Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, May 15, 2015

DI MIRI, AHLI PARLIMEN PKR KENA BALUN DENGAN KAYU BASEBALL, DI KUCHING, PENGERUSI DAP SARAWAK KENA BALUN DENGAN IDRIS BUANG SEBAB KUAT FITNAH!!!



KUCHING: Komuniti Cina di negeri ini diyakini cukup bijak menilai keikhlasan, kesungguhan dan komitmen Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem menambahbaik taraf hidup rakyat semua kaum pelbagai bangsa dan agama termasuk kaum itu semenjak 14 bulan menjadi ketua menteri.

Ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dato’ Idris Buang berkata perkara itu dapat dilihat daripada hasil usaha dan tindak tanduk Adenan selama 14 bulan ini. Ini adalah satu fakta yang terbukti dengan sendirinya dari komen-komen rakyat pelbagai kaum termasuk Kaum Cina dalam media massa dan juga laman sosial seperti Facebook di mana rakyat mencurahkan rasa sokongan menghargai tinggi cara kepimpinan dan juga usaha Ketua Menteri didalam banyak perkara termasuk meringankan beban rakyat.
“Saya percaya komuniti Cina di Sarawak cukup bijak menilai usaha dilakukan Ketua Menteri malah menghargainya” .

“Ketua Menteri diterima dengan baik oleh semua kaum, termasuk kaum Cina kerana beliau "walk the talk' atau "bikin apa yang diucapnya" dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai Ketua Menteri Sarawak untuk semua lapisan masyarakat menjaga kepentingaan semua rakyat pelbagai kaum di Sarawak,” ujarnya.

Katanya banyak telah dilakukan Adenan yang memberi manfaat kepada semua rakyat seperti penurunan kadar tarif elektrik domestik, komersial dan industri, memansuhkan tol Jambatan Lanang, mempergiat dan memberi fokus serta impak kepada pembangunan di luar bandar, pembinaan Lebuhraya Pan Borneo dan membenteras aktiviti-aktiviti pembalakan haram dan rasuah. Adenan juga berikrar mahu menjaga kestabilan dan perpaduan semua rakyat negeri ini dengan menjamin kebebasan beragama, budaya dan hidup berkomuniti.

Rakyat sudah melihat dengan mata kepala kita sendiri bagaimana Adenan menangani isu-isu berkaitan Hudud, Kalimah Allah, Bible dan lain lain. Adenan telah bertindak tegas terhadap elemen extremis dan melampau dari luar hingga ramai individu atau personaliti berkontroversi dinyahkan dari memasuki negeri ini.

Adenan juga sudah "mengamuk" pihak Jabatan-jabatan yang mempunyai penguatkuasaan atau "enforcement" seperti Imigresen, Polis dan lain-ain agar negeri ini tidak sewenang-wenangnya dicerobohi pendatang asing tanpa izin (PATI).

Adenan juga mahu semua pihak jangan meniru cara politik jalanan dan songsang ala barat atau yang dibawa oleh parti-parti dari Semenanjung atau Malaya yang bertentangan dengan adat resam serta menjejaskan keharmonian kaum di negeri ini yang jumlah etniknya jauh lebih banyak dari mana-mana negeri dalam Malaysia.

Adenan juga sudah mendapat perhatian dan sokongan kerajaan pusat agar Sarawak diberi keutamaan dalam pembangunan luar-bandar, maka, projek Pan Borneo Highway dilaksanakan permulaannya sudah. Ini akan membuka luas kemasukan pembangunan yang lebih pesat dan baik untuk seluruh negeri ini, dan Sarawak bakal maju berlipat ganda dengan cepat.

Adenan juga sudah mendapat komitmen Pertronas untuk menaikkan secara berperingkat ekuiti Negeri Sarawak dalam projek-projek MLNG yang nyata membawa ratusan juta keuntungan setiap tahun tanpa gagal. Petronas juga sedang meneliti permintaan Adenan mengenai kenaikan kadar royalti minyak kerana perkara ini melibatkan penelitian yang rapi melibatkan perkiraan atau "consideration" yang mengimpakkan perundangan, sejarah, kewilayahan, ekonomi dan banyak lagi. Chong bersuara seolah-olah perkara ini mudah.

