Ianya sama jugalah seperti yang berlaku kepada Mahathir, sang mantan Perdana Menteri ketika dia berkuasa selama 22 tahun dahulu.
Menjadi pemimpin, bukan setakat berhadapan dengan pancaroba dan kerenah rakyat bawahan tetapi lebih kepada tukang-tukang cucuk yang ada di sekeliling. Yang kerap memberikan nasihat tetapi sebenarnya lebih kepada kepentingan diri. Yang sentiasa pula cuba menonjolkan diri untuk menunjukkan kehebatan tetapi sebenarnya, sekadar seronok dikenali tetapi hasl kerjanya tidak menentu.
Itu dilema besar yang dihadapi oleh mana-mana Perdana Menteri.
Mahathir pada zaman pentadbirannya mungkin sedikit berbeza daripada Najib yang berhadapan dengan masyarakat awam secara langsung. Jadi, apabila ada pihak pro-Mahathir yang menyatakan, Mahathir tidak perlu memenuhkan pejabatnya dengan pegawai-pegawai khas dan para penasihat, mereka sebenarnya terperangkap dalam dunia fantasi U-Topia seorang pemimpin legenda. Dan apabila membandingkan dengan era Najib Abdul Razak yang jauh lebih terbuka dan bebas menerusi dasar langit terbuka yang dibikin pada penghujung pentadbiran Mahathir, mereka jauh lebih tidak realistik.
Petang semalam, berbeza daripada beberapa RAMALAN KAUM YANG KECEWA atau lebih tepat lagi BATU API, kesemua Ahli Majlis Tertinggi UMNO telah sebulat suara menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Najib Abdul Razak dan Muhyiddin Yassin.
Ada suara-suara sumbang yang menyatakan, sokongan seperti itu perlu diberikan oleh Ahli-Ahli Majlis Tertinggi UMNO kerana 'tekanan' tertentu. Barangkali golongan berkenaan yang cuba melekatkan diri mereka sebagai pro-Mahathir terlupa bahawa desakan untuk mendapatkan sokongan kepada Mahathir, tidak hanya dibuat oleh Majlis Tertinggi UMNO pada beberapa krisis bahkan bermula pada Ogos 1986 bersama-sama himpunan besar yang digelarkan sebagai Himpunan Semarak di Padang Pahlawan, Melaka dan himpunan terbesar yang akhirnya menukarkan nama Jalan Gurney, Kuala Lumpur kepada Jalan Semarak.
Media pada ketika itu hanyalah radio, televisyen tiga saluran, majalah, beberapa akhbar politik yang hidup segan mati tak mahu, buku-buku politik yang tebal serta surat-surat layang yang hanya sampai ke tangan orang tertentu. Secara tidak langsung, publisitinya terkawal dan meluas mengikut skop yang ditetapkan.
Situasi itu berbeza sama sekali dengan yang dihadapi oleh Najib Abdul Razak.
Walaupun Najib dan pasukannya sudah boleh menarik nafas lega selain boleh meneruskan dasar-dasar yang telah diatur dengan sedikit keyakinan, Najib Abdul Razak sebenarnya memerlukan perubahan atau rombakan secara besar-besaran dalam pentadbirannya. Bermula dari pejabatnya sehinggalah ke GLC, pentadbiran baru Najib juga perlu lebih memberikan penekanan kepada kos sara hidup yang sedang dihadapi oleh rakyat marhein. Pembayaran tunai seperti BR1M, tidak banyak membantu memandangkan kuasa pasaran di Malaysia sebenarnya dikawal serta diungguli oleh kaum pemonopoli, orang tengah dan pemborong. Lebih banyak puak penghisap darah dan oportunis itu tahu tentang bantuan daripada kerajaan kepada marhein, semakin kuat pulalah mereka melakukan tekanan dan menaikkan harga.
Jadi, bukan ikan yang perlu disuakan oleh Najib kepada nelayan-nelayannya tetapi batang pancing dan pada masa yang sama, mengawal pemangsa-pemangsa yang mungkin terdiri daripada ikan itu sendiri atau pun spesies lain.
