Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, March 13, 2015

KHALID IBRAHIM AMBIL KESEMPATAN DESAK SPRM SIASAT PENSTRUKTURAN AIR SELANGOR BERHARGA MAHAL DI BAWAH AZMIN ALI DAN TEROWONG BAWAH LAUT LIM GUAN ENG!!!



Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menyarankan agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan terhadap Projek Penstrukturan Semula Industri Air di Selangor secara keseluruhannya yang dianggarkan mencecah RM20 bilion.

Beliau berkata, ini kerana memandangkan saiz industri air Selangor dan wujudnya potensi untuk meraih keuntungan berlebihan oleh pemegang konsesi berat sebelah.

“Saya mendesak agar semua pihak berkenaan tidak berlengah-lengah lagi memulakan siasatan terbuka terhadap segala dakwaan rasuah atau penyelewengan.

“Jangan sampai akhirnya rakyat Selangor terpaksa membayar melebihi “price tag” keseluruhan yang telah dipersetujui sekian lama iaitu RM9.65 billion,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan perbahasan Titah Ucapan Diraja di Dewan Rakyat hari ini.

Khalid yang merupakan Ahli Parlimen Bebas- Bandar Tun Razak turut yakin rakan-rakan Ahli Parlimen daripada Pakatan Rakyat seperti Petaling Jaya Utara Tony Pua Kiam Wee dan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar bersetuju tanpa bantahan terhadap cadangan beliau.

Dalam pada itu, Khalid juga mahu perkara yang sama dilakukan terhadap Projek terowong bawah tanah kerajaan negeri Pulau Pinang.

“Dengan cara ini, dakwaan-dakwaan “nakal” kemungkinan terdapat unsur rasuah, penyelewengan atau salah laku melibatkan dana awam dalam projek terowong bawah tanah kerajaan negeri Pulau Pinang yang dikatakan bakal dibiayai secara tunai dan pemindahan milik 110 ekar tanah negeri kepada pemegang konsesi projek boleh disiasat dan diaudit segera.

“Saya percaya hanya dengan penjelasan yang benar, tepat dan komprehensif serta hasil siasatan rapi, bebas dan berkecuali sahaja dapat menidakkan dakwaan serong sesetengah pihak dan memperbetulkan tanggapan negatif rakyat,” katanya.


2 comments:

Anonymous said...

KENAPA ORANG ORANG UMNO TAK TIMBUL KAN ISU ISU INI ?
PEMUDA UMNO MASIH TIDURKAH ?

Anonymous said...

Pemuda duk selfie dengan stewardesses. Ko hado ?

 
Blogger Templates