Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, March 19, 2015

HATTA RAMLI LUPA, DIA BANTAH SAMPAI KELUAR ANAK PERUT PUN, DIA BUKAN SALAH SEORANG PENGUNDI 11 DUN BARU DI SARAWAK!!!



Pakatan Rakyat masih berusaha untuk membantah persempadanan semula DUN di Sarawak. Bermacam-macam cara telah digunakan, termasuklah mengimport para pemimpin Pakatan dari Semenanjung untuk membuat bantahan.

Untuk pengetahuan, Artikel 113 Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada SPR untuk membuat kajian semula sempadan-sempadan setiap Bahagian Pilihanraya di negara ini yang terbahagi kepada tiga unit berasingan mengikut undang-undang Fasal (6) Perkara 113 iaitu:

(a) Unit Negeri-Negeri Semenanjung
(b) Unit Negeri Sabah
(c) Unit Negeri Sarawak.

SPR boleh memulakan urusan kajian semula persempadanan setelah tamat tempoh sekurang-kurangnya lat 8 tahun dari tarikh urusan kajian semula persempadanan sebelumnya. Ini bermakna ia tidak mewajibkan SPR memulakan urusan kajian semula persempadanan sebaik-baik sahaja mencapai tempoh lat 8 tahun. Namun, jika kajian semula persempadanan itu dimulakan, SPR perlu menyelesaikan urusan berkenaan dalam tempoh 2 tahun.



Persempadanan semula di Sarawak yang dicadangkan oleh SPR memasukkan 11 buah DUN baru menjadikan keseluruhan DUN di Sarawak sebagai 82 buah. SPR telah menjalankan tanggungjawabnya dan melalui proses pengurusan kajian semula persempadanan. Yang menjadi masalah ialah kedegilan Pakatan Rakyat untuk menerima pakai undang-undang sedia ada termasuklah enggan menerima kenyataan bahawa bantahan yang mereka anjurkan sebenarnya terkeluar dari lunas-lunas perlembagaan dan undang-undang.

Mana mungkin Hatta Ramli tidak tahu bahawa bantahan hanya boleh dibuat oleh Kerajaan Negeri atau PBTtau sekumpulan orang seramai 100 orang atau lebih (nama yang ditunjukan dalam daftar pemilih semasa bagi Bahagian Pilihanraya berkenaan).

Yang membantah adalah ADUN Batu Lintang. Yang membantah adalah Teresa Kok dari Seputeh. Yang membantah adalah Chong Chien Jien. Yang membantah adalah pemimpin-pemimpin dari luar kawasan 11 DUN baru yang disyorkan oleh SPR.

Kajian telah dibuat oleh SPR. Keseluruhan bantahan dari Sarawak telah diterima dan jumlah bantahannya hanyalah sekadar berjumlah 41 orang, manakala 23 bantahan yang lain, tidak menepati syarat termasuklah dibantah oleh bukan pengundi kawasan berkenaan.


Hatta Ramli, Ahli Parlimen Kuala Krai menuduh, SPR gopoh dalam melakukan persempadanan semula. Tang mana gopohnya, hanya Hatta Ramli sahaja yang tahu. Sedangkan pada masa yang sama, SPR telah pun mempamerkan pewartaaan syor tersebut untuk bantahan semenjak 5 Januari lepas. Hanya dengan alasan, kes sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuching, maka SPR tidak boleh membentangkannya.

Perangai Pakatan Rakyat ialah, mereka akan menyalahgunakan proses mahkamah untuk memuaskan hati mereka, termasuklah melengah-lengahkan proses persempadanan semula. Secara lebih jelas, apa-apa sahaja yang dilakukan oleh SPR menjadi serba tidak kena di mata mereka kerana mereka sudah menerapkan kepercayaan kepada para penyokong mereka, SPR bekerja untuk memenangkan Barisan Nasional.



Yang dipertikaikan oleh Pakatan Rakyat sebenarnya ialah penambahan DUN luar bandar di mana mereka melihatnya sebagai peluang Barisan Nasional menambah jumlah kerusi. Yang mereka mahu ialah persempadanan semula kawasan bandar yang bakal menyaksikan lonjakan jumlah kerusi Pakatan Rakyat pada PRU akan datang. Bagi mereka, jumlah kerusi luar bandar perlu dikurangkan kononnya jumlah penduduk terlalu kecil dan kemudahan asas tidak ada.

Anda pasti ingat lagi tentang pelbagai dakwaan liar dan fitnah yang dibuat oleh Pakatan Rakyat selepas PRU-13? Bangla 40 ribu, pengundi hantu, dakwat tidak kekal, penipuan kertas undi, blackout dan sebagainya... tetapi yang dipetisyenkan di mahkamah, langsung tidak ada kaitan dengan tuduhan mereka kecuali dakwat kekal yang mana mereka tidak dapat pun membuktikan penggunaan dakwat kekal yang tidak kekal itu, membolehkan pengundi berulang berlaku!!!

Sekarang, mereka melakukannya lagi dan kali ini melibatkan kawasan luar bandar.

Secara tidak langsung, mereka melihat dan menganggap kawasan luar bandar sama seperti rezab Indian di hutan Amazon yang kurang bertamadun dan tidak berhak untuk mendapat khidmat lebih baik daripada wakil rakyat yang mereka pilih!!!


No comments:

 
Blogger Templates