Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, March 5, 2015

ZAHID HAMIDI KATA, SERANGAN TERHADAP 1MDB DIDORONG KEPENTINGAN POLITIK UNTUK TIMBULKAN KESAN NEGATIF KEPADA PELABUR ASING!!!



Ada Usaha Terancang Serang 1MDB, kata Zahid

5 March 2015 @ 5:51 PM

1. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata serangan terhadap 1MDB didorong kepentingan politik yang boleh memberi kesan negatif kepada sentimen pelabur asing.

2. Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata serangan ke atas 1Malaysia Development Bhd (1MDB) didorong pihak tertentu yang mempunyai agenda kepentingan politik.

3. Beliau berkata serangan, spekulasi dan khabar angin yang sedang berlaku itu bukan hanya memberi kesan negatif kepada 1MDB, malah juga kepada sentimen para pelabur asing.

4. "Sebarang serangan terhadap 1MDB merupakan satu bentuk serangan ke atas negara juga dan mereka seharusnya bertanggungjawab bagi setiap tuduhan palsu dan fitnah terhadap 1MDB," katanya kepada pemberita selepas Majlis Apresiasi Petugas Pengurusan Banjir Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) di Kota Baru, hari ini.

5. Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri berkata Deloitte, sebuah syarikat perakaunan ternama, telah memaklumkan kepada Kabinet semalam bahawa disebabkan dakwaan tidak berasas itu, mereka telah menjalankan pengauditan lebih terperinci bagi akaun 1MDB.

6. "Ini termasuk membawa masuk pakar-pakar forensik untuk memeriksa dokumen yang berkaitan. Deloitte juga menyatakan bahawa mereka berpuas hati dengan akaun 1MDB itu dan bersetuju memperakuinya," katanya.

7. Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengarahkan Ketua Audit Negara untuk mengesahkan secara bebas akaun 1MDB dan laporan Ketua Audit Negara itu akan diserahkan untuk pemeriksaan telus kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang bersifat dwipartisan sepenuhnya dan mencerminkan komposisi Parlimen.

SUMBER : Bernama, 5 Mac 2015.

3 comments:

Anonymous said...

Saya nak tanya menteri flip flop dan retorik ini,

1. Adakah Tun Mahathir punyai agenda politik apabila mengkriti 1MDB yang nyata kelam kabut dan menimbul kegelisahan rakyat?

2. Adakah Tun Daim ada berniat jahat untuk menakutkan pelabur asing apabila mengkritik 1MDB?

3. Adakah kadir jasin dan penulis seangkatannya hendak bermain politik apabila mengkritik 1MDB?

Banyak lagi soalan yang lain.

Saya hendak tanya,

1. Sedarkah zahid disebabkan beliau lembab dan takut bertindak, rakyat marah pada beliau dan KDN?

2. Sedarkah zahid sebab terlalu suka sangat beretorik, banyak kes penghinaan dan pemfitnahan berlaku tanpa batasan hingga rakyat benci kerajaan?

3. Sedarkah zahid orang melayu tukar arah sebab kegagalan beliau menjalankan kewajipan?

Banyak lagi soalan2 termasuk kebodohan beliau mengertak tun mahathir dan juga terkencing kena sergah lee kuan yew lalu minta maaf....

Konon nak ambil hati najib dengan mengomen pasal 1MDB....perghhhhh








Anonymous said...

Anon 10:31 pm,

Saya pula nak kata, i sokong u beribu-ribu persen

Anonymous said...

Anon2 di atas...saya pun setuju beribu persen! Lagi satu nk tambah...ah jib gor must go!

 
Blogger Templates