Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, May 12, 2015

AKHIRNYA TONY PUA BERANI JUGA MENGATA BETTY CHEW DAN LIEW CHIN TONG BERANI KUTUK GUAN ENG!!!



Apabila kecoh tentang tanah TRX yang dibeli oleh Tabung Haji pada harga yang dikatakan tidak munasabah walaupun Tabung Haji mengunjurkan keuntungan 9% daripada pembelian tersebut dan bakal memperolehi pendapatan sekurang-kurangnya RM590 juta dalam tempoh tiga tahun sahaja, yang paling kuat menyalak adalah beberapa orang pemimpin DAP seperti Tony Pua.

Secara sinis, Tony Pua kata, kalau dah untung sangat, mengapa Najib tidak suruh anak tirinya, Riza Aziz yang kini menetap di Amerika Syarikat yang membeli tanah tersebut.

Barangkali Tony Pua terlupa bahawa itulah yang diamalkan di Pulau Pinang apabila semua urusan hartanah diletakkan di bawah satu syarikat, dikuasai oleh kroni utama Lim Guan Eng dan 'bini tua' Guan Eng, Betty Chew kemudiannya dilantik sebagai orang yang mengendalikan semua urusan hartanah di Pulau Pinang. (BACA DI SINI)

Kenapa pula Tony Pua langsung tidak bercakap begitu di hadapan muka Lim Guan Eng dan Betty Chew yang terang-terang melaksanakan cadangannya kepada Najib Abdul Razak? Atau sebenarnya Tony Pua cuba nak tutup skandal itu, sebagaimana kelam-kabutnya Betty Chew letak jawatan dan kemudian Lim Guan Eng buat penafian?

Begitu juga apabila DYMM Tuanku Sultan Johor bertitah tentang hairannya bagaimana mengapa jabatan-jabatan kerajaan mengenakan GST kepada orang ramai atas perkhidmatan mereka sedangkan sebagai jabatan kerajaan, mereka sememangnya dipertanggungjawabkan untuk memberikan khidmat kepada rakyat.

DAP dan konco-konco mereka termasuklah Malaysiakini dan The Malaysian Insider segera memutarbelitkan titah DYMM Tuanku Sultan Johor kononnya baginda menentang GST!

Sama ada mereka benar-benar tidak faham Bahasa Kebangsaan yang digunakan oleh baginda tuanku untuk bertitah atau mereka sebenarnya memang berniat jahat untuk mewujudkan persepsi bahawa Tuanku Sultan Johor menentang Kerajaan Pusat!

Kemudian yang terbaru ialah apabila Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong sekali lagi memperlihatkan kebebalannya apabila mempersoalkan tindakan jabatan-jabatan kerajaan negeri Johor bertindak menyerap GST bukannya mahu menolak penggunaannya.

Kebebalan yang ditunjukkan oleh Liew Chin Tong itu sebenarnya kebebalan yang disengajakan kerana Kerajaan Negeri Pulau Pinang lebih awal lagi telah mengumumkan yang mereka akan menyerap GST berbanding menentangnya. Mengapa Liew Chin Tong tidak menyuarakan tentangannya kepada Lim Guan Eng secara berhadapan dan bukannya menyibuk dalam hal urusan Kerajaan Negeri Johor?

Lagipun, bukankah DAP mempunyai cita-cita besar pada PRU14 nanti untuk menguasai sekurang-kurangnya 17 kerusi Parlimen di Johor sahaja.

Pada PRU lalu, Barisan Nasional menguasai 21 daripada 26 kerusi Parlimen di Johor.

No comments:

 
Blogger Templates