Dengan 9 pertuduhan yang bakal menghumbankannya ke dalam penjara selama 43 tahun sekiranya disabitkan dengan kesalahan, Zunar bakal menjadi kartunis pertama Malaysia yang berhadapan dengan hukuman sebegitu semata-mata kerana keseronokannya mendapat pujian dan sanjungan daripada para pemimpin pujaannya.
Muncul di pekarangan mahkamah dengan berpakaian gaya banduan lokap dan tangan bergari murah, Zunar masih cuba menjual bukunya yang dikatakan menjadi penyebab ketakutan kerajaan kepadanya, walaupun hakikatnya, natijah undang-undang yang diterimanya adalah dari Twitternya ketika Anwar Ibrahim dimasukkan ke penjara pada 10 Februari 2015.
Peguamnya, Latheefa Koya berkata, tuduhan yang dikenakan kepada Zunar adalah tidak masuk akal.
Dan sememangnya, itu adalah kata-kata antik dan klise daripada seorang peguam yang turut mengambil kesempatan untuk mempromosikan dirinya kepada awam secara mudah dan murah.
Menurut Latheefa Koya, Akta Hasutan telah digunakan secara sewenang-wenangnya dan ia akan ditentang habis-habisan. (RUJUK DI SINI)
8 comments:
Lepas ni ko pulak masuk dlm koya...peguam x peguam
Kita ni orang Islam,dosa pahala berpunca dari niat,kalau lukis kartoon pun tapi tujuannya utk menghina orang tertentu,Allah tahu apa niat kita.Karfton tidak boleh melindungi kita dari dosa.Harap dia mendapat pengajaran yg setimpal.
Padan muka
Macamana ada orang melayu perangai macam ni ?
Latheefa banyak dapat kes dari akta hasutan.....banyak masyuk tu........
Bgs koya..rakyat nk tgk awak tentang undang yg ada..skrg adakah awak akan bela si zunar tanpa bayaran
Sumbat saja dia ni dlm lokap....sampah masyarakat
Koya ni dah lama sangat terlepas...mulut pula dah selalu sangat celupah....
Post a Comment