Para penyokong PAS amat kukuh pendirian mereka bahawa PAS jauh lebih jujur berbanding UMNO. Lebih Islam berbanding UMNO-BN. Apa-apa sahaja keputusan PAS, semuanya Islamik dan tidak ada Islam melainkan apa-apa yang diputuskan dan diamalkan oleh PAS.
Tetapi itu hanyalah retorik semata-mata.
Hakikatnya, PAS terdesak dan apabila sudah terdesak, maka PAS akan sanggup melakukan apa-apa sahaja sebagai memenuhi cita-cita politik mereka termasuklah terpaksa menipu dan memperdayakan para pendengar, penyokong serta orang di atas pagar.
Dalam kempen mereka di Rompin, PAS tanpa pedulikan elemen Islam yang menekankan kejujuran dan keikhlasan TERPAKSA menggunakan khidmat salah seorang SUSPEK PERASUAH dan PENYELEWENG yang kesnya masih dalam proses di peringkat mahkamah. Malah turut menipu jawatan individu tersebut dengan maksud agar para pengundi terutama dari kalangan peneroka FELDA akan terpengaruh dengan dakyah yang dilakukan.
Malangnya Shartu Sawal bukanlah bekas CEO KOPERASI PERMODALAN FELDA sebagaimana yang dikhabarkan oleh Harakah dan PAS, sebaliknya dia hanyalah CEO kepada anak syarikat Koperasi Felda Holding iaitu KPF QUALITY FOODS SDN. BHD, satu jawatan yang jauh lebih kecil dan kurang berdarjat berbanding CEO KOPERASI PERMODALAN FELDA.
Satu budaya di kalangan golongan perasuah dan penyeleweng ini ialah, mereka akan bersalin kulit dan mula menyangkut kopiah putih dan mula bercakap tentang agama, lantas menjadikan PAS sebagai wadah terbaik. Pada ketika itulah, mereka akan mula mendedahkan pelbagai kepincangan dalam kerajaan atau agensi yang pernah mereka diberikan tanggungjawab dahulu. Perkara terpenting yang seringkali disebut ialah RASUAH dan SALAHGUNA KUASA yang seakan-akan wabak dalam kerajaan dan agensi berkenaan.
Barangkali bila masuk PAS dan bercakap di atas pentas PAS, membuka semua rahsia penyelewengan dan rasuah dalam kerajaan, maka dosa serta perbuatan jahanam mereka akan dapat dihilangkan kut?
Sarchu telah ditangkap dan didakwa atas tuduhan pecah amanah dana berjumlah RM30 juta pada tahun 2013. Kesnya masih lagi berjalan dan berlawanan daripada apa yang difikirkan oleh para penyokong PAS yang menggunakan alasan, kalau betul dia menyeleweng mengapa dia tidak dipenjarakan, Sarchu dibebaskan dengan jaminan sebelum menghadapi pertuduhan.
No comments:
Post a Comment