Malah rakyat juga melihat terlalu banyak ruang serta vakum dalam perlaksanaan undang-undang terutama apabila sistem keadilan pula lebih dikuasai oleh Majlis Peguam. 'Gangguan' daripada sistem kehakiman yang dilihat terlalu berpihak kepada Majlis Peguam dan anak-anak guam mereka, seringkali menghilangkan kepercayaan rakyat kepada kepimpinan negara dan dasar-dasar pentadbiran. 'Gangguan' tersebut pula berlaku kerana penularan manipulasi undang-undang termasuklah penangguhan yang dibenarkan sehingga akhirnya mengganggu sistem keadilan itu sendiri.
Dengan sokongan daripada Ahli-Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu, Najib sudah semestinya perlu melakukan rombakan serta perubahan besar-besaran untuk memperkukuhkan pentadbirannya setelah melihat sendiri bagaimana 'kelembutannya' telah disalahguna sehingga ada di kalangan yang kelihatan seperti MANIS MULUT, bertindak sebagai BELATI yang menikam jantungnya dari arah belakang!
Apa lagi pilihan yang Najib ada sekarang selain daripada melakukan perubahan total dan MEMBUKTIKAN KETULENAN DARAH BUGISNYA UNTUK MELAKUKAN SEDIKIT KEKERASAN....
CUCU TOK WAN
6 comments:
Eewah
NAJIB LAH SEBENARNYA DURI DALAM DAGING BUAT UMNO.
SO GET RID OF THIS DURI..... !
Family aku rah mula bench umno kerana pimpinan yang tidak matang Dan cerdik...
Tukar penasihat2 spt idris jala, farid ridzuan, mat saleh2 dari UK...beri amaran pada isteri dan anak untuk tidak menggunakan kedudukan dan memberi arahan pada pegawai2 kerajaan utk mengkayakan diri dan kroni...dan gantikan juga menteri2 dan timb2 menteri yg ternyata dungu!
'Jadi, apabila ada pihak pro-Mahathir yang menyatakan, Mahathir tidak perlu memenuhkan pejabatnya dengan pegawai-pegawai khas dan para penasihat, mereka sebenarnya terperangkap dalam dunia fantasi U-Topia seorang pemimpin legenda.'
...Justifikasi yang tak boleh dipakai. Cuba kau check berapa ramai penasihat dan pegawai khas PM Britain, Australia dan Jepun. Bandingkan dengan PMO. Itu belum termasuk seribu satu jenis consultant.
Masalah Najib adalah banyak yang dia tak faham dengan apa yang dia buat. Sebab tu perlu ramai orang di sekeliling. Dan yang di sekeliling tu pula, alahai...
Satu lagi, Najib ni nak please semua orang. Semua MP, semua Ketua Bahagian, yang tak terpilih bertanding atau yang kalah dalam PRU, kalau boleh nak dibaginya jawatan...ngabihkan boreh je.
Pusing pusing ,bla blabla..tak jugak soalan TM,,,lu pun sama,bodek je lebih..prepaid ke?
Cer senarai ap yg baguih sngt yg najib buat slps jd pm.
Felda jd FGV- hancur, orng feld xpuas ati ngn najib
Gst- ckp dh kaji puluh tahun tp lps laksana, hal top up pun xsetel.
Imdb- yg nie xyah cite la. Mmg bungkus trus.
Pendidikin- hidup xsegan mati tak mau.
Agama- keluarga sendiri pun xtau hujung pangkal
Mrt- dah brp byk incident jd libatkan nyawa, tp xpa Malaysia masih aman.
Ringgit- makin susut tp duk canang malaysia bakal jd ngra maju 5 thun lg.
Angan2 negara maju- ekonomi duk mcm tu je, rakyat biasa idup dgn duit gaji mcm ngra dunia 3. Pengankutan, dr KL-KB highway xkemana, naik kereta api pun 12 jam lg perjalanan sdngkan train negara maju ~300km/jam. Ngra maju mcm mn??? Ke nilai ats cr hidup pemimpin KERAjaan je???
Mmg stiap kementerian ad tanggungjwb sendiri, tp klu najib gagal pantau smua ini sebgai ketua.Jadinya, pd ak NAJIB gagal!!!
Post a Comment