Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, May 3, 2015

ADIK MANGSA PEMBUNUHAN MYVI LEBUHRAYA DUKE MINTA UNTUK BERJUMPA ADMIN FMC!!!



Adik mangsa kemalangan Lebuhraya Duke kini mengeluarkan kenyataan meminta untuk bertemu dengan pengurus (Admin) laman akaun Facebook Kelab Myvi Familia (FMC).

Adik mangsa, Faizznur Asyraf Husain, 25, menerusi Facebooknya berkata, pertemuan tersebut adalah untuk membincangkan kebajikan dua beradik, Nur Firuza Amira, 7, dan Nur Firuza Aqila, 4, yang kini menjadi yatim piatu akibat daripada kemalangan tersebut.

Menurut Faizznur lagi, anak-anak saudaranya kini berada di bawah tanggungjawabnya.

Mohon Admin (Pengurus) kelab call (hubungi) saya.. Datang berjumpa dengan saya. Demi membela nasib kedua anak arwah abang saya.

“Kini mereka dua beradik telah menjadi yatim piatu. Fikirlah jika kamu berada dalam keadaan seperti keluarga saya dan anak kamu seperti mereka berdua, apa tindakan kamu?” katanya yang turut memaparkan nombor untuk dihubungi.

Dalam pada itu, polis mengesahkan telah mengambil keterangan enam pemandu Perodua Myvi terbabit bagi menyiasat punca sebenar kemalangan itu.

Dua pemandu Myvi yang terlibat kemalangan telah diambil keterangan selepas ditahan di tempat kejadian manakala empat lagi menyerah diri di Balai Tun H.S Lee kira-kira pukul 6.30 petang semalam.

[Artikel berkaitan: Berang kecuaian pemandu Myvi]

Kemalangan melibatkan dua buah Myvi dan sebuah Pajero Sport dilaporkan meragut nyawa sepasang suami isteri dan bayi mereka berusia enam bulan di Lebuhraya Duke awal pagi Sabtu lalu.

Mereka ialah Fairuz Nizam Husain, 35, isterinya Nova Safitri Azhari, 25, dan bayi mereka Nur Firuza Annisa.

Fairuz Nizam maut di tempat kejadian manakala isteri dan bayinya meninggal di Hospital Kuala Lumpur (HKL).



1 comment:

Ted Manoff said...

Hukum Qisas je. .nyawa dengan nyawa...habis cherita

 
Blogger Templates