Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, February 16, 2015

PENJELASAN JABATAN PENJARA BERHUBUNG 'KEISTIMEWAAN YANG DIBERIKAN' KEPADA BANDUAN LIWAT, ANWAR IBRAHIM!!!



LAYANAN DAN KEMUDAHAN YANG DIBERIKAN KEPADA DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

Sepertimana dimaklumi Datuk Seri Anwar bin Ibrahim (DSAI) telah menjalani hukuman di Penjara Sungai Buloh mulai 10 Februari 2015 yang lalu.

Semenjak tempoh tersebut berbagai spekulasi dan laporan yang dibuat terutamanya melalui media sosial berhubung layanan dan kemudahan yang diberikan kepada DSAI.

Sehubungan itu adalah dijelaskan layanan dan kemudahan yang telah diberikan kepada DSAI adalah selaras dengan ketetapan Akta dan Peraturan Penjara. Berasaskan kepada kenyataan yang dikeluarkan melalui blog, Facebook dan Tweeter tertentu, layanan dan kemudahan yang telah diberikan Penjara Sungai Buloh kepada DSAI dapat dijelaskan seperti berikut:


i.​Perjumpaan dengan keluarga
Perjumpaan dengan keluarga adalah antara aspek utama yang amat dipentingkan oleh Jabatan Penjara dalam pembinaan pemulihan diri banduan. Berbagai bentuk perjumpaan boleh dipertimbang atau diberikan kepada banduan, antaranya perjumpaan permulaan, perjumpaan berperingkat dan perjumpaan khas. Perjumpaan permulaan diberikan kepada semua banduan adalah sekali sahaja dan ianya boleh dilakukan pada hari pertama seseorang dipenjarakan sehinggalah dalam tempoh empat minggu. Biasanya perjumpaan ini berlangsung pada hari kedua pemenjaraan kerana pada hari pertama banduan sampai ke penjara pada lewat petang dan beberapa tindakan dalam proses penerimaan perlu dilakukan termasuklah pemeriksaan kesihatan. Kemudahan perjumpaan ini bagi membolehkan banduan menguruskan masalah serta keperluan tertentu bersama keluarga.

Oleh itu dalam hal ini adalah tidak menyalahi peraturan dan prosedur penjara di mana keluarga DSAI telah dibenarkan berjumpa pada hari ketiga. Kemudahan perjumpaan permulaan ini sama ada pada hari kedua atau ketiga atau apa-apa hari dalam tempoh empat minggu tersebut telah diberikan kepada lain-lain banduan sebelum ini.

Manakala perjumpaan berperingkat pula bermula sebaik sahaja seseorang banduan telah menjalani hukuman empat minggu dan ianya dilaksanakan mengikut tarikh yang diberikan dalam kad lawatan. Manakala dalam situasi tertentu keluarga juga boleh membuat permohonan kepada Pengarah sesebuah penjara untuk dipertimbangkan perjumpaan khas.


ii.​Penggunaan komputer atau internet atau telefon bimbit di dalam penjara

Penggunaan komputer atau internet atau telefon bimbit oleh banduan semasa mereka ditahan di penjara adalah dilarang. Hanya banduan yang telah diluluskan untuk mengikuti pengajian tinggi sahaja diberikan kemudahan komputer dengan kawalan (di hadapan) pegawai penjara dan hanya bagi tujuan E-Learning sahaja. Perkara ini hanya dijalankan di Penjara Kajang, Penjara Bentong dan Penjara Kota Kinabalu.

Pemeriksaan yang dilakukan semasa kemasukan DSAI ke Penjara Sungai Buloh dan pemeriksaan dari masa ke semasa menunjukkan adalah tidak benar kemudahan komputer atau internet atau telefon bimbit telah dibenarkan kepada DSAI. Pemilikan perkara di atas di dalam penjara merupakan satu kesalahan besar dan mana-mana pihak yang terlibat boleh dikenakan tindakan.

Berhubung dengan Facebook atau tweeter atau lain-lain medium sosial, mereka yang telah diberikan akses boleh menggunakannya tanpa memerlukan kehadiran DSAI. Jabatan Penjara bukan pihak yang mengawal atau mempunyai kuasa menghentikan penggunaannya kerana ia berlaku di luar penjara. Jabatan Penjara mempunyai kemudahan telefon berbayar yang boleh digunakan oleh banduan dalam kawalan pegawai penjara. Semakan dibuat setakat ini menunjukkan kemudahan tersebut tidak digunakan oleh DSAI.


iii. ​Makanan untuk DSAI

Makanan yang dibekalkan kepada semua banduan adalah berasaskan skala yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan serta terkandung Akta Penjara. Makanan tambahan atau makanan yang berbeza boleh dibenarkan diberi kepada seseorang banduan berasaskan pengesyoran oleh pegawai perubatan untuk kepentingan kesihatan banduan tersebut.

Manakala semasa sesi lawatan, keluarga banduan, mereka boleh membeli makanan dari kantin penjara untuk dimakan oleh banduan pada hari lawatan tersebut.

Setakat ini pemeriksaan dan pemantauan yang dilakukan oleh Ibu Pejabat Penjara mendapati Penjara Sungai Buloh telah melaksanakan tanggungjawab secara teratur berasaskan Akta, Peraturan dan prosedur yang ditetapkan. Jabatan Penjara akan terus memastikan layanan dan pemerlakuan terhadap semua banduan termasuk DSAI adalah mengikut landasan undang-undang.


