Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, May 20, 2015

AMARAN KERAS MAHFUZ OMAR KEPADA 'PERDANA MENTERI' LIM GUAN ENG.... JANGAN BERLAGAK SANGAT!!!



Lim Guan Eng Usah Berlagak Sangat, Belajarlah Menghormati Orang
1. Saya selaku Ketua Whip Ahli Parlimen PAS, menegur Setiausaha Agung DAP, YAB Lim Guan Eng yang mengatakan Presiden PAS sebagai penghalang utama bagi membentuk kabinet bayangan Pakatan Rakyat. Sebagai pemimpin utama di dalam parti demokratik, tidak sewajarnya beliau meneruskan serangan peribadi kepada pemimpin tertinggi parti rakan dalam PR.

2. Pakatan Rakyat dibina atas semangat toleransi dan saling menghormati antara satu sama lain, di samping tidak meleburkan dasar perjuangan parti masing-masing. Pada hari ini kesemua Ketua Whip DAP, PKR dan PAS telah bermesyuarat bersama Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Dr Wan Azizah dan berjaya mencapai kata sepakat iaitu isu kabinet bayangan PR tidak berbangkit atas faktor keutamaan perlu diberikan kepada proses mereformasikan institusi Parlimen. Setiap parti akan menghantar 2 orang wakil untuk menyertai jawatankuasa tersebut.
Ahli Parlimen PR turut menubuhkan Jawatankuasa untuk menilai,mengkaji dan menganalisa Rancangan Malaysia ke 11 yang akan dibentangkan oleh PM Najib pada Khamis ini.

3. Justeru, lebih baik Lim Guan Eng merujuk kepada Ketua Whip DAP, YB Loke Siew Fook dalam hal kabinet bayangan sebelum begitu sibuk menyerang orang lain.
Saya berharap Lim Guan Eng dan barisan kepimpinan Pakatan Rakyat berhenti mengeluarkan kenyataan yang menyerang antara satu sama lain kerana ia bukan sahaja akan mengeruhkan lagi ikatan hubungan PR bahkan akan memeningkan kepala rakyat yang begitu berharap akan wujudnya kerajaan baru pengganti BN-UMNO pada PRU 14 kelak. Semua pimpinan PR perlu kembali ke meja rundingan untuk menyelesaikan masalah yang berlaku dengan suasana damai dan harmoni.

4. PAS juga sudah membahagikan kesemua 21 orang Ahli Parlimen PAS mengikut portfolio Kementerian supaya dapat dipantau isu berkaitan dengan lebih dekat.

5. Semoga dengan tertubuhnya Jawatankuasa Reformasi Parlimen oleh Pakatan Rakyat akan menjadi medium yang terbaik untuk menambahbaik peranan institusi Parlimen Malaysia agar lebih bebas, efektif dan dihormati.

YB Dato’ Mahfuz Omar,
Ketua Penerangan PAS
Ketua Whip Ahli Parlimen PAS
19 Mei 2015

5 comments:

Anonymous said...

marah nampak..sbb nama sendiri x ada ke? 2X5..

Anonymous said...

Makanan tak sampai lagi kut?? Bagi kenyang macam Mat Sabu, terus tukar cakap.... bukan susah sangat nak baca dorang dari PAS ni.

Anonymous said...

Jangan memandai nak kasi title perdana menteri pada manusia ini.
Dia tak layak sama sekali, walaupun gelaran itu adalah untuk sindiran.

Anonymous said...

Muktamar punye pasal beb

maae said...

Ado lak tolo ae... sepatut nya mereka 'beladah' guan eng ini dari dulu lagi supaya tidak celupar

Aku pun sudah naik meluat dengan.cina bongkak sombong ini....

 
Blogger Templates