Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, March 7, 2015

PERKAHWINAN ANAK PEREMPUAN NAJIB PULA JADI MODAL MALAYSIAKINI SELEPAS TAKUT NAK FITNAH 1MDB!!!



Malaysiakini, salah satu instrumen kaum Zionis yang geramkan Malaysia semenjak 1997, terus berusaha melaga-lagakan rakyat Malaysia, memburuk-burukkan para pemimpin negara, membela penjenayah dan mencemuh penguatkuasa undang-undang khususnya PDRM selain mempermain-mainkan keselamatan negara, khususnya dalam isu serangan lanun Sulu di Lah
ad Datu.

Selepas Malaysiakini disaman oleh Najib berhubung fitnah yang dibuat membabitkan dua artikel isu peralihan Menteri Besar Terengganu pada Mei 2014, Malaysiakini sentiasa mencari fasal dengan Najib Abdul Razak.

Malaysiakini menjadi pelapor utama isu 1MDB melibatkan Tony Pua dan Rafizi Ramli. Memutarbelitkan banyak isu demi kelebihan kepada Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim-Lim Guan Eng.

Daripada sekian banyak majlis perkahwinan, Malaysiakini cukup berminat dengan majlis perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri. Malaysiakini cuba menggambarkan bahawa majlis perkahwinan tersebut merupakan satu pembaziran dan salahguna serta penyelewengan kuasa dan wang negara.

Sama seperti modus operandi Tony Pua dan Rafizi Ramli yang sangat skeptik dengan 1MDB termasuklah menggunakan fitnah sebagai bahan utama mreka, Malaysiakini lebih bijak mewujudkan sentimen menerusi pemberitaan mereka yang mengutamakan perkara remeh dan fitnah.

Maka timbullah persoalan, apakah Malaysiakini sebenarnya sudah hilang pelbagai berita yang selama ini mereka bangga-banggakan? Apa sudah jadi dengan kiblat demonstrasi jalanan mereka? Apa sudah jadi dengan Lim Guan Eng yang sebelum ini mereka sanjung dan potretkan sebagai Ketua Menteri paling telus dan jujur? Apa juga sudah jadi dengan wakil-wakil rakyat DAP yang kononnya bekerja kuat untuk rakyat, walaupun hakikatnya pendedahan demi pendedahan menunjukkan DAP sekadar berlakon sepertimana yang mereka lakukan di Sarawak dalam Program Impian Sarawak?

Dalam isu perkahwinan anak perempuan Najib ini, Malaysiakini akan berlagak seolah-olah mereka adalah nuetral walaupun sebenarnya, dalam pemberitaan itulah nanti mereka akan memasukkan jarum tuduhan dan fitnah kononnya Najib-Rosmah melakukan pembaziran dan penyelewengan. Sama seperti dalam tajuk pada artikel mereka di atas.

Sekali imbas kelihatan baik dan murni tetapi jikalau diperhalusi, tuduhan tidak langsung kepada Najib dan Rosmah sedang dilakukan oleh Malaysiakini dengan cara yang cukup halus dan kelihatan bersopan.


2 comments:

Anonymous said...

Malaysiakini sudah KENA penyakit DENGKI dan IRI HATI!!!

Selamat melansungkan Majlis Perkahwinan Puteri tersayang kepada DS Najib dan DS Rosmah. Kami rakyata biasa tumpang bersyukur Alhamdulillah.

Semoga Majlis berjalan lancar, diLindungi dan diRahmati Allah swt!!!

anakmalaysia said...

Semoga bahagia ke anak cucu...keep up the good work DS Najib

 
Blogger Templates