Itulah yang berlaku kepada barisan pemimpin Pakatan Rakyat, sungguhpun antara mereka terselit juga Rafizi Ramli dan lebih teruk lagi, Nurul Izzah, si anak yang berlakon menangis dan terharu kununnya sambil merintih-rintih kerana ayahnya yang sudah tua hendak dipenjarakan.
Gambar di atas dirakamkan beberapa jam selepas Anwar Ibrahim dihantar ke Penjara Sungai Buluh. Barangkali menyedari Anwar Ibrahim tidak lagi dapat melayari Internet sekaligus menatap gambar tersebut, maka bebaslah para pemimpin Pakatan itu menunjukkan belang masing-masing.
Dalam gambar di atas, para pemimpin Pakatan Rakyat kelihatan sedang bermesyuarat secara santai sambil bergelak tawa.
Adakah ini bermakna, Azmin Ali sudah ditabalkan sebagai KETUM yang baru, sekaligus mengepalai Pakatan Rakyat memandangkan siapa lagi yang lebih layak berbandingnya.
Siapa lagi yang lebih pandai berlakon menjahit baju, mengorek dan membersihkan longkang, menyembur racun serangga, mengutip sampah dan membasuh baju berbanding Azmin Ali?
Apatah lagi, Azmin Ali sudah lama mendapat 'keizinan' daripada DAP!!!
1 comment:
Ketum dh dok dlm istana menanti..boss tk dak macai seronok laa..
Post a Comment