Pengarah Komunikasi Korporat MARA Rohayah Mohd Zain berkata Nur Fitri Azmeer juga dikehendaki membayar balik keseluruhan pinjaman yang telah disalurkan.
Pada Sabtu lepas, MARA dalam satu kenyataan menyebut tindakan itu diambil setelah Mahkamah Southwark Crown, London pada 30 April, mensabitkan kesalahan Nur Fitri Azmeer yang mengaku melakukan perbuatan itu.
Pinjaman pelajaran remaja itu digantung sejak November 2014, iaitu ketika mula ditahan reman atas pertuduhan berkenaan, kata Rohayah dalam kenyataan pada Rabu.
Dalam pada itu, Pengerusi MARA Tan Sri Annuar Musa dalam catatan terbaharu di laman Facebook miliknya, secara peribadi berpendapat Nur Fitri Azmeer perlu dibantu menjalani pemulihan dan meneruskan pelajarannya.
"Sama ada di bawah tajaan MARA atau tidak, adalah perkara lain.
"Saya berharap pihak tertentu termasuk pemimpin yang kelihatan terburu-buru membuat kenyataan tanpa berfikir panjang agar lebih berhati-hati dan sensitif. Membantu rakyat yang bermasalah adalah tanggungjawab kita," katanya. (SUMBER)
4 comments:
Kalau tan sri tu nak tolong sangat, bawak lah student tu ke rumah. Tinggal bersama sama dan bermain dengan cucu2 tan sri. Tolong la student tu pulih. Jangan pinggirkan.
Sedap je mulut tan sri ni. Ramai lagi budak2 lain yang layak untuk dibantu. Tan sri tu ingat pedophilia ni macam sakit batuk selsema? ambik ubat dah ok?
Bila ada anak kecik kena rogol atau molest, tan sri ni cakap apa? Nak bagi peluang lagi?
Saya ulangi lagi, kalau tan sri nak tolong, bawak budak tu balik rumah tan sri, biarkan dia main sorang2 dengan cucu2 tan sri. Boleh?
Kenyataan MARA Mahkamah Southward Crown London pada 30April mensabitkan kesalahan Nur Fitri Azmeer yg mengaku melakukan perbuatan.
Ok fine enough ini adalah satu pengakuan harap2 pengakuan diiringi keinsafan, tetapi apakah masa hadapan anak muda ini, biasiswa telah ditarik balik dan perlu dibayar sepenuhnya dan pengajian di tamatkan.
Apa kata Khairy NO SECOND CHANCE
OK now kita tengok kes ini pula
KES Dato LCW, BAM dan KHAIRY
Didapati bersalah mengunakan bahan
terlarang (dadah)dan digantung oleh BWF,tetapi tidak apa pula tindakan susulan oleh BAM dan Menteri tuu. Tidak ada apa apa tindakan pun bahkan dengan bangga Khairy buat kenyataan LCH boleh beraksi semula bemula 1 MEI dan ditambah pula dengan cerita WANITA MISTERI.
So nilai lah sendiri
aku setuju dengan anak p.e raja...
sepatutnya budak fitri perlu diberi kaunseling...
memanglah dia salah...tapi klu nak dibandingkan dengan kes rogol beramai-ramai..kes buntingkan anak orang...kes budak fitri nih masih dianggap salah kecik ja...
bukanlah saya nak kata dia tak perlu dihukum...tapi klu sampai tak bagi peluang kedua...tarik balik biasiswa..dan paksa budak tuh bayar balik pinjaman dalam keadaan budak tuh pun takdak kerja apa-apa...itu dah keterlaluan....
Bila kita berkuasa janganlah keterlaluan menghukum...tgklah sama potensi budak tuh sebagai aset negara...
Adakah Khairy Jamaluddin dalam memberikan kenyataan itu beliau hanya memikirkan populariti diri dia dalam arena politik negara...??? Jgnlah penting diri sgt sampai memusnahkan masa depan org lain
cepat je nak maafkan padahal orang lain yg salah lebih kecil spt mengkritik dasar2 kerajaan sikitpun tak dibantu malah diberi surat layang, memo,....malah digantung dari masuk mana2 universiti terus. dasar kerajaan kaki pendendam tak kena tempat...
saya setuju kalau kjaan nak bantu tapi bantulah dia menempatkan diri di hospital pakar sakit jiwa dan bukannya tajaan untuk belajar di universiti.
entah2 belajar terlalu keras lah yg buat wayar kepala dia putus sampai layan tengok budak kecil disetubuh pun bikin dia ketagih ...
Post a Comment