telah dengan sengaja menfitnah dan menyesatkan ahi-ahli Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA) dan berita tersebut telah disiarkan secara menyeluruh oleh akhbar-akhbar arus perdana dan media-media sosial.

Menurutnya, tuduhan tersebut amat berat sedangkan sebagai ulama, Ahmad Yaakob seharusnya menasihati, membimbing dan bukannya menghukum. Sehubungan dengan itulah, dia membuat laporan polis agar sekatan dapat dibuat dan Ahmad Yaakob dipaksa menarik kembali kenyataannya tentang PASMA.

PAS telah mengeluarkan banyak arahan berhubung PASMA termasuk meminta agar ahli-ahlinya yang terlibat dengan PASMA keluar dari parti. Beberapa desakan turut dibuat agar Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS dan Dr. Hatta Ramli, Ahli Parlimen Kuala Krai turut meletakkan jawatan dan membuang keahlian mereka dalam PAS kerana penglibatan aktif mereka dalam PASMA.

PASMA dikesan sedang melakukan gerakan menumbangkan kepimpinan ulama dalam PAS yang diketuai oleh Abdul Hadi Awang. Phahrolrazi Zawawi, 'pemangku' Presiden PASMA sendiri menyatakan yang antara lain maksudnya adalah PAS memerlukan Presiden baru yang lebih inovatif dan lebih mudah akur kepada Lim Guan Eng dan DAP berbanding Hadi Awang yang sudah tua dan terlalu ortodoks.


9 comments:

Anonymous said...

Dah tk der keje lain ker puak2 ni..nk mnyaman org ja kjenya...kena dia tahu plk marah..

Anonymous said...

Ye Lah masa hj adi mengkhafir org umno tak pulak dia org Nak menyaman bagai.
nak bahas isu pengkafiran org umno dengan hj hadi pun tak tahu.
tuduhan sesat apalah sangat taklah seghairah tuduhan kafir.

Ted Manoff said...

Inilah hasilnya perjuangan Pas selama ini..Cakap berdegar2 namon ekor bergelumang tahi..

Anonymous said...

Ya Allah..kau hancurkanlah parti PAS laknatullah ini dg dilagakan sesama mereka..seperti mna mereka telah hancurkan perpaduan umat Islam, menkafirkan org lain sesuka hati, menghasut kebencian sesama Muslim lain...

Ameen!!

Anonymous said...

Amin ! ! !

Anonymous said...

Aminn..

Anonymous said...

Aamiin.... segerakanlah...

Anonymous said...

Sebijik macam kerjabuat puak2 syiah.... ingat lagi ketua syiah kedah yang buat laporan polis terhadap kenyataan Mufti kedah...
agaknya pasma ni suku sakat syiah kot?

Anonymous said...

ngadu rpt polis buat ape? nk bawa ke mahkamah ke? mahkamah mana adil..otak kahak ijau..puihh

 
Blogger Templates