Sekian, terima kasih.

(SUPRI BIN HASHIM)
Timbalan Pengarah Dasar Kepenjaraan
Ibu Pejabat Penjara Malaysia

11 comments:

Anonymous said...

Penjelasan yang tidak boleh dipercayai, kredebiliti Jabatan Penjara boleh dipertikaikan, kalau banduan VIP boleh itu ini, kalau banduan marhaen disekat itu dan ini, ini baru kes Anwar, entah macam manalah dengan kes orang-orang kaya yang lain, kalau institusi penjara Malaysia pun dah jadi macam institusi penjara di negara-negara yang kuat rasuah, apa gunanya undang-undang? Oleh itu saya cadangkan buat penjara khas untuk orang-orang kaya di mana ada jakuzi, ada sofa empuk, ada tilam mahal dan empuk, penghawa dingin, makanan dari hotel 5 bintang, talian internet, buat kelab malam eksklusif untuk orang kaya berhibur, malahang lengkapkan dengan kolam renang dan padang golf supaya mudah banduan di kalangan orang kaya bersuka ria walaupun mereka berstatus banduan.

Sangat tak boleh pakai penjelasan ini kerana berbeza dengan standard operasi yang sedang berkuatkuasa.

Anonymous said...

Hahaha
Patut Peliwat Barua request masuk sg buloh.. ada jubur d sebalik batu

Anonymous said...

Bila Perdana Menteri Lembik,

Menteri Cakap Tak Serupa Bikin,

Undang-undang hanya jadi bahan permainan.

Dengan apa yang berlaku dalam negara sekarang ini, rakyat tentu melihat dan memikirkan apakah relevannya Barisan Nasional ketika ini.

Inilah natijahnya bila kepimpinan atasan buat kerja macam haram jadah, menjadi pelingkup dan pemusnah, akhirnya UMNO dan Barisan Nasional dipandang sebagai pengecut, dayus, malahan kerajaan Barisan Nasional boleh disifatkan sebagai kerajaan yang mengikut arahan pembangkang.

Oleh itu apa relevannya Najib sebagai Perdana Menteri?

Apakah relevennya Zahid Hamidi sebagai Menteri Dalam Negeri?

Apakah relevannya undang-undang dan peraturan penjara jika boleh dilanggar sesuka hati kerana banduan berstatus VIP seperti Anwar ini?

Banduan tetap banduan, undang-undang tetap undang-undang, tetapi di Malaysia banduan dah mengatasi undang-undang.

Tak tahulah apa nak dikatakan lagi, caca marba dan melingkupkan.

Semoga Najib dan menteri Zahid Hamidi rasa riang ria melihat UMNO dan Barisan Nasional dipandang hina akibat kebaculan mereka berdua itu.

Anonymous said...

SPRM KENA SIASAT NI,

BUANG KERJA PEGAWAI TERSEBUT JIKA TERBUKTI SALAH..BOLEH LA DIA JADI TUKANG CERAMAH.

Anonymous said...

Kalau Ketua-Ketua Negeri, yakni Raja-Raja Melayu dan Gabenor-Gabenor Negeri, sepakat menarik balik semua anugerah kebesaran yang ada pada Anwar Ibrahim, mungkin layanan Jabatan Penjara dan pihak-pihak lain akan berbeza daripada yang terdapat sekarang.

Anonymous said...

SPRM harus siasa. Itu sebab Hero Tamil Nuar Jubor beria ia memohon dimasukkan ke Sg Buloh sebab ada sotong dsebalik mee goreng. KDN harus pantau dgn teliti supaya tida ad keistemewaan diberikan kepada peliwat jijik lagi terkutok mahyupun keluarga 69 beliau. Warden penjara harus diberi ganti agar tida termakan sogokan Keluarga 69 atau Nuar jubor

Anonymous said...

Siapa menteri yg bertanggungjawab?

Sorry.....zahid.....yeah minister of rhetorics....biasa le

Anonymous said...

Is it really protocol to keep addressing this pest as DSAI??? Why not Banduan No. XXX ke apa.

This pest is a repeat offender Ex-Convict and for the second time CONVICT!

Macam MAFIA godfather still able to project a climate of control and fear!

Imagine if some pest like this could still create a culture of "don't give a damn toward the authorities" from the 'INSIDE' small wonder those rodent outside can be so bold in broad daylight defacing a Police Bus!

You have to ask Najib and the hierarchy of leadership, is this the 'LIBERAL' Malaysia they aspire to??? Freedom of Expression lah katakan kan kan kan?

Anonymous said...

Maaf semua datuk seri zahid hamidi hanya bertindak dengan tegas sekiranya besok Adanya PAU.
Memandangkan pau lambat lagi....jadi pau kacang la korang....kahkah

Anonymous said...

Zahid, macam mana nak jadi pm kalau teruk macam ni?

Patutlah ada komen orang malaysia timur awal2 lagi dah declare tak mahu zahid jadi pm

Hihihi

Ted Manoff said...

Zahid kena kuat melanchap baru boleh jadi PM

 
Blogger Templates