Petronas bukan menyedut minyak seakan seseorang menyedut minuman coca-cola dari botol. Ia melibatkan ratusan juta kos dan pelaburan ,explorasi dan eksperimentasi "with trial & error" yang merugikan bertahun-tahun lamanya. Ianya tidak terus menguntungkan seperti sekarang ini. Banyak peristiwa duka dan risiko yang Petronas dan Kerajaan Pusat hadapi untuk menjayakan industri ini hingga Petronas menjadi " an international player" dalam " oil & gas industry".

Adenan juga berjaya mendapat komitment Petronas untuk mengagihkan kontrak-kontrak berjumlah 2.1 Bilion Ringgit untuk syarikat-syarikat anak Sarawak pelbagai kaum. Ini adalah satu kejayaan yang besar yang tidak pernah dimimpi oleh Chong pun.

Bayangkanlah impak positif dari kejayaan ini, dari segi peluang-peluang pekerjaan dan "business spin-offs" kepada rakyat Sarawak. Pasti peniagaan dalam negeri ini bertambah rancak dengan segala bentuk perusahaan baik di bandar mahupun di desa terpanggil untuk menyumbang sesuatu bidang perusahaan atau perniagaan.

Apakah Chong sudah buta hingga gagal atau enggan menghargai semua ini dan ingin rakyat mengikuti kebutaannya? .

Justeru dakwaan Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak, Chong Chieng Jen mengatakan Adenan tidak banyak memberi sumbangan dan gagal menunaikan janji semenjak menjadi Ketua Menteri tidak berasas langsung. Chong melemparkan tuduhan ini hanyalah untuk menghasilkan persepsi salah dengan hasutan dan permainan politik yang jijik sambil memutar-belitkan isu-isu dari sudut-sudut yang sempit dan berasaskan fakta yang kurang tepat dan sebagainya. Perbuatan Chong adalah seperti apa yang orang sekarang kenali sebagi "spin politik" bermakna " putar alam politik".

Ujarnya lagi dakwaan Chong mengatakan Adenan gagal menunaikan janji berhubung pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersekutu (UEC) adalah tidak berasas kerana pertamanya ialah, aspek pendidikan bukan di bawah bidang kuasa beliau atau kerajaan negeri sebaliknya adalah bidang-kuasa Kerajaan Persekutuan mengikut undang-undang dan Perlembagaan Malaysia.

“Kenapa Ketua Menteri (Adenan) yang dipersoalkan mengenai perkara ini, sedangkan beliau sedia maklum, pendidikan adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Pusat dan Kementerian Pendidikan. Kemasukan ke jawatan-jawatan awam di Sarawak pun tertakluk pada undang-undang berkenaan dan syarat-syarat Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia, kerana kerajaan negeri menerima dana persekutuan dan lagipun ianya berkaitan nanti dengan perkiraan pencen kakitangan. Kerajaan negeri tertakluk kepada audit oleh Akauntan Negara ("Accountant General"), pastinya pelanggaran-pelanggaran syarat ini nanti akan menimbul masalah baru pula mengenai itu dan ini dalam mutu nilai dan prestasi kakitangan yang kurang syarat jika diambil bekerja tidak memenuhi syarat atau sukatan yang ditetapkan.

“Kenapa tidak beliau sendiri atau DAP mengemukakan isu itu terus kepada Kerajaan Pusat di Parlimen ? Sebagai Ahli Parlimen beliau sepatutnya mengemukakan perkara ini di Parlimen Malaysia, bukan bermain politik di DUN Sarawak” katanya.

Tambah beliau lagi Malaysia mempunyai polisi-polisi yang diguna-pakai dalam semua bidang dan pendidikan tidak terkecuali.

