Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, May 6, 2015

KALAU PKR DAN DAP BENAR-BENAR BANTU PAS DI ROMPIN, KEPUTUSAN MUNGKIN BERBEZA!!!



Di Permatang Pauh, PKR dan DAP bersungguh-sungguh mahukan PAS membantu mereka walaupun Saifuddin Nasution, Wan Azizah, Nik Nazmi mahupun Lim Guan Eng melihat serta menganggap para penyokong PAS tidak mempunyai sebarang nilai tambah kerana berkeyakinan tinggi, Wan Azizah akan dapat mengekalkan kerusi Parlimen Permatang Pauh tanpa bantuan PAS.

Di Rompin, keputusan yang agak 'mengejutkan' telah ditampilkan oleh PAS yang berjuang secara bersendirian. Beberapa kawasan tradisi UMNO khususnya di beberapa PDM Felda, beraya mereka tawan, terutama sekali menerusi Saluran 3 dan 4. Dan kerana itulah, walaupun 73% pengundi yang keluar mengundi, UMNO-BN hanya mampu memperolehi majoriti undi 8000 lebih sahaja berbanding 15,000 lebih pada PRU yang lalu.

Tetapi menang walaupun dengan bermajoriti satu undi pun, tetap menang. Kalah walau hanya satu kertas undi pun, tetap kalah. Dan para penyokong PAS yang sedang berseronok terlupa tentang kekalahan besar mereka di dua PDM bermajoritikan Cina yang pada PRU-13, memberikan kemenangan besar kepada Pakatan Rakyat.

Hakikat itu tidak boleh diubah walau apa pun teori dan kesimpulan yang dibuat. Pastinya, UMNO-BN akan belajar daripada situasi ini dan memperbaikinya pada PRU akan datang bagi memastikan Rompin kekal sebagai kawasan selamat untuk BN.

Namun situasi itu tidak berpihak kepada PAS. PKR dan DAP sekarang sudah boleh bergelak tawa sambil mengejek-ejek PAS kerana kedua-dua parti tersebut sudah boleh menyatakan bahawa tanpa bantuan mereka, PAS tidak mungkin akan berjaya, walaupun sebenarnya PAS bertanding di kawasan kubu kuat UMNO dengan calon under-dog.

PAS menerusi Suhaizan Kaiat dan beberapa orang pemimpin Pemuda menyatakan, mereka akan tetap membantu PKR dan Wan Azizah bagi mengekalkan kerusi Parlimen Permatang Pauh di dalam genggaman Pakatan Rakyat. Tetapi di Rompin, PKR dan DAP tidak pula mempunyai semangat yang sama... tiada langsung keinginan PKR dan DAP untuk membantu PAS merampas kerusi Parlimen tersebut dari tangan UMNO-BN.

Walaupun berdasarkan pemerhatian dan maklumat, ada perubahan di kalangan pengundi-pengundi PAS Permatang Pauh, tetapi mengambil kira apa yang berlaku dalam beberapa PRK sebelum ini terutama sekali di Kajang dan Teluk Intan, 'USAHA-USAHA SAAT TERAKHIR' DAP mampu mengubah senario dan pola pengundian memandangkan para pemimpin PAS yang LAPAR KEBULUR akan mendominasi dan memanipulasi para penyokong PAS Permatang Pauh dengan doktrin-doktrin serta dogma-dogma keagamaan bagi mewujudkan rasa bersalah jikalau tidak memilih dan mengundi Wan Azizah.

Bermodalkan HALAL dan HARAM, para pemimpin PAS YANG LAPAR KEBULUR itu akan memutarbelitkan ayat-ayat al Quran dan hadis selain melakukan ijtihad sendiri ke ats para penyokong PAS yang kebanyakannya hanya pandai mendengar dan bercakap tetapi tidak pandai membaca, mengulangkaji atau membandingkan hukum-hakam yang dituturkan.

Walaupun kalah, PAS sebenarnya telah menunjukkan dan membuktikan mereka cukup kuat untuk menyaingi UMNO-BN walaupun hanya menampilkan calon corot dan under-dog. Faktor itu sudah pasti membuka mata PKR dan DAP dan kedua-dua parti tersebut akan meggunakan apa-apa sahaja cari bagi memastikan para pemimpin PAS pro mereka akan berjaya pengundi-pengundi PAS Permatang Pauh memenangkan Wan Azizah!!!


2 comments:

Anonymous said...

bayangkan kalu PAS dan BN bergabung satu payung... bermuafakat untuk kepentingan rakyat... kan lebih baik... kan lebih kuat dari konteks perpaduan satu malaysia...

Anonymous said...

PKR dan PAS berantakan di Permatang Pauh hanya lakonan demi menutup kelemahan pakatan mereka memerintah Pulau Pinang amnya dan Permatang Pauh khususnya

 
Blogger Templates