Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, March 16, 2015

SALEH SAID KERUAK DESAK KERAJAAN MALAYSIA SIASAT SEGERA DORIS JONES, SI PENGKHIANAT YANG NAK JUAL SABAH!!!



Kerajaan Malaysia perlu menyiasat segera siapakah gerangannya Doris Jones ini yang didakwa sedang mengetuai sebuah pergerakan yang dipanggil Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM). Jones adalah nama keluarga suami Doris dan dia kini dipercayai berada di Northampton, UK.

Doris telah berada di UK untuk suatu jangka masa yang lama tetapi mula terlibat secara aktif dengan politik semenjak dia bertemu dengan Ambiga dari BERSIH dalam satu ceramah yang diadakan di London.

Dia dipercayai telah lama meninggalkan Malaysia dan kini memegang taraf Penduduk Tetap UK. Maka, dia meninggalkan Malaysia atas sebab perkahwinan dan kerjaya dan bukannya sebab dia dianiaya kerana terlalu lantang seperti yang dia dakwa.

Doris juga dikatakan mempunyai perkaitan yang rapat dengan sebuah lagi pergerakan di UK yang dipanggil Friends Of Pakatan Rakyat yang berpangkalan di London dan diketuai oleh ahli PKR dan DAP.

Persepsi yang cuba dicipta Doris adalah Sabah dan Sarawak sedang berjuang untuk berpisah dari Malaysia. Dan sudah tentulah perkara yang menarik seperti ini telah menarik perhatian media di UK dan BBC telah menjemput dia dalam satu temuramah baru-baru ini.

Perkara ini langsung tidak benar. Sabah dan Sarawak tidak berjuang untuk mencapai kemerdekaan dan berpisah dari Malaysia. Sebetulnya, apa yang kami minta adalah sedikit autonomi yang tidak tertakluk kepada keputusan pusat supaya kami, sekurang-kurangnya dapat menentukan nasib kami sendiri dan menguruskan perkara-perkara yang boleh diterjemahkan sebagai urusan negeri.

Salah faham tentang apa yang sebenarnya berlaku di Sabah dan Sarawak adalah sangat mendukacitakan dan mesti dijawab oleh Kerajaan Malaysia. Tiada konflik bersenjata yang berlaku di Sabah dan Sarawak atau pun krisis sehingga menyebabkan rakyat Sabah dan Sarawak mengangkat senjata menuntut kemerdekaan dari Malaysia.

Walaubagaimanapun, inilah persepsi yang cuba dicipta. Dan ini mesti dibetulkan.

Selepas mengatakan semua ini, kita tidak menafikan ada rasa tidak gembira yang wujud yang boleh diselesaikan dengan mudah melalui dialog dengan Kerajaan Persekutuan di Putrajaya.

Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah,

1 comment:

Anonymous said...

Apakah mereka ini ada kaitan dgn penganas sulu..

 
Blogger Templates