Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, May 6, 2015

KERANA 6 AHLI FAMILIA MYVI CLUB BERLUMBA DAN AKIBATKAN KEMATIAN TIGA BERANAK, PENGGUNA MYVI YANG LAIN DISERANG DAN DIBENCI!!!



Belum pun reda serangan orang awam terhadap ahli Familia Myvi Club (FMC), kini ada dakwaan pengguna Myvi mula ‘diserang’ dengan kata-kata tohmahan orang awam.

Biarpun hanya dua pemandu Myvi terlibat dalam tragedi Lebuhraya Duke yang meragut tiga nyawa termasuk bayi, bahananya terpalit sama ke atas pengguna Myvi yang lain.

Terbaru memetik luahan seorang pengguna Facebook dengan nama Shahirah Azman yang mendakwa terkejut dengan tohmahan pengguna kenderaan lain sewaktu dia sedang memandu di jalan raya.

“Tadi saya memandu pada kelajuan 60 kilometer/sejam, saya buka tingkap semata-mata untuk menjimatkan minyak.

“… tiba-tiba ada kereta Perdana di sebelah saya dan jerit “Myvi tak guna”. Sekarang saya berfikir apa salah yang saya lakukan,” luahnya yang dikongsikan bersama di Myvi Club Malaysia (MCM).

Dalam pada itu, seorang lagi pengguna Facebook dengan nama Nick Fadhlie Shah menasihatkan masyarakat supaya tidak menyasar dan menyalahkan pengguna Myvi atas kemalangan yang menimpa.

“Saya tidak faham, kenapa kereta #Myvi diviralkan? Saya juga pengguna Myvi tetapi saya tetap patuhi undang-undang jalan raya. Malah saya amat takut melanggar peraturan.


“… Jangan kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga sehinggakan ada (pengguna) yang sanggup edit (ubah suai) gambar menggunakan “emoticon” #Troll untuk perli pengguna Myvi. Kejadian yang berlaku di Lebuhraya #Duke sangat menyayat hati tetapi bukan kami pengguna Myvi yang harus disasarkan dan dipersalahkan,” luahnya.

Sepasang suami isteri dan bayi perempuan mereka berusia tujuh bulan maut dalam nahas kira-kira pukul 1.05 pagi Sabtu membabitkan tiga kenderaan di Km 6.2 Lebuhraya Duke.

Pasangan itu ialah Fairuz Nizam Husain, 35, isterinya Nova Safitri Azhari, 25, dan bayi mereka Nur Firuza Annisa.

Siasatan awal mendapati kemalangan itu melibatkan Mitsubishi Pajero yang dipandu Fairuz Nizam dan dua Perodua Myvi. (SUMBER)


No comments:

 
Blogger Templates