Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, May 28, 2015

GAGAL BAYAR 10 SAMAN TRAFIK DAN DENDA RM6400, REMAJA KENA PENJARA 640 HARI... NGEH KOO HAM GAGAL BAYAR 76 SAMAN TRAFIK, BEBAS LAGI!!


Seorang remaja hari ini dipenjara 640 hari oleh Mahkamah Majistret di sini kerana gagal membayar denda RM6,400 atas 10 saman trafik.
S M Jagathiswaran, 18, mengaku bersalah atas 17 pertuduhan, membabitkan 10 saman pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen memandu, tiada lesen kenderaan, tidak dilindungi insurans, tidak mempamerkan nombor plat kenderaan dan tiada cermin pandang belakang, sejak Januari 2012 hingga Disember 2013.
Bagi kesemua pertuduhan itu, Majistret Nur Aminahtul Mardiah Md Nor memerintahkan Jagathiswaran membayar denda, masing-masing antara RM250 hingga RM550, kesemuanya berjumlah RM6,400.
Ketika rayuan, Jagathiswaran yang tidak diwakili peguam memohon hukuman denda paling ringan atas alasan dia menanggung bapanya serta adiknya yang masih belajar.
Sebelum prosiding, Jagathiswaran yang bekerja sebagai penjaga tempat letak kereta telah diserang penyakit asma hingga memaksa ahli keluarga dan polis mahkamah membantu menenangkannya semula. 
Selain Jagathiswaran, dua lagi lelaki turut dipenjara kerana gagal membayar denda setelah mengaku bersalah atas pelbagai kesalahan trafik, masing-masing selama 95 dan 70 hari.
Pengganggur, M Balakumar,34, didenda RM950 atau 95 hari penjara atas tiga pertuduhan manakala S. Siva Sangarah, 19, penjilid buku, didenda RM700 atau 70 hari penjara atas dua pertuduhan.
Jagathiswaran, Balakumar dan Siva Sangarah adalah antara 29 orang yang dihadapkan di mahkamah yang sama hari ini atas pelbagai kesalahan trafik sejak 2008 hingga 2013.
Daripada jumlah itu, terdapat juga pelajar sekolah, pemandu teksi dan penganggur yang didakwa dan selain Jagathiswaran, Balakumar dan Siva Sangarah, individu lain (25 orang) membayar saman mereka dan satu waran tangkap dikeluarkan kerana gagal hadir. 
Pendakwaan dilakukan oleh pegawai pendakwa Inspektor Hashimah Hashim. - Bernama

3 comments:

Ted Manoff said...

Adakah KPN sedang siasat? Atau ada orang takut China komunis ni?

Anonymous said...

Mana citer ngeh koo ham nye???

Anonymous said...

Yang ni kejam. Polis pakai superbike kereta mahal, hanya mampu tahan pesalah trafik takda lesen dan roadtax sahaja. Kebanyakannya golongan kurang kemampuan berpendapatan rendah. Pesalah yang memandu kereta dan lori laju berbahaya selalu terlepas. Malu

 
Blogger Templates