“Untuk masuk ke jawatan-jawatan kerajaan negeri ataupun pusat atau untuk masuk ke universiti tempatan, ada syarat-syarat tertentu perlu dipatuhi selain syarat asas seperti lulus di peringkat SPM, mata-pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan sebagainya. Kalaulah lulusan UEC diterima ke universiti tempatan tanpa kelulusan asas yang ditetapkan oleh dasar-dasar, ia adalah tidak adil (kepada pihak lain) dari kolej-kolej atau persekolahan lain yang ingin juga masuk.

“Syarat-syarat asas pada sesuatu jawatan atau kelayakan kemasukan mana-mana institiusi pun harus dipatuhi, jika tidak, ketidak-adilan dalam bentuk lain akan muncul berlipat-ganda. Inilah apa yang dikatakan "ramifikasi atau komplikasi". Kalau kita cuba menyelesai sesuatu masalah, janganlah cuba menyelesaikannya dengan memasukkan masalah yang lain serta menimbulkan masalah baru yang lain pula. Itu tidak bijak, namanya.

"Do not solve a problem by creating more problems".

Apa yang Chong cuba nak buat, persisnya, adalah untuk menimbulkan masalah baru melanggari dasar-dasar Negara dan syarat yang ditetapkan. Misalnya, dalam pengambilan anggota polis, kalau pemohon tidak cukup tinggi atau kurang daya penglihatan, maka beliau tidak layak, jika diambil juga, itu sudah tidak adil kepada yang lain yang tidak memenuhi syarat tertentu juga. Ia lantas menjadi ramifikasi yang menyusahkan sistem yang ada serta melanggar polisi diguna pakai sebelum ini,” katanya sambil menambah sebagai peguam juga wakil rakyat Chong seharusnya sedia maklum mengenai perkara itu.

"Sebenarnya yang TIDAK JUJUR mengenai isu UEC ini adalah Chong sendiri, kerana dia enggan atau gagal menerangkan kepada mereka yang berkenaan, yang kerajaan pusat selepas dirundingkan oleh Adenan, bersetuju melonggarkan beberapa kriteria tetapi pihak pusat mahu menimbangkan jika syarat yang asas seperti kelayakan lulus diperingkat SPM mata-pelajaran bahasa Malaysia, Inggeris, Sejarah dan Matemetik dan sebagainya hendaklah ada pada "syllabus" atau sukatan pelajaran UEC tersebut.

Mengenai isu tanah 200 lebih ekar untuk projek di Batu Kawa, saya hanya ingin menasihati Chong agar melihat "project proposal" atau cadangan projek tersebut secara lebih luas sebagai satu pakej bukan sahaja komersial tetapi berunsur sosio-ekonomi dan sebagainya dan yang ia telah diteliti oleh semua badan-badan kerajaan secara professional dan berintergriti yang berkenaan. Takkan badan-badan lain yang berkenaan yang bermacam rupa tugasan dan kebertanggungjawabannya semuanya rata-rata bersekongkol untuk menipu kerajaan dan rakyat. Inilah apa yang Chong nak sindirkan dalam video sinisnya itu.

Untuk mengatakan secara "plain" atau mutlak ianya satu projek kroni adalah tidak tepat dan tidak adil. Kalau cara Chong melabelkan apa projek kroni diguna-pakai, sudah tentu sekali kerajaan Pakatan Rakyat di Semenanjung banyak yang akan dipersoalkan. Setiap satu cadangan dari pihak swasta berlandaskan risiko komersial yang besar yang seperti "glut in the housing market" atau situasi terlalu banyak perumahan di dalam pasaran yang sudah ampuh dan sudah padat. Situasi dan risiko ini bukan semua pemaju swasta berani mengambilnya. Lagipun kebertanggungjawaban pemaju untuk membantu menyedia "low cost housing" atau rumah murah yang pasti tidak menguntungkan.

