Pakatan Rakyat benar-benar mengharapkan, akan berlaku keajaiban yang akan membantu mereka dalam dua kempen PRK - Permatang Pauh dan Rompin.
Kenaikan harga minyak memang ditunggu-tunggu setiap hujung bulan. Dan pada setiap kali hampir hujung bulan, mereka dan para penyokong merekalah yang paling akan berspekulasi kononnya harga bahan bakar akan dinaikkan. Sekaligus menjadi umpan terbaik mereka untuk menghentam Kerajaan.
Malangnya, sudah dua bulan berturut-turut, telahan dan tekaan mereka tersasar. Bulan lepas, RON95 dan diesel tetap tidak dinaikkan. Begitu juga dengan bulan Mei, harga kedua-dua bahan bakar tersebut tetap sama.
Dalam apa juga keadaan, sama ada diteka naik atau turun, hakikatnya kedua-dua bahan bakar tersebut telah dibebaskan daripada rejim subsidi. Sekaligus tertakluk kepada perubahan harga minyak dunia.
Seperti hukum perubahan harga barang, tidak ada barang di dunia ini yang akan mengalami penurunan harga. Apatah lagi yang melibatkan bahan bakar dan bahan api yang diperlukan bukan sahaja untuk kenderaan tetapi juga industri dan keperluan lain. Ditambah pula, bahan bakar yang digunakan merupakan bahanapi fosil yang jumlahnya terhad dan tidak bertambah.
Sekaligus suatu ketika nanti, harga bahan bakar akan tetap dinaikkan walaupun desakan agar ianya diturunkan akan semakin kuat.
Melainkan seluruh dunia mula beralih pergantungan mereka daripada penggunaan bahan api fosil kepada bahan api alternatif sepertimana yang berlaku kepada getah asli suatu ketika dahulu yang berhadapan dengan penjunaman harga apabila polimer dari getah asli digantikan oleh polimer daripada petroleum yang dikatakan lebih murah dan mudah.
Secara rasionalnya, harga bahan bakar tidak akan bertahan pada suatu tahap sepertimana yang diharapkan dan diangankan oleh kebanyakan manusia.
Cuma apabila dipolitikkan sepertimana yang cuba dilakukan oleh Pakatan Rakyat, nampak benarlah mereka terlupa bahawa mereka sebenarnya hidup di sebuah negara yang mempunyai dan mengamalkan perdagangan bebas dengan negara lain di dunia ini.
Kesian sangatlah apabila harapan untuk melihat kenaikan harga minyak dan kemudian boleh digunakan untuk dijadikan buah belasahan, tidak menjadi!!!
5 comments:
Ayat playsafe nampak?
Kenapa tak naik yek?
Minyak dunia naik banyak bulan 4...
Kenapa tak naik?
Sebab ada prk?
Bodoh...
Tu pun tak boleh pikir...
Jangan risau, lepas habis PRK Rompin dan permatang pauh nanti, maka naiklah ia..
PENING......PENING.......PENING.
Nape minyak x naik ni......wa nk kencing lakyat pun susah. Susah mahu cali makan ini mcm. Cilaka punya Najib.
(Apek tua nk mampus)
Cukup2 la wa kena tipu. Lu ingat ka itu LYNAS?? Haiiyyaaa buat2 lupa ngah. Hali3 bantah, sikalang apa celita??? Bodoh
-kampung pening lalat
Apa nak jadi rakyat Malaysia ni... suka betul menyebar berita palsu!!!
Apabila rakyat merana pakatan rakyat bergembira kerana mereka laparkan kuasa.
Post a Comment