S M Jagathiswaran, 18, mengaku bersalah atas 17 pertuduhan, membabitkan 
10 saman pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen memandu, tiada lesen 
kenderaan, tidak dilindungi insurans, tidak mempamerkan nombor plat 
kenderaan dan tiada cermin pandang belakang, sejak Januari 2012 hingga 
Disember 2013.
Bagi kesemua pertuduhan itu, Majistret Nur Aminahtul Mardiah Md Nor 
memerintahkan Jagathiswaran membayar denda, masing-masing antara RM250 
hingga RM550, kesemuanya berjumlah RM6,400.
Ketika rayuan, Jagathiswaran yang tidak diwakili peguam memohon hukuman 
denda paling ringan atas alasan dia menanggung bapanya serta adiknya 
yang masih belajar.
Sebelum prosiding, Jagathiswaran yang bekerja sebagai penjaga tempat 
letak kereta telah diserang penyakit asma hingga memaksa ahli keluarga 
dan polis mahkamah membantu menenangkannya semula. 
Selain Jagathiswaran, dua lagi lelaki turut dipenjara kerana gagal 
membayar denda setelah mengaku bersalah atas pelbagai kesalahan trafik, 
masing-masing selama 95 dan 70 hari.
Pengganggur, M Balakumar,34, didenda RM950 atau 95 hari penjara atas 
tiga pertuduhan manakala S. Siva Sangarah, 19, penjilid buku, didenda 
RM700 atau 70 hari penjara atas dua pertuduhan.
Jagathiswaran, Balakumar dan Siva Sangarah adalah antara 29 orang yang 
dihadapkan di mahkamah yang sama hari ini atas pelbagai kesalahan trafik
 sejak 2008 hingga 2013.
Daripada jumlah itu, terdapat juga pelajar sekolah, pemandu teksi dan 
penganggur yang didakwa dan selain Jagathiswaran, Balakumar dan Siva 
Sangarah, individu lain (25 orang) membayar saman mereka dan satu waran 
tangkap dikeluarkan kerana gagal hadir. 
Pendakwaan dilakukan oleh pegawai pendakwa Inspektor Hashimah Hashim. - Bernama
 
 
.jpg) 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
3 comments:
Adakah KPN sedang siasat? Atau ada orang takut China komunis ni?
Mana citer ngeh koo ham nye???
Yang ni kejam. Polis pakai superbike kereta mahal, hanya mampu tahan pesalah trafik takda lesen dan roadtax sahaja. Kebanyakannya golongan kurang kemampuan berpendapatan rendah. Pesalah yang memandu kereta dan lori laju berbahaya selalu terlepas. Malu
Post a Comment