Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, April 3, 2015

9 TUDUHAN DI BAWAH AKTA HASUTAN 1948 DAN KEBARANGKALIAN PENJARA 43 TAHUN, ITU YANG DIHADAPI OLEH ZUNAR!!!



Nak sangat jadi popular.... teringin sangat nak jadi kartunis pejuang kononnya... nak sangat masuk penjara seperti idola kesayangannya, Zunar yang suatu masa dahulu hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, akhirnya mendapat apa yang dihajatinya.

Dengan 9 pertuduhan yang bakal menghumbankannya ke dalam penjara selama 43 tahun sekiranya disabitkan dengan kesalahan, Zunar bakal menjadi kartunis pertama Malaysia yang berhadapan dengan hukuman sebegitu semata-mata kerana keseronokannya mendapat pujian dan sanjungan daripada para pemimpin pujaannya.

Muncul di pekarangan mahkamah dengan berpakaian gaya banduan lokap dan tangan bergari murah, Zunar masih cuba menjual bukunya yang dikatakan menjadi penyebab ketakutan kerajaan kepadanya, walaupun hakikatnya, natijah undang-undang yang diterimanya adalah dari Twitternya ketika Anwar Ibrahim dimasukkan ke penjara pada 10 Februari 2015.

Peguamnya, Latheefa Koya berkata, tuduhan yang dikenakan kepada Zunar adalah tidak masuk akal.

Dan sememangnya, itu adalah kata-kata antik dan klise daripada seorang peguam yang turut mengambil kesempatan untuk mempromosikan dirinya kepada awam secara mudah dan murah.

Menurut Latheefa Koya, Akta Hasutan telah digunakan secara sewenang-wenangnya dan ia akan ditentang habis-habisan. (RUJUK DI SINI)


8 comments:

Anonymous said...

Lepas ni ko pulak masuk dlm koya...peguam x peguam

Anonymous said...

Kita ni orang Islam,dosa pahala berpunca dari niat,kalau lukis kartoon pun tapi tujuannya utk menghina orang tertentu,Allah tahu apa niat kita.Karfton tidak boleh melindungi kita dari dosa.Harap dia mendapat pengajaran yg setimpal.

Anonymous said...

Padan muka

Anonymous said...

Macamana ada orang melayu perangai macam ni ?

Anonymous said...

Latheefa banyak dapat kes dari akta hasutan.....banyak masyuk tu........

Anonymous said...

Bgs koya..rakyat nk tgk awak tentang undang yg ada..skrg adakah awak akan bela si zunar tanpa bayaran

anakmalaysia said...

Sumbat saja dia ni dlm lokap....sampah masyarakat

Anonymous said...

Koya ni dah lama sangat terlepas...mulut pula dah selalu sangat celupah....

 
Blogger Templates