Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, May 3, 2015

CERITA SEBENAR SAKSI-SAKSI YANG MELIHAT MYVI BERLUMBA DAN LANGGAR PAJERO SEHINGGA MEMBUNUH TIGA SEKELUARGA!!!



Tidak dinafikan, ramai netizen yang mahu perkara ini disiasat sebelum menuduh 6 pemandu Myvi yang juga ahli kelab Familia Myvi Club (FMC) berlumba secara haram di lebuh raya Duke sehingga menyebabkan 3 beranak maut dalam kemalangan.


Tampil pula dua orang saksi yang mendakwa mereka berada di tempat kejadian dan menyaksikan di depan mata sendiri di mana mangsa tercampak keluar dari kereta.

"Ini gambar asal. Saya ada masa kejadian.Jangan nak tegakkan benang yang basah. Jangan cakap Myvi ni tak berlumba. Nyaris pemandu tak kena belasah dengan ahli keluarga mangsa yang meninggal. Sampai nenek dan emak mangsa datang ke tempat kejadian. Mak mangsa pengsan di situ melihat anaknya meninggal dunia di tempat kejadian. Terima kasih," kata Hafiz Zulkifli.


Di bawah pula kenyataan dari saksi kedua bernama Muhammad Zaki.

"Salam, saya saksi kejadian dan telah membuat laporan polis mengenai perkara ini. Keluarga itu tercampak keluar depan mata saya dan bayi itu.. Sungguh saya tak boleh terima hakikat. Aku tak nak cerita banyak, biar polis buat kerja. Tapi cukup ada video dan bukti-bukti selainnya. Mahkamah Allah ada, jangan risau.


"Cerita dia bermula apabila saya dekat Tol Ayer Panas, tapi menghala ke Exit Gombak. Memang budak-budak Myvi ini berlumba atas jalan tu. Selang 10 saat, saya dah nampak Pajero itu berpusing terbalik dan semua tercampak keluar. Dua buah kereta FMC terlibat, tetapi selebihnya (4 ahli FMC) berhenti dan selepas itu hilang. 

"Saya nampak bayi itu tercampak keluar. Allahu.. agak-agaknya apa perasaan aku? Nak menipu lagi ke?," katanya.



Saksi kedua turut menceritakan detik-detik selepas kemalangan.


1 comment:

Anonymous said...

Mengakibatkan kematian sudah kira MEMBUNUH!!!

Pesalah wajib di penjara!!! Seman boleh di bayar dari itu tidak wajar kalau pesalah hanya di saman!!!

KEADILAN UNTUK MANGSA!!!!!

 
Blogger Templates