Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, March 30, 2015

GURU PAS DI KELANTAN BARU TERSEDAR, DIA SUDAH TERBOCOR RAHSIA, CEPAT-CEPAT PADAM POSTING ANTI-GSTNYA DI FACEBOOK!!!




Seorang guru yang mengajar di SMK Bukit Jawa telah membuat posting awal tentang bagaimana dia terpaksa menutup gerainya di KB Mall yang telah dibukanya selama 10 tahun. Alasan penutupan adalah GST.

Untuk makluman, KB Mall terletak di Kota Bharu dan merupakan pemilikan salah satu anak syarikat kerajaan negeri. Kota Bharu terletak di Kelantan. Kelantan pula berada di bawah Kerajaan Negeri PAS semenjak tahun 1990.

Paling menarik ialah apabila Husam Musa, orang yang paling banyak membuat 'penemuan menggemparkan' di Kota Bharu dan Kelantan, termasuklah penemuan telaga minyak, turut menyambut posting berkenaan sebagai bukti betapa buruk dan zalimnya GST.

Para macai Pakatan Rakyat terutama sekali yang tegar menyokong DAP yang cuba melindungi kebuasan para peniaga DAP mengaut keuntungan besar, turut menggunakan posting tersebut sebagai bahan untuk mereka menyerang Kerajaan kerana implementasi GST.


Bagaimanapun, setelah terdedah, wanita berkenaan telah melupuskan posting tersebut. Dan lebih menarik lagi ialah, rupa-rupanya wanita itu bukanlah peniaga sepenuh masa, sebaliknya merupakan seorang guru!!!

Kakitangan awam rupa-rupanya di pengkomplen itu!

Pada ketika para guru kononnya tidak mempunyai banyak masa kerana terlalu dibebankan oleh kerjaya dengan sebahagian daripada mereka pula mengeluh kerana terpisah dengan suami atau isteri sehingga ada yang kononnya hampir bercerai, guru ini pula mempunyai banyak masa lapang untuk berniaga.

Apa yang ditulis oleh guru ini, sememangnya menarik perhatian daripada golongan yang cukup dikenali sebagai pemacai tegar DAP seperti di bawah tanpa dia sedar, posting berkenaan telah pun dilupuskan oleh penulisnya sendiri.




8 comments:

Anonymous said...

Harap kementrian hantar guru ni betugas ke sekolah pulau Babi dekat pulau tioman....tak bersyukur...cikgu lain lain laki ngajar negeri lain bini negeri lain...

Anonymous said...

Di harap kpm dpt mengambil tidakan guru ini..krana tidak melaksanakan amanah sebagai guru sepenuhnya..pkra ini amat d kesali..

Pak Kadiaq Cerok Tokun Atas said...

Sepatutnya pembangangkang sokong GST sebab GST akan banyak menyusahkan rakyat dalam tempoh terdekat. Bila rakyat susah maka dalam PRU14 nanti rakyat tak akan undi BN. Ada chance le Malaysia yg permai ini diperintah oleh pembangangkang. Tapi amat bodoh benar para pembangangkang yg menentang GST ni. Mereka tanpa sedar menunjukkan sokongan untuk BN terus berkuasa.. kah kah kah.. Bodohnya pembangangkang di Malaysia ni kan.. kan?

Anonymous said...

Penjawat mana boleh berniaga kalau nak dikirakan.

Anonymous said...

Yg ni lagi sekor..keje gomen tapi 24 jam duk kutukmengutuk dlm fb
https://m.facebook.com/profile.php?id=1489085508

Anonymous said...

Satu pemikiran yg bernas ...trend yg lapuk dari pembangkang

Anonymous said...

Bukan nat mengata. Ramai orang Kelantan bekerja dalam sektor kerajaan tetapi macam cikgu kat atas asyik nak bantai gomen...... itu punca jentera kerajaan lemah dari sokongan politik termasuk undi mereka .
Tapi heran jugak seorang cikgu tidak mentelaah GST secara mendalam tergamak mengeluarkan fatwa sempit secara semberono.

Anonymous said...

Jauhnya beza attitude cikgu skarang dgn cikgu dulu2 .Yg dulu2 lebih ikhlas utk lihat anak bangsa brjaya snggup dtg lawat gi rumah.tp cikgu skrang agaknya fikir cm ner nk penuhkan tembolok sendiri n hidup selesa .mgkin bkn semua tp kebanyakanya kot!

 
Blogger Templates