Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, May 4, 2015

MYVI PEMBUNUH: PATUTLAH FMC CUBA DIKAITKAN DENGAN UMNO, RUPA-RUPANYA ADA KAITAN DENGAN PAKATAN RAKYAT SELANGOR!!!



Dikhabarkan kelab yang dianggotai oleh keenam-enam pelumba haram Myvi yang telah membunuh sepasang suami isteri dan bayi mereka di Lebuhraya DUKE telah pun menemui keluarga dan kedua-dua anak yatim piatu di rumah keluarga mereka. Dan lebih menarik lagi ialah apabila kelab berkenaan berjanji untuk membiayai segala keperluan dan pelajaran kedua-dua yatim piatu itu sehingga usia mereka 18 tahun.

Wakil FMC, Hairul Safuan berkata, ahli-ahli kelab automotif itu mahu membersihkan nama mereka. Ini adalah kerana selepas kejadian tersebut, beberapa orang ahli mereka telah menerima ncaman menerusi Facebook dan WhatsApp. Malah menurutnya lagi, pihaknya sedang bekerjasama dengan pihak polis dan keluarga mangsa semasa siasatan dijalankan. Selain itu, dia turut berjanji, ahli-ahli kelab FMC yang melakukan kesalahan, tidak akan dibela. (RUJUK SINI)


Ada yang lebih menarik berbanding kenyataan yang dikeluarkan oleh Hairul Safuan membabitkan laman FAMILIA MYVI CLUB OFFICIAL yang tiba-tiba sahaja muncul tidak beberapa lama selepas kejadian itu menaikkan kemarahan warga media sosial. Laman asal Familia Myvi Club Official telah ditutup kepada awam atau 'disembunyikan' apabila diserang bertubi-tubi dan secara bertali arus. Ada pihak tertentu yang cuba mengambil kesempatan dengan mewujudkan sebuah laman di Facebook, bukan sahaja untuk membuat provokasi sebaliknya untuk turut sama mengaitkan UMNO apabila seorang individu yang dinamakan YANA dikatakan sebagai ahli Pergerakan Puteri UMNO Gombak.

Pergerakan Puteri UMNO Gombak bagaimanapun menafikan hal tersebut.




Namun siasatan pula menunjukkan Hairul Safuan, individu yang menjadi jurucakap FMC adalah seorang penyokong tegar Pakatan Rakyat. Facebook peribadinya menunjukkan kecenderungan politiknya terutama sekali yang melibatkan RAKYAT HAKIM NEGARA.

Jadi, tidak hairanlah bagaimana warga Facebook mula melakukan troll dan mengaitkan sifat-sifat samseng para pendokong Pakatan Rakyat dalam tragedi ini selain pembohongan yang sering mereka lakukan yang kemudian mereka salahkan pihak lain.

Sekaligus menimbulkan satu teori baru yang tidak kurang menariknya apabila kekalutan untuk mengaitkan UMNO dilihat sebenarnya adalah cubaan untuk menyembunyikan kaitan kelab automotif tersebut dengan Pakatan Rakyat!


Pada masa yang sama, beberapa pihak turut menyelar perangai sesetengah rakyat Malaysia yang bertindak mengecam dan mendesak pihak berkuasa untuk menguatkuasakan undang-undang dan pemantauan. Menurut mereka, beberapa tindakan kerajaan sebelum ini memperkenalkan langkah-langkah kawalan dan pemantauan, dikecam oleh rakyat Malaysia sendiri tetapi sekarang, golongan yang sama jugalah menyalak dan melalak!!!


1 comment:

Anonymous said...

Begitu angkuh dijln...asik demo jlnan...akhirnya dia org semua terlibat perbuatan tak bermoral dijln...dijln jugalah mereka selalu mendabik dada, merekalah yg betul semua....itulah kebesaran dan kekuasaan Allah...

Kalau dana yg sponsor puok tu dtg dr org berduit, takde masalahlah nak tanggung anak tu belajar....tapi adakah kejadian ni boleh mengubah org yg dewasa tu jd bermoral, tak angkuh lagi???

 
Blogger Templates