Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, March 24, 2015

AMBOI, SEDAPNYA MULUT LATHEEFA KOYA KUTUK HADI AWANG DAN TUDUH, HUDUD CIPTAAN PAS!!!



Sebagai peguam Lawyers for Liberty yang mendapat mandat daripada NED untuk mencetuskan ketidakpercayaan kepada sistem perundangan di negara ini selain mewujudkan persepsi kecelaruan di minda masyarakat Malaysia, Latheefa Koya telah berjaya memainkan peranannya.

Gabungannya dengan Eric Paulsen dan N.Surendran boleh dilihat dalam banyak isu-isu sensitif terutama sekali membabitkan agama Islam dan umat Islam di negara ini.

Pembentangan undang-undang syariah (II) Kelantan baru-baru ini di DUN Kelantan dan kemudian diluluskan sebulat suara termasuklah oleh wakil tunggal PKR, menyebabkan Latheefa Koya melenting.

Hujah-hujah politik UMNO dan Barisan Nasional dalam memperkatakan tentang kelemahan pentadbiran PAS yang cuba membuktikan masyarakat dan rakyat Kelantan masih belum bersedia untuk perlaksanaan hudud, telah digunakan semula oleh Latheefa Koya.

Bagaimanapun, Latheefa Koya pergi lebih jauh dari hujah-hujah UMNO atau dengan kata lain, telah 'menambahbaikkan' hujah-hujah tersebut bersandarkan kepada identitinya selaku peguam. Menggunakan juga hujah-hujah golongan anti-hadis, Latheefa Koya cuba menjustifikasikan hukuman hudud Kelantan mengikut persepsinya bahawa ia hanyalah ciptaan PAS Kelantan semata-mata, bukannya bersandarkan kepada al Quran.

Di dalam Islam, perundangannya berasaskan kepada Al Quran, Hadis atau Sunnah, Ijmak, dan Qiyas. Dalam beberapa keadaan pula, ia turut mengambil pandangan 'Uruf atau Adat.

Barangkali Latheefa Koya tidak menemui buku-buku agama terbitan golongan mamak Selangor Mansion yang memperkatakan tentang hal berkenaan. Atau barangkali juga, dia tidak ke tingkat 1 Wisma Yakin, melawat sebuah toko yang banyak memasarkan buku-buku dan kitab-kitab agama aliran Salafi yang lebih keras dan dikatakan lebih 'berciri-cirikan' Al Quran, kut?

Namun kemarahannya kepada hudud sebenarnya lebih bersifat 'MENYAYANGI' dan cuba menyelamatkan Pakatan Rakyat kerana beranggapan hudud yang dibentangkan oleh PAS sebenarnya adalah 'KERJA PERPADUAN' antara PAS dengan UMNO. Dan lebih menarik lagi, peguam PKR itu juga sempat pula mengeji Abdul Hadi Awang kerana di bawah pemerintahan PAS pun, jenayah masih wujud.


Menariknya, dia juga terlupa bahawa walaupun terdapat ramai peguam dan sistem perundangan di negara ini, termasuklah dengan peruntukan hukuman mati, tetap juga berlaku jenayah dan perlanggaran undang-undang, termasuklah di kalangan ahli-ahli politik Pakatan Rakyat sendiri, dan itu tidak bermakna, rakyat Malaysia perlu berputus asa terhadap kedaulatan undang-undang sehingga memutuskan untuk menghapuskan segala macam undang-undang sedia ada, agar tiada lagi rekod dan kadar jenayah di negara ini sebagaiman yang dituntut oleh Pakatan Rakyat!!!

Latheefa Koya cuba bercakap tentang undang-undang Allah?

Macam lawak sahaja bunyinya... bukan kerana kelulusan atau pengetahuannya, tetapi setakat ini kes-kes yang melibatkannya lebih kepada pembelaan ke atas kesalahan yang diputarbelit sebagai kebenaran sepertimana dalam kes liwat Anwar Ibrahim, bukannya di atas kebenaran hakiki!!!


4 comments:

Anonymous said...

Si koyak .ni termasuk dlm kelompok sisi yg lain utk LLB, iaitu lama lama bebal.
kenapa tak tgk selangor pulak utk kes jenayah. Mcmana dgn penang. Kongsi gelap, pelacuran yg berleluasa di dua negeri ni menyebabkan sistem masyarakat boleh runtuh. Jelas kat sini, keadaan tak berpihak pd si koyak maka mulut longkang sumbat si koyak mesti berbunyi atas bawah

Anonymous said...

SALAM BRO,AKU MUSYKIL DENGAN PEGANGAN AGAMA SI LATEEFAH LOYA NI!

Ted Manoff said...

Kita patut doa kan dia dapat jodoh dengan Mufti Mekah Bin Bazz. .boleh jadi lawyer di Arab Saudi

Anonymous said...

Dia mana berani. Sana main pancung. Mulut dia atas bawah bukan tau diam. Kang balik malaysia duduk dlm cargo tu.

 
Blogger Templates