Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, March 2, 2015

MUKA TAK MALU!!! BANDUAN JENAYAH LIWAT NAK DAPATKAN KEISTIMEWAAN DIBENARKAN PERGI KE PERSIDANGAN PARLIMEN!!!



Datuk Seri Anwar Ibrahim akan hadir pada persidangan Dewan Rakyat yang dijadual bermula pada Isnin depan.

Menerusi surat kepada Pejabat Speaker Dewan Rakyat, Anwar yang kini menjalani hukuman penjara lima tahun kerana kesalahan meliwat turut mengesahkan kehadirannya pada hari pertama pembukaan sidang Parlimen itu.

Ketua Whip Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Johari Abdul berkata, surat jawapan balas kehadiran Anwar sudah diuruskan oleh pejabat ketua pembangkang itu.

“Abdul Malek Hussin selaku penyelaras pejabat ketua pembangkang sudah menjawab surat kehadiran Datuk Seri Anwar. Jadi beliau akan hadir pada sidang Isnin depan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Isnin.

Mengulas lanjut Johari yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani berkata, parti itu juga sudah memohon campur tangan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia bagi memastikan Anwar dibenar hadir menyertai sidang Parlimen.

“Saya sudah menyerahkan surat kepada Tan Sri Yang di-Pertua Dewan Rakyat memohon supaya Pejabat Speaker menguruskan kehadiran Datuk Seri Anwar selaku Ketua Pembangkang bagi menghadiri sidang Parlimen.

“Tindakan saya ini selaras dengan peruntukan Fasal 48 Perlembagaan Persekutuan bahawa Datuk Seri Anwar masih merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Pembangkang,” katanya.


Anwar ketika ini menjalani hukuman penjara lima tahun selepas Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari lalu menolak rayuan akhir beliau terhadap kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari.

Pandikar Amin dalam kenyataan pada 24 Februari lalu menyatakan kelayakan Anwar sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh akan ditentukan selepas petisyen pengampunan yang dikemukakan keluarga Anwar diputuskan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Sementara itu pada 27 Februari lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak akan campur tangan dalam soal peraturan dan operasi Jabatan Penjara.

Menurut Ahmad Zahid kementeriannya menyerahkan kepada Peguam Negara untuk membuat tafsiran mengenai status Anwar sama ada dibenarkan atau tidak untuk menghadiri sidang Dewan Rakyat yang akan berlangsung dari 9 Mac hingga 9 April depan.

-mStar


17 comments:

Anonymous said...

Nk bagi ampun atau tidak ambil masa yg lama lagi ke...nnpk mesia ni tsk tegas....krpentingan rakyat perlu disegrakan.......samada ampun atsu tidak....ni yg najib nnpk lemah ssgt....

Anonymous said...

masa bebas lepas pun selalu ponteng....bila tak bebas nak pulak hadir!!!!!!

Anonymous said...

Kena penjara apa, kalau boleh sekejap masuk, sekejap keluar. Seronok lah mcm tu. Ada jugak undang2 mcm ni bila melibatkan Anuar. Pening2.

Anonymous said...

Serve yr sentence and be done with it. Jangan lah jadi anak beranak muke xmalu

Anonymous said...

kalau kerajaan membenarkan anwar hadir, pasti PRU nanti aku akan beralih pangkah pakatan daripada BN.

Anonymous said...

Apa punya pukimak la..kalau anwar dibenarkan hadir.dia dah jadi banduan. Apa punya bodoh tahap blukang si zahid hamidi ni..

Anonymous said...

WHAT IS SPECIAL ABOUT RAJA LIWAT TU ?
HE IS A BANDUAN. CONVICTED BY THE COURT UNDER THE CRIMINAL LAW OF PENAL CODE SEK 377C.

Anonymous said...

Malaysia dah jadi negara pelawak. Banduan nak disuruh pergi ke sidang parlimen pula. PKR memang Parti kuda kayu, bodoh nak mampus.

Anonymous said...

Dah jadi macam cerita kartun. Anwar kena pakai sut banduan baru sesuai dengan statusnya. Lepas ni siapa yang nak keluar penjara untuk berjalan-jalan bolehlah adjust kad jemputan minum teh di kedai mamak. Kalau KETUM boleh buat kenapa banduan lain tak boleh? Inilah keadilan. Heheh

Anonymous said...

Sebagai rakyat Malaysia, adalah satu penghinaan kepada kesucian dan status Parlimen sekiranya seorang BANDUAN dibenarkan bersidang. Semoga YDP Speaker Parlimen tidak beri izin kepada BANDUAN bernama Anwar Ibrahim untuk bersidang di Parlimen. Tempat beliau hanya di penjara.

Anonymous said...

Mungkin Yb banduan boleh tubuhkan mini parlimen di Sg Buloh.

Ibrahim D said...

Tuan,
Hari ini Ketua Pengarah Jabatan Penjara memaklumkan bahawa Anwar ditempatkan di bilik Hospital Penjara. Berapa lamakah beliau akan ditempatkan disitu : adakah untuk tempoh penjaraannya atau sementara saja. Bolehkah ini dianggap sebagai salah satu keistimewaan untuknya tetapi kerajaan terus dianggap zalim.

Anonymous said...

DEngan Allah tak malu apalagi dengan manusia!!!!!!!!!!!!!

anakmalaysia said...

Rasa dia ni dah jadi Setan-Cum-Manusia...memang tak pandai malu bapok tua ni....tak takut Tuhan

Anonymous said...

Barua makhluk peliwat ni bukan boleh percaya sangat... namapak tak, semua keputusan adalah unileteral.... dia buat surat akan hadir, dia juga yang sahkan akan hadir, dia yang canang seolah telah diberi kelonggaran.... yang mangkok belah kerajaan ni bila nak bersuara?... takut??... tau sangat temberang peliwat ni...

Anonymous said...

Sungguh memalukan. parlimen Permatang pauh di wakili seorang banduan atas kesalahan LIWAT

Anonymous said...

TAK ADIL !! INI TAK ADIL BANDUAN LAIN WALAUPUN TAHANAN REMAN TAK BOLEH KELUAR DAN JUMPA SESIAPA KENAPA PULA KETUM DAH DIJATUHKAN HUKUMAN MASIH BOLEH BEBAS KESANA SINI??? INI TAK ADIL BENAR-BENAR TAK ADIL LEPAS NI DIA JADI VVIP DALAM PENJARA PULA LEBIH BAIK BEBASKAN TERUS TAK PAYAH MENYUSAHKAN DAN MEMBUANG MASA DAN BUANG DUIT KERAJAAN ! UNTUK APA DIBICARAKAN TEMPOH HARI????

 
Blogger Templates