Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, February 11, 2015

SETELAH SEBAT RM16.2 JUTA, DAN KEMUDIAN MEMINTA KERAJAAN PUSAT LULUSKAN SOFT-LOAN RM30 JUTA, NGA KOR MING KATA KERAJAAN ZALIM!!!



Sehingga kini, Nga Kor Ming masih gagal menyanggah tuduhan yang mengaitkannya dengan kawasan hutan di Hulu Kelantan yang telah diterangkan, digondolkan dan dilicinkan sehingga mengakibatkan banjir besar berlumpur dan turut membawa balak menghentam serta menghancurkan rumah penduduk.

Sebaliknya pendedahan yang lain membuktikan bahawa Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham terlibat secara langsung menerusi syarikat milik mereka, Upayapadu Plantation dalam penggondolan kawasan Hulu Kelantan melibatkan hutan berkeluasan lebih 10,000 ekar.

Keputusan rayuan Anwar Ibrahim semalam, cuba diambil kesempatan oleh Nga Kor Ming dengan cubaan menghasut para penyokong Anwar Ibrahim yang rata-ratanya Melayu agar segera merusuh dan melakukan kekacauan agar Kerajaan Barisan Nasional yang disifatkannya sebagai REJIM dapat dijatuhkan dan ditumbangkan.

Namun, REJIM YANG ZALIM itulah yang telah memberikan PINJAMAN MUDAH sebanyak RM16.2 juta kepadanya sehingga membolehkan dia membina Rumah Putih di Ipoh. Dan pada REJIM YANG ZALIM itulah juga, Nga Kor Ming telah memohon dan mendesak agar pinjaman mudah kepada syarikatnya ditingkatkan menjadi RM30 juta.


Sesuatu yang sama sekali tidak pernah akan dan tidak berani disebut oleh Nga Kor Ming, mahupun kepimpinan DAP yang lain kecuali dari kem Lim Guan Eng!!!

REJIM ZALIM luluskan pinjaman mudah RM16.2 juta dan apabila terkantoi, Nga Kor Ming sekadar mampu berkata, wang itu bukannya wang BN...

Tindakan KPN memang tepat pada masanya, memandangkan selama ini Nga Kor Ming terlalu bebas dan terlalu angkuh kerana berasakan di belakangnya adalah barisan peguam yang menyokong kuat DAP!!!!






2 comments:

Anonymous said...

sebenarnya nga kor meng (komeng - orang jahat zaman purba) bukan tak tahu bahawa dakwaannya palsu. dia berbuat demikian semata2 kerana nafsu politik dan keinginannya mengabui mata masyarakat. seboleh dan semaksima mungkin penipuan dilakukan. perangai jahanam begini memang telah dipupuk hasil doktrin kominis. yang jahat jika diamalkan oleh ramai orang akan diterima. kominis mana percaya dengan balasan hari kemudian. kristian dia tu wayang je, nak merosakkan Islam mesti ada agama untuk berlawan. entah2 kitab injilpun tak pernah bukak.

anakmalaysia said...

Bagi saya sesiapa saje mengancam dan berniat membuat kacau, jika benar kita tangkap saja buat pengajaran utk yang lain. Kalau tak mereka akan jadi besar kepala seperti skrg ni... kerajaan harus bertindak amat tegas dlm hal keselamatan dan keamanan Msia dan sedang melakukannya dengan amat cemerlang sekarang. Syabas IGP

 
Blogger Templates