Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, February 11, 2015

PEREBUTAN CALON PERMATANG PAUH SUDAH PUN BERMULA ANTARA NURUL NUHA DENGAN MAT SABU!!!



Anwar Ibrahim dan 'kekejaman' ke atas KETUM yang kini bergelar BANDUAN SUNGAI BULOH, hanyalah alasan. Yang sebenarnya, Wan Azizah segera mencongak-congak dan cuba memastikan kedudukan keluarganya setelah Anwar Ibrahim lepas ke dalam.

Perlu diingat, PKR ditubuhkan semata-mata untuk menyedut duit serta sokongan rakyat untuk keluarga Anwar Ibrahim, sekaligus membenarkan apa-apa sahaja yang dibuat oleh keluarga Anwar Ibrahim, walaupun perkara paling maksiat di muka bumi ini. Retorik keadilan, anti-rasuah, anti kkn dan sebagainya, tidak lebih daripada sekadar satu alasan untuk menutup isu sebenar iaitu membela keluarga Anwar Ibrahim.

Nurul Nuha dari awal 2013 lagi telah dinamakan sebagai calon untuk Parlimen Nibong Tebal. Namun memandangkan isu Keluarga Anwar Ibrahim telah mula dilihat sebagai serakah kuasa, akhirnya namanya tercicir.

Dalam politik PKR, selain Anwar, sudah ada Wan Azizah selaku Presiden parti manakala Nurul Izzah, anak sulung mereka pula adalah Naib Presiden dan Ahli Parlimen Lembah Pantai yang terpaksa mengaku membuat fitnah ke atas Raja Nong Chik untuk menang PRU-13 lalu di kerusi yang sama.

Satu sidang media sempena pelancaran Kempen 'March To Freedom' telah diadakan jam 11:00 pagi tadi bertempat di kediaman keluarga mewah Anwar Ibrahim, di No.11, Jalan 3/61, Bukit Segambut, Segambut Dalam, Kuala Lumpur. Sidang media tersebut sekadar mahu memperkenalkan NURUL NUHA, anak kedua Anwar Ibrahim-Wan Azizah untuk meneruskan penguasaan keluarga mereka dalam PKR.

Dilihat, tindakan atau kempen ini sebenarnya lebih kepada pengenalan Nurul Nuha sebagai calon PKR untuk kerusi Parlimen Permatang Pauh yang mana Anwar Ibrahim telah hilang kelayakan secara automatik apabila dia dihukum penjara selama 5 tahun.

Dari tahun 1982 sehingga kini kerusi berkenaan dipegang secara bergilir antara Anwar Ibrahim dan Wan Azizah. Pada 2013, ada ura-ura, Nurul Nuha akan bertanding di Permatang Pauh manakala Anwar Ibrahim pula akan bertanding di Nibong Tebal. Anwar Ibrahim gagal memujuk Zulkifli Nordin melepaskan kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baru apabila Zulkifli Nordin bertindak keluar dari PKR walaupun Anwar cuba menyatakan bahawa Zul Nordin dipecat dari parti.


Pada masa yang sama, sudah ada gesaan dari kem Guan Eng-DAP sendiri untuk mengutarakan nama Mat Sabu sebagai calon PAS-DAP di Parlimen Permatang Pauh. Ini adalah kerana Mat Sabu merupakan salah seorang daripada pemimpin PAS yang bakal dijadikan senjata oleh DAP untuk melawan dan menggulingkan Hadi Awang daripada jawatan Presiden PAS.

Untuk memudahkan operasi penggulingan itu, Mat Sabu memerlukan sekurang-kurangnya jawatan Ahli Parlimen yang mendapat bantuan sepenuhnya daripada DAP. Apatah lagi, berbanding Nurul Nuha, Mat Sabu jauh lebih berpengalaman, manakala orang-orang PAS di Permatang Pauh sendiri sudah menyatakan kebosanan kepada penguasaan keluarga Anwar Ibrahim di kawasan tersebut.

5 comments:

Anonymous said...

Calon BN ada masa depan cerah ka nk menang di Pmtg Pauh. Hati2 dgn calon BN dulu lain skrg lain.

Anonymous said...

Dapat jadi wakil rakyat satu penggal pun dah cukup dapat pencen lumayan sapa tak mau.

Anonymous said...

aku sokong jika memilih mat sabu sebagai calon. untuk rekod, mat sabu telah berkali2 bertanding dan banyak kalah berbanding menang. nurul nuha adalah pendatang baru, belum ada rekod menang-kalah. jadi sebagai oposisi, baik letak mat sabu, supaya mat sabu kalah sekali lagi.

Anonymous said...

orang permatang pauh sudah mula bosan dengan penguasaan keluarga anwar - nak pilih calon yang bukan keluarga anwar. mat sabu pula adalah kepala pasma, rekod buruk untuk ahli2 pas yang menyokong ulama dalam pas. oleh itu, jika umno/bn kekal kalah dalam prk di situ, memang umno/bn bingai.

Anonymous said...

Org permtg pauh kn suka nuar & family..pkr kn parti anak beranak nuar..

 
Blogger Templates