Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, May 7, 2015

LAPORAN SEMASA PRK PERMATANG PAUH... PEGAWAI SPR PULA DITUMBUK PENYOKONG PKR!!!




Setakat jam 1:15 tengah hari, seramai 30,865 pengundi berdaftar di Parlimen ini menunaikan tanggungjawab mereka dalam pilihan raya kecil (PRK) kerusi berkenaan sehingga pukul 12 tengah hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan, jumlah itu merangkumi 43 peratus daripada keseluruhan pengundi yang layak mengundi bagi PRK berkenaan.

Sementara itu, dilaporkan kekecohan berlaku di sekurang-kurangnya empat pusat mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen ini pagi ini dengan seorang petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dilaporkan cedera ditumbuk.

Di pusat mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Permatang Rawa, dua kumpulan peraih undi terpaksa diarahkan bersurai oleh polis selepas saling melakukan provokasi.

Suasana tegang sehingga hampir mencetuskan pergaduhan juga dilaporkan berlaku di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Penanti; SK Seberang Jaya 2 dan di pusat mengundi Tanah Liat.

Setakat ini, keadaan masih terkawal dengan anggota polis dilihat meningkatkan tahap kawalan keselamatan. (sumber)


1 comment:

Anonymous said...

Parti PKR patut diharamkan dan semua ahli dan penyokong mereka diburu sebagai anasir subersif....

 
Blogger Templates