Ramai yang tak berani. Lihatlah di Pulau Pinang dan Selangor, peruntukan untuk menyediakan rumah kos murah atau rendah untuk rakyat kurang berkemampuan susah kita dapati, hingga ramai yang membuat bantahan terbuka tentang ini. Begitu juga dengan penyediaan gerai-gerai serta premis peniagaan untuk orang berkeupayaan sederhana di kalangan Bumiputera misalnya, juga harus di ambil kira.

Jika seperti Chong katakan kos tanah tersebut lebih mahal kira-kira 5 kali ganda untuk kerajaan, maka sudah tentu, projek yang ingin dimajukan menjadi lebih mahal untuk rakyat dan sama sekali tidak ada ruang langsung untuk orang yang berpendapatan rendah sebab rumah-rumah atau premis-premis yang bakal dimajukan harus dijual mahal untuk dapat mengembalikan wang pelaburan. Tentu sekali risiko komersialnya terlalu tinggi, lagipun jika terlalu tinggi hanya golongan tertentu dapat membeli sebahagian kecil dan yang lain akan menjadi "white elephant" untuk tatapan orang macam Chong.

Justeru itu apa yang Ketua Menteri cadangkan kepada Chong untuk mengambil cabarannya mencari pemaju yang sanggup membayar tunai RM550 juta tunai bagi menggantikan pemaju yang sudah ada itu, adalah cabaran yang munasabah. Peliknya Chong walaupun tidak mampu menyahut cabaran dari Adenan itu, sebaliknya cuba bermain politik mengatakan Adenan tidak adil.

Saya lihat sikap Chong hanyalah percubaan untuk lari dari cabaran tersebut, sambil macam seseorang cuba "minum air semasa nak lemas dalam longkang "Pemaju tidak semestinya terus nak dapat untung macam yang Chong bayangkan dalam spin politiknya. Chong harus bersikap secara professional dengan mengambil semua perkara yang munasabah dalam pertimbangannya sebelum mengutara yang bukan-bukan. Lihat apa dah jadi. Dia (Chong) nampak sudah kehabisan modal untuk menyahut cabaran Adenan dan susah nak lari pula dari cabaran itu. Chong harus sedar Pemaju terpaksa mengemukakan ketanda-bolehannya memastikan semua kehendak dan syarat kerajaan untuk kepentingan rakyat di kawasan tersebut. Pemaju berhadapan banyak risiko dan perkiraan , yang adanya luar dari jangkaan di dalam cuaca ekonomi dunia yang tidak menentu. Bukan semua Bank atau institusi kewangan berani membiayai projek ini kalau Pemajunya tidak diteliti kebolehan dan kebertanggungg-jawabannya.Oleh itu Chong, lebih baik menarik balik kata-kata video sinisnya itu terhadap kewibawaan dan keikhlasan Adenan. Nyata yang ikhlas di sini ialah Adenan bukan Chong.

Chong katanya jelas sekali mahu bermain politik sahaja, dengan memainkan sentimen seolah-olah ada "diskriminasi" dengan mewujudkan isu cara yang beliau telah buat dengan harapan akan timbul persepsi negatif rakyat khususnya kaum Cina terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Adenan. Sikap Chong, kalau diikut, hanyalah merugikan kaum Cina, kerana usaha beliau ialah menimbul rasa tidak puas-hati yang tak berasas sahaja.

Bagaimanapun tegasnya, kaum Cina di negeri ini bijak menilai untuk tidak berfikiran sempit seperti Chong. Mereka boleh menilai dengan baik usaha-usaha kerajaan meningkatkan taraf hidup rakyat secara keseluruhannya

DATUK IDRIS BUANG
KUCHING
12 Mei 2015

2 comments:

Anonymous said...

idris buang ni cakap besar. Sarawak tribune punya kes tak dapat handle. Konon nak cari orang ke lubang cacing.. macai taib mahmud. Konon langkah mayatnya dulu semasa kempen ddngan ezam di batu kawah dulu....ceh.....

kiasfansuri said...

harap ada orang melayu yang balun tun m di ipoh pagi esok.

 
Blogger Templates